SELAMAT RAYA
Wahai Pembacha Tukar Tiub Yang Budiman
Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada masharakat Melayu di negara yang terchinta ini.Suatu masa dulu membeli Social Welfare Lottery atau tikam ekor adalah perkara enteng.Kalau kita makan satay di Campbell Road di tahun 60an atau 70an..selalu anak anak muda datang menghulor tiket lottery.Terus kita chapai tanpa segan silu.
Tiada sama sekali saya mahu mempersoalkan hukum hakam. Yang haram tetap haram...tapi bayangkan seorang pemuda Melayu ditangkap kerana beli nombor ekor.Dia ditahan,diherdek dan mungkin didakwa. Penga'iban yang melampau.Penchuri,perasuah dan penipu pun tiada di a'ibkan begitu rupa.
Berilah insan2 saperti anak muda ini peluang bagi chan lah...dakwahkan dengan halus.Lagi pun biarlah dia ber Mat Jenin...itu semua adalah halwa bagi jiwa2 yang tertekan.Orang2 yang hidup senang lenang memang susah nak faham apa arti tekanan hidup. Biarlah lah budak muda itu DREAM kerana itu lah saja ESCAPISM bagi nya.Manalah tau kalau kena Satu BIG Satu SMALL dah dapat RM6,000/-...sakan boleh bayar hutang dan habuan duit Raya adek2, Mak Long ,Mak Ngah dan Pak Busu lebeh sikit tahun ini.
Pada pagi tadi suboh2 lagi saya dikerah isteri membeli keperluan dapor untok Raya.Kebetulan habis di market saya melewati kedai nombor ekor. Di atas dasar DREAM di atas saya gostan langkah dan masok kedai ekor tersebut. Toleh kiri kanan tak ada Penchegah Maksiat tapi ada lah beberapa kerat Melayu.
Sesudah membeli nombor bergegas nak keluar. Kebetulan bekas rakan pejabat saya Johnny Tan sedang berator.Dengan kuat dia chakap :
"" Hah Enche Sahak...Good luck dan Selamat Hari Raya!"""
....KANTOI....dan saya sempat menjeleng dua tiga orang Melayu yang sedang berator terus tundok dan buat2 tak tahu.Mungkin depa ni ingat saya malu....tapi tidak. Saya tak malu tapi chuma takut.....takut tak kena lagi !
KAH KAH KAH
Tikam Lah Ekor Dan Di Samping Itu Membantu Yang Tua Yang Muda Dan Yang Memerlukan.
Selamat Hari Raya
------------------------
Gwa pakai Nokia 3310 cap ayarm tukartiub telah direnjis renjis penyamun PENGAMUN merampas hak privatesi gwa hahaha biggest mama naga tolon la gwa kahkahkah biggest mama said eeeeeeeik ini olong it tatak semelum pru14 jam 3 titisan telah di hijacked oleh whakukuintum tak malun malauuuun what the history of this
BalasPadammaLu Kan pembeLi
BalasPadamnomor yg evidence tu simpan
kaLau Naik
peg agama yg rayaaa .
Demi igama
Kerja pun Tak Ada
Saman rakyat tertekan
boLeh Jana ekonomi negara
Nak raya ni aku kemas rumah sambil cari novel Shahnon Ahmad SHIT, tak jumpa-jumpa lagi, binawe!!! Karya itu macam menepati senario de jinero UMNO, habis semuanya terbarai, teramat busuk pula tu...
BalasPadamkah kah kah kah kah...
BTW, masih ada lagikah dijual novel tu?