Jumaat, 4 Mei 2018

KENA SABO










TIPU ADA

SABOTAJ

ADA 


Pesawat disabotaj: Nak dakwa di bawah akta ‘fake news’ tak apa lah, kata Mahathir


Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan dakwaan ke atas pesawat yang dinaikinya ;disabotaj’ sebagai berita palsu oleh Ketua Polis Kuala Lumpur  Tuan Haji Mazlan Lazim.

“Bagaimana dia tahu saya salah (berita palsu), dia tak tengok. Saya tengok. Saya ada di lapangan terbang tiada orang DCA(Jabatan Penerbangan Awam) datang ke lapangan terbang. 

“Apa pasal roda depan kapalterang itu rosak. Rosak pula pada hari kritikal ketika saya nak ke Langkawi.

“Saya naik kapal terbang beribu kali tidak pernah jadi macam itu,

“Saya kononnya nak didakwa dibawah undang-undang baharu ‘fake news’ tak apa lah.,” ujarnya.

Beliau berucap dalam ceramah Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya di Putrajaya malam tadi.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Mazlan pada Rabu yang berkata, dakwaan Mahathir ‘disabotaj’ adalah antaralapan aduan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diterima oleh pihak polis.

Mazlan berkata Mahathir sedang disiasat di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar  2018, yang membawa hukuman penjara sehingga enam tahun, denda sebanyak RM500.000 atau kedua-duanya sekali.

Pada 27 April lalu, Mahathir mendakwa pesawat yang disewanya untuk membawanya ke Langkawi disabotaj oleh beberapa pihak tertentu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menaiki pesawat berkenaan di Subang sebelum dimaklumkan juruterbang salah satu daripada tayar pesawat itu pancit. Beliau kemudian melakukan perjalanan dengan menaiki pesawat yang lain.

Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kemudian mendapati tiada bukti sabotaj ditemui.

Beliau berkata, kejadian yang menimpa pesawat dinaiki itu juga sama seperti apa yang dilalui oleh parti itu yang dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) semata-mata untuk menghalang kemaraan partinya untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Macam parti pribumi jugalah tunggu punya tunggu, tiba-tia esok nak bubar parlimen , hari ini, kata salah (dibubarkan) parti tidak boleh ambil bahagian dalam pilihan raya tapi untuk satu bulan sahaja.”Bila dah habis satu bulan bolehlah aktif balik,” ujarnya merujuk kepada dua insiden berasingan..



KAH KAH KAH

SEMPOI  

ORANG TUA NI

BERANI LAWAN

BERANI MENANG






---------------

1 ulasan:

  1. Orang tua 93 tahun slow menjadi sasaran, tapi bergerak cepat, menjadikan dia seorang sasaran yang cukup sukar......wei senjata penyamun-lanun bugis hanya sapu lidi jer nak buat macam mana selain air liur sebagai pembakar semangat.....

    BalasPadam