DARI PARIT
KE LONDON
PARIS
Wahai Pembacha Tukar Tiub yang Budiman
Tajok Kesah Tebing Sungai London , Paris dan Bota ,Perak bunyinya agak pelek tapi ada muslihat pencherahan. Kalau London, Paris & New York dah jadi rokok Dunhill. Di harapkan cheritera Tebing Sungai ini bagi kita suatu "chill out" dari kesah kesah berat beberapa hari lepas...take a break lah.
Kalau kita imbasi tamadun tamadun awal...tidak dapat tidak mesti ada sungai. MESOPOTAMIA dengan Sungai2 Tigris dan Euphrates, MOHENJO DARO dengan Sungai Indus, EGYPT Kuno dengan Sungai Nile, CHINA dengan Sungai Kuning atau Hwang Ho dan termasoklah mana mana penempatan awal. Sebab nya ayer itu kehidopan. Tiada ayer tiada lah kehidopan...makan minum,ternakan dan chuchok tanam.
Malah apabila beragama pun tak terlepas dari ayer....dari holy rivers,holy water,baptism. Bagi yang beragama Islam pula apa tah lagi...mandi wajib,sunat,beristinja,wudhok hingga nak kafan pun dimandikan jenazah.Sesunggohnya Ayer itu suchi dan menyuchikan..Sabda junjongan kita S.A.W
Walau pun bukan tamadun awal.. London , Paris dan Bota juga masing 2 mempunyai sungai Thames, Seine dan Perak merentasi kotaraya atau kampong mereka.Namun orang Eropah dan orang Melayu khususnya Melayu Perak mempunyai istilah berbeda mengenai tebing sungai.Sudah pasti kalau istilah tebing sungai berbeda,nilai nilai atau chiri kehidopan pun berbeda.
Jika kita di Eropah...London katakan. Right Bank atau Left Bank itu bergantong pada hala kita menghadap ke laut atau muara.Jika di London, Sungai Thames mengalir dari Barat ke Timor....Left Bank itu di utara River Thames.Semuanya tempat tarikan pelanchong di utara River Thames...Left Bank.
Sama lah juga di Paris...Sungai Seine mengalir ke Barat yakni berlawanan dengan Thames River. Eiffel Tower di sebut terletak di Left Bank (La Rive Gauche) atau di Selatan Sungai Seine. Di Right Bank (La Rive Droite), Arc De Triomphe di Utara Sungai Seine.
Jadi orang Eropah pandang ke laut bagi menentukan Left Bank atau Right Bank.
Lain pula orang Melayu khususan di Perak....jika kita mudek Sungai Perak dari Bagan Datoh....Lepas Telok Anson dan Kg Gajah kita jumpa Lambor.Istilah Lambor Kanan atau Lambor Kiri 180 darjah bertentangan dengan kaedah orang Eropah.Sampai ke Bota,,yang patut Botan Kanan di panggil Bota Kiri. Yang patut Bota Kiri mengikut kaedah orang Eropah di panggil Bota Kanan.. ...Rupa rupa nya berlainan dengan Mat Salleh....orang Melayu menghadap ke Hulu ,,,,bukan ke muara atau ke laut.Baru dia kata Kanan dan Kiri.
Mat Salleh menghadap ke Laut.
Jadi tak hairan lah Bangsa mana yang jadi penjajah, Bangsa mana di jajah'*kata seorang abang saya seorang Budak Kolej yang pasti hairan dengan nama Kampong Kota Lama Kanan dan Kampong Kota Lama Kiri semasa dia remaja di Kuala.
Jelas sekali Melayu itu "inward looking"....nak ke Hulu pun di kira susah kerana melawan arus saperti dalam rangkap :
Mudek mudek ke Hulu
Berenang renang ketepian
Bersakit sakit dahulu
Bersenang senang kemudian
Si Mat Salleh pula pandang ke luar. Adventurer. Lautan yang luas. Tiada yang kata Hujan Emas di negeri orang.Lagi baik Hujan Batu di negeri sendiri....Kalau pun dia tidak ke luar belayar dia tetap akan kata ; "When my ship comes in"......dari lautan luas.
Pembesar daerah dulu2 pula dah lama siap Tol. Rezeki dia datang dari hulu.!...mana2 perahu ke hilir dia sekat kutip toll . Hulu itu keramat bagi Melayu. Ketua kampong pun Tok Penghulu!
Melayu suka bisness dengan gomen...Upstream. Kalau business dengan rakyat...susah.tak glamor. Downstream
Jadi jelas sekali takrifan Tebing Sungai London, Paris dan Bota memperlihatkan perbedaan chara pemikiran Melayu dan Mat Salleh. Hanya dengan memperinchi yang mana kanan yang mana kiri.
Jumhor ulamak kerap kata, Dahulukan dengan yang kanan...susul dengan yang kiri. Orang Jepun walaupun bukan Islam mengambil pakai banyak nilai nilai murni yang dituntut oleh Islam. Sabar, Berseh. Amanah.
Sikap bertanggong jawab pun Jepun ikut jumhor ulamak.Disusuli dengan Harakiri !
kah kah kah
------------------------
orang kita banyak berlawanan dengan masyarakat dunia lain..
BalasPadamkata sifat kita terletak di depan kata benda..
ini kena tanya nakhoda hitam dan tok temoh..di suatu belah ada makam kaum2 diraja aceh, disatu belah lagi kaum2 tok temoh..zahid komidi org jawa megaku aceh..di aceh ada ulama2nya tp ditutup dgn ulama2 jawa yg 9org..diaceh ada gam, dan tni jawa membunuh mrk..termasuk juga pembunuhan tni di west papua demi sawit yg tokeynya dari malingsia..oh ya..karya hamzah fansuri dari aceh juga dibakar gara2 ulama dari india syeikh nurrudin..kini malaysia ada zakir naik..bro tt..pasal apa madey nak simpan zakir naik lagi..tarik balik pr dia dan hantar pulang..zakir naik agen menhina bangsa hindu..cuba tanya madey, dia dok msia ni dia keje apa?bayar cukai ke? ada bini terengganu ke?atau dia ganti dr asri dlm ceramah anti syiah..dimalaysia baru ini ngapa harus kita simpan penyangak2 dari oversea? dari kes zakir naik, perogol, tokey judi, malah racun vx juga sampai di malaysia..lembab mcm sembab la lu bro..
BalasPadam