Rabu, 18 Julai 2018

ENTAH ENTAH SEMUA AUTA







APA?
BETULKE?

ATAU AUTA

TOK ARAB

BUKAN BOLEH

DIPERCAYAI

Rosmah pelanggan barang kemas sejak dahulu lagi, kata peguam 


ROSMAH Mansor ialah pelanggan syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL sejak lama dan diberikan keistimewaan tertentu kerana kedudukannya itu, kata peguam yang mewakili syarikat itu.

Isteri bekas perdana menteri itu disaman oleh tukang emas berpejabat di Beirut itu, yang mendakwa kiriman 44 barang kemas terdiri daripada tiara, rantai berlian, cincin gelang dan subang yang dihantar kepadanya pada Februari lepas.

Setiap satu barangan kemas itu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 yang kesemuanya berjumlah AS$14.8 juta (RM59.8 juta), menurut satu penyata tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui Tetuan David Gurupatham dan Koay.

“Anda boleh katakan pelanggan ini bukan orang biasa yang masuk ke kedai barangan kemas di pusat membeli belah,” kata Gurpatham dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.

Barangan kemas itu, kata Rosmah dalam kenyataan balasnya, dirampas semasa serbuan oleh pihak berkuasa ke atas beberapa premis yang dikaitkan dengan suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak bermula 16 Mei lepas.

Syarikat itu kini menuntut perintah mahkamah supaya barangan kemas itu dipulangkan semula  atau dibayar mengikut nilainya kepada mereka oleh Rosmah.

Gurupatham menegaskan syarikat itu tidak bertindak di luar batas kebiasaan dalam urusan terbarunya dengan Rosmah apabila mengirimkan barangan kemas itu kepadanya atas permintaan beliau.

Rosmah sepatutnya meneliti dan membeli barangan kemas itu, yang kemudiannya akan beliau bayar sendiri atau melalui pihak ketiga.

Rosmah diketahui pernah meminjam barangan kemas, yang diterimanya sendiri atau oleh agennya di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai, kata syarikat itu dalam penyata tuntutannya.

“Sudah tentu, apabila anda pelanggan sejak lama dahulu, anda akan dapat keistimewaan tertentu. Supaya perspektifnya jelas, defendan ada kredibiliti tertentu dalam pasaran.

“Maksud saya 44 barangan kemas. Berapa nilainya? RM60 juta? Berapa barangan kemas yang dirampas? 12,000? Supaya perspektifnya jelas, seseorang yang mampu mendapatkan barangan kemas sebanyak ini tentunya akan diberikan tahap kredit tertentu.”

Gurupatham berkata, pelanggan seperti Rosmah memberikan keyakinan kepada peniaga.

“Sebagai contoh, kalau saya pergi ke bank dan saya meminta OD (overdraf) sebanyak RM10 juta, bank mungkin kata tidak boleh. Tetapi kalau seseorang yang berharta, dan mereka minta RM100 juta, ia mungkin diberi. Itulah namanya keyakinan.

Gurupatham juga mempertahankan bahawa syarikat berpejabat di Beirut itu sah dan bukan bayangan sebuah syarikat lain, katanya sebagai menjawab dakwaan di media sosial kononnya syarikat barangan kemas itu tidak wujud.

“Tidak ada dakwa-dakwi tentang itu. Hakikatnya, syarikat ini berdaftar.

Putrajaya memohon untuk jadi pencelah dalam kes ini atas alasan barangan kemas berkenaan dibeli dengan wang pembayar cukai yang diseleweng. Pengurusan kesnya ditetapkan pada 27 Julai ini. – 18 Julai, 2018


ENTAH ENTAH

INI PUTAR 

UNTUK 

REMBAT

HARTA RAKYAT

-------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan