SABOTAJ ERTINYA PAKATAN MENANG
Jelas. Semakin jelas pada pagi 10 Mei 2018 - Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan sebuah kerajaan baru menggantikan kerajaan Najib Rosmah dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional.
Penyokong Pakatan wajib bersedia. Berani berjuang. Berani menang. Pakatan menang PRU14 keculi ditipu. Ini bukan lebong. Ini fakta yang semakin jelas. Bukti kemenangan semakin menonjol.
Penipuan telah lama dirancang. Secara resmi dan secara tidak resmi. Apabila penipuan berlaku ini tanda Pakatan akan menang. Lebih banyak penipuan lebih jelas kemenangan Pakatan.
Penipuan yang paling afdal ialah persempadan semula. Ini dilakukan dengan tujuan untuk mengurangkan pengundi dikawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan.
Kemudian lambakkan pengundi ke kawasan yang mustahil di menangi oleh Najib.
Contoh terbaik - ambil pengundi Kampong Pasir Lembah Pantai taburkan ke kawasan Seputeh. Kumpulkan ribuan China dalam satu kawasan yang majoriti penduduk China. Ini kerana pengundi China ini mustahil akan ada rasa cinta kaseh sayang berahi dengan Najib atau Rosmah.
Tambahkan pengundi China ke kawasan China. Kurangkan pengundi bukan Melayu dikawasan Parti Keadilan Rakyat. Khalas.
Penipuan ke dua ialah Penambahan Pengundi Awal. Mengikut BERSIH hampir 400,000 pengundi awal telah diwujudkan khas untuk PRU14.
Bidan, Bomoh, Misi, Tok Mudim, Bomba, Polis dan seribu satu macam Mak Nenek menjadi Pengundi Awal. Jika ini bukan satu penipuan maka Rosmah Mansor masih lagi anak dara sunti.
Penipuan ketiga ialah Pengundi Pos. Mengikut kata Mahathir Muhamad - bakal Pengerusi Pakatan dan bakal Perdana Menteri kerjaan baru - ada hampir 1 juta - satu juta - Pengundi Pos.
Kalau dulu memang tepat dan lojik pilihanraya menggunakan pemilihan cara undi pos. Ini untuk tentera kita yang sedang bertugas diluar kawasan, disempadan atau beroperasi di luar negara.
Tapi undi pos kali ini bukan untuk yang bertugas di luar kem. Malah memangkah undi dilakukan didalam kem.
Ada banyak laporan dari ramai veteran - bekas tentera - bukan diri mereka yag memangkah tapi dilakukan oleh Tok Sarjan atas arahan. Ada yang bertugas sebagai tentera selama 20 tahun tapi tak pernah melihat kertas undi.
Pelik tetapi benar - bini dan anak soldadu ini juga menjadi pengundi pos. Kepala hantuk apa terjadi macam ini. Jika ini bukan rancangan tersusun untuk menipu maka Doland Trump sudah jadi Lebai Trump.
Dalam Persempadan semula ini banyak pekara pelik berlaku. Nama pengundi akan hilang. Nama pengundi akan bertukar tempat tanpa pengundi tahu. Para pengundi akan tercari-cari tempat baru. Semua ini adalah sebahagian dari rancangan licik SPR untuk memastikan Najib Rosmah terus berkuasa.
Satu contoh penipuan terbaik telah diumumkan oleh Sdr Fahmi Fadil calon Lembah Pantai. Seorang Achi - pengundi Lembah Pantai - telah ditukar namanya ke Sekinchan. Walahi… Achi ini tidak pun tahu dimana Sekinchan jauh sekali kenal dengan Jamal Ikan Tongkol.
Laporan Polis telah dibuat untuk membantu Achi ini. Tapi ini hanya laporan ‘ ngabeh boreh’. Kalau ini bukan menipu namanya maka Hang Tuah tidak pernah menikam Hang Jebat.
Ingatkan kembali PRU13 - bila dakwat kekal yang tidak kekal. Projek menipu ini juga dirancang dengan licik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan gerombolan United Malays National Organisation terus berkuasa.
Ingatkan kembali kes Mejer Zaidi yang membuktikan dakwat kekal yang tidak kekal. Pegawai tentera udara ini ke mahkamah akhirnya. Yang menipu tidak didakwa tapi yang membuktikan kes tipu dibuang kerja. Oh Malaysia -ku. Amin
Dakwat tak kekal ini sabenarnya adalah tanda-tanda awal dalam PRU13 bahawa Pakatan Rakyat ketika itu telah mencapai kemenangan. Pakatan Rakyat mendapat 52% undi popular - termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya - saya selalu merakamkan bahawa PRU13 adalah kemenangan kali pertama Pakatan. Tapi dalam PRU13 Pakatan telah ditipu.
Justeru - saya merakamkan disini - bahawa pada 9 Mei 2018 ini Pakatan akan menang untuk kali kedua. Kecuali ditipu. Kecuali disabotaj.
Sabotaj? Apa ini sabotaj ? Apa ertinya sabotaj?
Kamus Dewan Bahasa memberi makna sabotaj sebagai memusnah harta benda musuh semasa pertelingkahan politik. Atau perbuatan mengagalkan satu satu usaha. Merosakkan aktiviti lawan.
Jeng. Jeng. Jeng. Sesudah penipuan dilakukan tetapi Pakatan masih lagi mara ke hadapan. Ombak rakyat makin mengampoh menyokong Pakatan. Anak semua bangsa - bangsa semua agama telah bersiap siaga untuk mendirikan kerajaan baru. Ceramah Jelajah makin membesar , membara dan mengampoh.
Isi ucapan Mahathir menuduh Najib mencuri duit 1MDB kini telah menjalar luas membakar kemarahan warga Felda, Veteran, Pegawai Kerajaan - malah ahli Parti Ketuanan Melayu sendiri telah sedar siapa itu Najib Rosmah.
Justeru sabotaj mengambil tempat.
Sabotaj ini adalah taktik baru muncul untuk memastikan Najib Rosmah terus berkuasa sesudah PRU14.
Taktik sabotaj ini bukan satu taktik yang baru tetapi kali ini kerana kemenangan amat jelas dalam tangan Pakatan maka sabotaj menjadi salah satu usaha politik untuk mempertahankan kuasa Najib Rosmah.
Sabotaj politik PRU14 di Malaysia ini menjadi berita dunia apabila pesawat jet yang akan ditumpangi oleh Mahathir Muhamad telah disabotaj.
Mahathir secara terbuka telah menerangkan bagaimana ketika dia dalam pesawat tetapi gagal bergerak kerana didapati tayar telah rosak. Mahathir yang telah beribu-ribu kali naik pesawat jet menerangkan dalam satu ceramah di Langkwai bahawa dia TIDAK pernah mengalami pekara saperti ini.
Justeru Mahathir yakin ini kerja ‘ seseorang’. Mahathir menggunakan istilah ‘seseorang’ yang bercita-cita untuk mengagalkan perjalanan Mahathir ke Langkawi.
Taktik sabotaj pesawat jet Mahathir ini masuk akal. Selain dari jet ini disabotaj - amaran telah diberi lebih awal kepada beberapa ‘kenalan’ Mahathir agar JANGAN meminjamkan pesawat jet kepada Mahathir.
Ini amaran yang bukan kecik anak. Siapa memberi amaran ini si Mahathir tidak pula memberitahu. Tetapi ayam sesama ayam pasti tahu.
Mahathir terus menerangkan bahawa tujuan sabotaj ini cukup jelas. Ini untuk mengagalkan dirinya dari sampai ke Langkawi. Sabotaj ini merancang untuk memperlambatkan kesampaian Mahathir. Bila gagal atau lambat sampai ke Langkawi maka Mahathir akan gagal mendaftar sebagai calon PRU14. Bila Mahathir gagal maka Najib berjaya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Untuk saya sabotaj ini adalah tanda yang paling jelas. Ini adalah tanda yang paling terang. Sabotaj adalah tanda bahawa dalam PRU14 ini Pakatan Harapan akan menang kecuali ditipu dan di sabotaj.
Para pembaca juga wajib sedar sabotaj ini bukan hanya berlaku kepada Mahathir. Lihat bagaimana calon Batu - Tian Chua - telah dinafikan haknya untuk bertanding. Jelas ini kerja sabotaj kerana saya amat yakin jika Tian Chua terus bertanding di Batu sampai kiamat pun gerombolan Ketuanan Melayu tidak akan dapat memenangi undi penduduk Batu. Amin.
Lihat pula rancangan sabotaj untuk memastikan Mat Hasan calon kawasan Rantau menang tanpa bertanding. Calon Pakatan Streram Sinnasamy telah dikurung. Diperlambatkan sampai. Akhirnya gagal untuk mendaftar sebagai calon.
Dari laporan terbaru - warga net - telah membocorkan berita bahawa pegawai SPR yang membatalkan calon Pakatan itu adalah anggota United Malays National Organisation. Pasti tugasnya ialah sabotaj.
Tujuan sabotaj di Rantau ini jelas. Memastikan Mat Hasan menang tanpa bertanding. Si Mat Hasan sebagai bekas Menteri Besar akan bebas merayau untuk berkempen. Ini wajib dilakukan kerana dari laporan ‘intel risikan’ yang diketahui umum menunjukkan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan.
Kemudian kita membaca dan melihat kes pelik lagi memelikkan. Kes majik silap mata.Hari ini tidak muflis - tapi pagi esok jadi muflis. Ya cadabra. Bagaimana ini berlaku?
Kes silap mata ini berlaku kepada Yaakob bin Osman - calon Pakatan di Penaga Permatang Pauh.
Yaakob telah menemui pihak berwajib untuk mendapat maklumat apakah dirinya seorang muflis. Ini persediaan awal untuk menjadi calon. Jabatan Insolvensi Malaysia secara resmi mengeluarkan surat yang Yaakob Osman ini TIDAK bangkrap.
Tapi esok sesudah mengisi borang calon tetiba sampai surat dari Jabatan Insolvensi memberitahu bahawa calon Penaga Yaakob bin Osman telah jatuh bangkarp.
Lalu saya bertanya - sehari sebelum hari pencalonan ke mana Si Yaakob ini pergi? Adakah dia ke Genting? Atau dia ke Las Vegas atau dia ke Danok?
Macam lagu rakyat:
keluang keluit
bertanak dalam tembikar
pulang cari duit
tengok rumah dah terbakar
Rumah si Yaakob tidak terbakar. Tapi dia menerima surat resmi mengatakn dia jatuh muflis. Maka pencalonan dibatal. Hampeh. Ini namanya sabotaj. Ini namanya penipuan.
Jangan risau. Jangan sibuk-sibuk nak buat aduan polis. Nak ambil tindakan mahkamah. Cara terbaik ialah contohi tindakan Mahathir. Mahathir tidak akan membuat laporan polis. Laporan polis ini hanyalah laporan ‘mengabeh boreh’ - sia sia buang masa dan wang ringgit.
Apa yang wajib dilakukan oleh penyokong Pakatan ialah memerhati berapa banyak lagi penipuan dan sabotaj akan berlaku.
Perhatikan rapi setiap hari akan ada undang-undang baru dari SPR dalam usaha untuk menyusahkan kemenagan sampai ke tangan Pakatan. Ada saja - ini tak boleh - itu tak boleh.
Gambar si Anu tak boleh. Gambar Si Ani boleh dipasang. Berceramah kena ada permit polis. Pihak Majlis tempatan boleh naikkan sewa permit ceramah. Ini berlaku di Kota Tinggi. Dari 50 Rm menjadi 50,000 Rm wajib bayar cengkeram kepada Majlis.
Ciss… semua ini adalah bukti. Semua ini adakah tanda Pakatan akan menang PRU14. Kecuali ditipu. Kecuali di sabotaj.
Tipu. Sabotaj adalah tanda kemenangan. Bagaimana kemenagan sampai? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
---------------------
Pas hadi tak keluar fatwa ke kata tiong lai tu cina kapir harbi yang perlu ditentang dalam Pru ni sebab rapat dengan china kapir komunis? Bukan ke ada laporan kata china komunis tindas orang Islam Uighur? Dan bukan ke china komunis yang sama jugak dah keluarkan bala tentera dia untuk jadikan segala pulau di laut china selatan tu dia sorang punya termasuk la pulau spratlys yang melayu kata dia punya? Atau itu bukan dikira ugutan pada tanah melayu atau bukan ancaman pada keselamatan nusantara Islam? Oh ye, lupa pulak, tentera malaysia kan biarkan je pesawat MH370 terbang jauh dari laluan sebenar sebab itu bukan ancaman pada keselamatan sesiapa.
BalasPadam