Rabu, 27 Jun 2018

DENGAR DENGAR




@TT
HUBAYA 

HUBAYA

DENGAR 

DENGAR
Wahai Pembacha Tukar Tiub yang Budiman

Sekitar tahun 1990an adalah beberapa kali saya mengunjongi jiran serumpon kita Republik Indonesia di atas urusan kerja..Kerana saya agak muda berbanding rakan2 saya maka amat senang saya didekati oleh Bapak bapak warga Indonesia.Bapak2 dan juga Ibu2 .Yang paling mereka hairan adalah adegan humour Bing Slamet hingga ke Benyamin S yang saya hafal.Tambahan pula salasilah keturonan dari Banjarmasin dan Pagar Ruyong mengeratkan lagi siratulrahim kami.

Yang paling kerap mereka tanya adalah ...Adakah saya bekerja dengan Pemerentah?

Semasa zaman Pak Harto....mereka bagaikan tidak perchaya saya bukan bekerja dengan Pemerentah atau gomen...kerana mana mungkin orang bisnes bertemu Gabenor siang tadi?Yang lebeh menghairankan mereka adalah pertemuan rombongan kami dengan Wakil Gabenor....atau Deputi Gabenor.Di zaman itu Wakil Gabenor sesuatu provinsi lah yang berkuasa kerana  dia adalah Colonel dari  ABRI...Angkatan Bersenjata Republik Indonesia.

Terpanggil menchoretkan istilah Kerajaan dan Pemerentah...kerana terbacha ulasan seorang feudalis di akhbar Sinar tempoh hari yang kata kita di Malaysia mengistilahkan penguasa sebagai ""KERAJAAN"" dan bukan ""PEMERINTAH"".

Seterusnya beliau berkata kalimah Kerajaan...mempunyai akar kata raja!

Bagi saya selalunya tatabahasa Indonesia adalah lebeh tepat atau apt.Kalau nak berlandaskan akar kata mungkin Root Word bagi ""Kerajaan""" bukan  raja    tapi   KERA.

Ini bukan lawak kerana dimana  mana kerajaan di dunia ini....banyak MONKEY BUSINESS!!!!

Jadi tak payah lah beriya iya nak tegakkan semantics bahasa atau menggunakan Hikayat Dongeng Hang Tuah untok mendaulatkan institusi Raja Raja.

Pemerentah adalah tepat...yang memerentah.

Itu pasal gomen tu pemerentah.Mat Salleh guna HM Government....tapi bukan Her Majesty The Queen yang memerentah. Parti Conservative buat masa ini yang memerentah.

Dan Dr M sampai berbueh mulut mengingatkan kita di zaman British: Speakers are not allowed to speak. Rulers are Not allowed to rule...British Advisers rule!

Kembali ke kesah Indonesia di zaman 1990an...Semua orang Malaysia masa itu pikir mereka pandai mendendangkan lagu Widuri  ala Bob Tutupoli mau pun Broery Marantika.Apabila di Karaoke di gesa nyanyikan Widuri saya menoleh ke Ibu Yanti dan berkata :Gak bisa Widuri.Kalau Ibu Yanti mau ku tiduri...(semua gelak hilai tawa kechuali Ibu Yanti saorang..)

kah kah kah.






---------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan