MERAKAM SEJARAH
NAJIB DAN LIMA
KES PEMBUNUHAN
Sekali lagi Mahathir mengunakan perkataan - desprate. Ini kata-kata pembukaan Mahathir tiga hari sebelum Rabu 9 Mei 2018. Mahathir membuka surah apabila saya bertanya ..’ Tun.. what is your reading now? Apa keadaan sekarang?’
Saya bertanya dihadapan Mat Sabu, S.Husin Ali, Khairul Anwar a.k.a Jonah. Ini pertemuan war room PKR dengan Mahathir dirumah kediaman Mahathir di The Mine pada jam 7.45 petang Ahad 6 Mei 2018 tiga hari sebelum mengundi.
‘ Betul ke … dah ada senarai tangkapan …’ S. Husin menimbulkan tentang senarai orang yang akan ditangkap oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). S.Husin telah menimbulkan pekara ini dalam perbicangan war room PKR. Mahathir tidak menjawab.
‘ Dia desprate…’ Sekali lagi Mahathr menggunakan perkataan desprate. Desprate dalam Bahasa Melayu ertinya terdesak. Dalam lain perkataan ertinya tertekan. Dalam istilah perubatan Si Najib ini sedang sesak nafas.
Justeru dari bacaan Mahathir Si Najib ini sedang terdesak dan sesak nafas. Sosok yang terdesak dan sesak nafas akan melakukan apa sahaja untuk terus hidup bernafas. Dalam hal ini bacaan Mahathir tepat sekali.
‘ Dia terlibat dalam lima kes pembunuhan..’
Kami semua senyap sabentar apabila Mahathir berkata sademikian. Kami berpandagan sesama sendiri. Kami semua sedar keterlibatan Najib dalam beberapa kes pembunuhan. Kes-kes pembunuhan ini menjadikan Najib terdesak.
Bila Mahathir membuka mulut tentang kes bunuh kami senyap. Kami mahu dengar apa lagi yang Mahathir tahu dan akan buka kepada kami. Saya membuka mata dan memasang telinga.
Selain dari kes curi duit 1MDB - kes bunuh Altantuya terus menjadi kes latar belakang jenayah Najib. Kes bunuh ini lebih senang difahami oleh Mak Cik dan Pak Cik Felda. Bunyinya pun sensasi. Justeru anak semua bangsa sedar jika Najib kalah maka Najib akan masuk penjara - tanpa mengira apa kes.
Tapi pada petang itu bukan kes bunuh yang ingin kami tuntaskan. Kami datang bertemu Mahathir untuk meneliti kali akhir stratiji PRU14.
S.Husin seorang ahli akademia - meneruskan budaya akademia - telah menuliskan keputusan war room PKR dalam sakeping kertas A4. Kertas ini diberikan kepada Mahathir. Mahathir membelek, membaca dan menyimpan kertas ini.
Kami terus berbincang.
Untuk saya yang amat penting ialah garis - Jangan Concede - jangan terima keputusan PRU14 kerana ditipu. Saya telah berjaya menghasut dan meyakinkan war room PKR untuk menerima garis ini. Saya telah juga menghasut Mahathir untuk menerima stratiji ini. Justeru dalam nota A4 yang disampaikan oleh S.Husin kepada Mahathir isinya terus memperkokohkan lagi stratiji jangan concede.
Hakikatnya pada petang itu tujuan pertemuan ialah untuk menjalinkan kesefahaman antara pandangan war room PKR dengan stratiji induk Pakatan Harapan. Diharapkan stratiji tidak sampa larau. Langkah dan tindak tanduk dalam rentak yang sama. Dan tidak ada percangahan langkah. Amin
‘... Akan melakukan apa sahaja…’ bunyi ayat yang diucapkan oleh Mahathir pada petang itu terus berdesing dalam telinga saya.
Ayat ini menjadikan saya gerun dan agak takut. Apakah ada yang tersorok dalam saku orang yang terdesak. Apakah akan berlaku huru hara? Apakah akan berlaku benterokan? Apakah akan berlaku kacau bilau?
Saya cukup yakin Najib memilih Rabu 9 Mei 2018 sebagai hari mengundi PRU14 dengan niat jahat. Tarikh ini sengaja dipilih. Empat hari sesudah mengundi ialah 13 Mei. Tarikah 13 Mei ini selalu digunakan oleh United Malays National Organisation untuk menakut-nakutkan anak semua bangsa.
Dari pandangan sejarah tanah air kita - 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam. Hari pergaduhan Bani Melayu yang tidak puas hati dengan Bani Cina. Ini berlaku tiga hari sesudah PRU3 yang dijalankan pada 10 Mei 1969.
Apakah Najib mahu mengulangi pekara yang sama saperti yang telah dilakukan oleh Razak Hussein ayah Najib sendiri. Pekara ini terlintas dalam kepala saya. Malah pekara ini masuk ke dalam banyak kepala anak semua bangsa di Malaysia apabila PRU dijalankan.
Saya juga telah diberitahu oleh Sosok Rujuk Bersih - Dr. Lim Chin Huat tentang - Auntie Maggi Mee . Ramai tidak sedar tentang apakah dia Auntie Maggi Mee. Ini sebenarnya adalah kempen saraf yang dijalankan secara tersusun oleh parti cukong Malaysian Chinese Association - MCA
Secara senyap-senyap Mak Cik, Ah Soo dan Auntie telah digalakan untuk membeli dan menyimpan maggi mee. Ini sebagai persediaan menyimpan makanan jika berlaku darurat sesudah PRU. Saperti yang berlalu pada tahun 1969 dahulu. Atau jika berlaku kacau bilau dan ada arahan berkurung. Maka maggi mee menjadi penyelamat.
Sabenarnya perang saraf parti cukung ini telah dilakukan disetiap PRU dengan efektif. Bani Melayu tidak menyedari hal ini. Semuanya berjalan dengan senyap.
Jelas MCA juga telah menggunakan hantu 13 MEI sebagai alat perang saraf. Mak Cik, Ah Soo dan Auntie akan merasa takut dengan kacau bilau dan porak peranda. Susana ini akan digunakan untuk mendorong mereka mengundi kuasa yang sedia ada i.e Barisan Nasional.
Justeru - beberapa hari sebelum mengundi kita terdengar Najib bersuara - mengingatkan tentang kestabilan. Kestabilan lawannya ialah kacau bilau. Suara Najib yang meminta kestabilan ini bertujuan untuk membantu perang saraf Auntie Maggi Mee yang dipasang oleh MCA.
Sila ambil perhatian - Lima hari sesudah mengundi bulan puasa sampai. Jika ada demo bantahan - kerana Najib menipu - hanya akan akan berlaku dalam masa lima hari - sebelum puasa sampai. Bila puasa bermula bantahan ke jalan raya akan gagal.
Semua ini telah dirancang dengan jahat oleh Najib.
Akhirnya perbincangan petang itu kembali kepada agenda lama - dimana hendak berkumpul ketika undi sedang dikira.
‘ Orang ramai boleh berhimpun di Padang Emcorp Mall. Ni tak jauh dari pejabat Bersatu..’ Mat Sabu bersuara memberi cadangan. Pandangan Mat Sabu ini telah lama dilambung-lambung.
‘ Di Amcorp Mall kita boleh buat bilik gerakan…pasti ada bilik untuk disewa…’ Tambah Mat Sabu.
Kali ini Mahathir tidak lagi mencadangkan Putrajaya. Kelihatan Mahathir bersetuju. Saya mengambil ini sebagai keputusan akhir dimana penyokog Pakatan Harapan akan berhimpun pada malam mengira undi.
‘ Tun kena beritahu Azmin kerana semua ini memerlukan bujet..’ Saya membuat cadangan kerana war room kami tidak memiliki dana. Mahathir saperti biasa hanya mendengar.
Semua tuntas. Pada malam mengira undi orang ramai akan dijemput untuk berhimpun di padang Amcorp Mall. Untuk saya padang Amcorp Mall pilihan stratijik. Ini kawasan terbuka. Jika aparacik Najib datang menyerang kami boleh melarikan diri ke setiap arah. Kami telah mengenal wilayah ini berbanding dengan wilayah Putrajaya yang pada awalnya dicadangkan oleh Mahathir.
Kawasan terbuka ini membantu. Kami yang berhimpun boleh dilihat dari semua sudut. Padang Emcorp Mall ini juga dikelilingi oleh kawasan perumahan kelas menengah Petaling Jaya. Ini waduk empangan penyokong tegar Pakatan Harapan.
Tidak jauh dari padang ialah ibu pejabat Parti Bersatu. Jelas kami diwilayah selamat.
Kami minta diri satelah lebih dari satu jam berbincang. Mahathir pula ingin menyiapkan tulisan dan bersedia untuk bercermah di Gombak. Saya terus menyelinap ke Cheras berkempen untuk Saudara Fung Kui Lun.
Pada 8 Mei 2018 - sehari sebelum mengundi keadaan kelihatan tenteram. Semua yang wajib disusun telah disusun. Najib dan kuncu-kuncunya kelihatan dalam keadaan bertahan.
Satu demi satu - Najib terus diserang. Poster muka Mahathir yang dipotong menjadi heboh. Dunia siber tak henti-henti memainkan isu ini.
Dalam masa yang sama MCA dengan niat untuk memenangi undi Cina telah memaparkan gambar pemimpin MCA bersalaman dengan pemimpin China Merah. Gambar billboard ini menjadi tular. Imej ini menaikkan kemarahan Bani Melayu yang semakin yakin bahawa Najib akan menggadaikan Tanah Melayu kepada China Merah.
Lalu timbul pesoalan hakiki - kalau muka Mahathir tidak dibenarkan muncul dalam poster kempen mengapa muka Xi Jinping dari China Merah dibenarkan? Bani Melayu makin naik darah. Amin.Hari hari akhir sebelum mengundi populariti Mahathir terus mengatasi Najib - dari segi sokongan dan pengikut. Seminggu sebelum hari mengundi Face Book Mahathir mendapat 1.22 juta interaksi. Najib hanya mendapat 651.672 interaksi. Jauh ketinggalan. Malah Kelab Che Det mendapat 651,504 hampir mengatasi Najib.
Pada hari Selasa Mahathir pulang ke Langkawi. Kali ini jet pribadinya telah tidak lagi menjadi isu. Pada malam Selasa sehari sebelum mengundi Mahathir membuat ‘ face book live’. Manakala Najib muncul di TV3. Satu Malaysia sedang membuat pilihan.
Pada malam yang sama ketika saya sedang menikmati toseh di Bangsar Utama tetiba saya mendapat panggilan talipon. Panggilan dari kenalan lama dari New York. Selain dari bertanya khabar saya nyatakan kepada kawan lama saya ini satu kesilpan Department of Justice America (DOJ).
‘ Kalau dulu…DOJ tidak mengunakan MO1 dalam dokumentnya…. Najib telah lama bungkus… Kalau DOJ menyebut nama Najib dalam dokumen itu… kerja kami dah lama selesai…’ Kami sesama terbarai ketawa.
Di New York entah pukul berapa. Kawan saya itu nak tahu sapa akan menang. Jawapan saya cukup jelas. Pakatan akan menang PRU14 kecuali ditipu. Dalam Bahasa Inggeris - Pakatan have won.
Tetiba saya mendapat satu lagi pangggilan talipon. Kali ini paggilan tempatan. Dari hujung talian ada suara memberitahu bahawa war room di Emcorp Mall dibatal. Kita beralih ke ke Hotel Sheraton.
Wow…kenapa ini berlaku? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------
Memang desperate.....
BalasPadamCuma orang-orang umno/bn/cronies..je.e.. yang tak faham
perkataan "desperate".......
Selama ini..dia orang ingat..desperate to.o.."despacito"..
Interesting article, Bro Hisham.
BalasPadamAdehhhh...sambung Lagiiii
BalasPadam