Rabu, 18 Julai 2018

MERAKAM SEJARAH - MALAM ITU APA TERJADI


 



MERAKAM SEJARAH

MALAM ITU APA JADI

Rabu 9 Mei 2018 adalah  hari anak semua bangsa  turun mengundi di Malaysia. Cuaca molek. Dari awal pagi  media sosial, blog dan portal saperti MalaysiaKini telah melaporkan  bagaimana dari awal pagi orang ramai telah mula beratur ditempat mengundi. 

Sebenarnya suasana heboh mengundi telah rancak sebelum pagi Rabu lagi. Semenjak hari Isnin  portal dan blog telah heboh dengan berita lapangan terbang KLIA telah melimpah. Ada yang nak pulang ke Sabah dan Sarawak. Ada yang  sampai dari Hong Kong, Jepun, Korea, Australia dan entah dari mana lagi.

Air Asia telah dikatakan  belot. Awalnya syarikat ini telah memberi tiket ‘ spesial’ untuk pulang mengundi. Air Asia juga memperbanykkan penerbangan pulang  untuk warga diluar.  Entah apa terjadi  tetiba Air Asia  menayangkan logo Najib dan membatalkan beberapa penerbangan. Orang ramai kecewa. Mereka menyumpah dan meludah muka Tony  Fernandez. 

Hanya pramugari Firefly yang terus dengan baju warna Amanah. Syukur. 

Ada berita melaporkan warga yang memburuh di Singapura tidak putus putus bertali arus  melintasi sempadan untuk ke Johor dan pulang. Causeway berasak-asak. 

Pemeriksaan paspot lambat. Malah ada berita melaporkan ada kemungkinan ini sengaja dilakukan untuk menafikan warga agar tidak  sempat pulang ke kampong masing-masing.

Warga Malaysia yang bekerja diluar negara  dan pulang mengundi wajib kita berikan ucapan tahniah. Kita angkat topi untuk mereka. Ini satu tanggung jawab yang telah mereka tuntaskan. 

Ini juga kejayaan Bersih dan propaganda Bersih. Setiap demo - Bersih1  hingga Bersih5 - telah menjadi berita dunia. Keganasan  jentera penindas kerajaan Najib yang mereka lihat dikaca tv diluar negara telah mempengaruhi mereka untuk pulang mengundi. Terima kaseh juga kepada Global Bersih. Amin.

Gambar warga beratur ke bilik mengundi semakin galak muncul. FB dan media sosial menjadi penghantar berita spontan. Ertinya pesta  mengundi berjalan dengan lacar.

Petang sampai.  Dari apa yang saya baca masih ramai yang belum sempat masuk ke bilik undi. Saya menjadi risau kerana masih ramai yang masih beratur. Tetiba Pengerusi SPR membuat pengumuman jam 5 semua bilik mengundi akan ditutup. Saya sedar ini sebahagian dari tugas SPR yang tidak henti-henti menjalankan taktik untuk memastikan Najib terus berkuasa. 

Saya risau warga yang beratur dan tidak dapat mengundi akan naik minyak. Saya ingat lagi apa yang berlaku di Gombak pada  PRU12. Bakal pengundi marah kerana  bilik mengundi telah ditutup pada jam 5.  Huru hara timbul. Akhirnya masa mengundi  dipanjangkan ke jam 8.

Dalam  PRU14 ini  Pengerusi SPR terbukti orang suruhan Najib. Dia  berdegil dan bilik mengundi akan ditutup tepat pada waktunya.

Dari apa yang saya diberitahu proses  mengundi pada awalnya diperlambatkan. Kini bila melintasi jam 3 para petugas Pachaba Pakatan Harapan bergegas mempercepatkan proses mengundi. Amin

Mengundi hampir selesai. Saya menunggu arahan resmi dari war room untuk mengumumkan dan menjemput orang ramai berkumpul di Padang Emcorp Mall. Keputusan telah dibuat. Tapi saya mahu arahan resmi. Akhirnya lewat petang Mat Sabu telah membuat keputusan. Dengan pantas saya mengiklankan saluas mungkin.

Timbul masalah. DAP enggan campur. DAP tidak akan beri arahan untuk  ahli datang berhimpun. Saya amat faham akan perangai DAP ini. Mereka berwaspada kerana takut dituduh pencetus huru hara.  Sebagai parti yang dimomokkan oleh gerombolan Ketuanan Melayu sebagai parti  Cina  yang anti Melayu  maka DAP  sentiasa berhati-hati.

Untuk rakaman sejarah biar saya beritahu. Sesudah PRU13 dahulu Pakatan Rakyat telah juga menang tetapi ditipu. Pakatan Rakyat mengadakan himpunan   bantahan di Padang Kelana Jaya sesudah   PRU 13. Dalam himpunan ini DAP dan pemimpian DAP tidak hadir. Ini fakta sejarah.

Dalam PRU14 kali ini dalam suasana enggan dan takut-takut ini saya  telah  diberitahu DAP akan meminjamkan  lori trailer untuk dijadikan pentas  ceramah. Parti ini juga akan menyediakan sistem pembesar suara dan skrin tv yang besar. Terima kaseh.

Para penyokong Pakatan ada yang bertanya  kenapa war room beralih ke hotel Sheraton Petaling Jaya. Saya masih ingat lagi bagaimana pada hari Selasa jam 2 pagi saya telah dipanggil untuk melihat pelan dan rajah war room yang akan didirikan di Tingkat Tiga di Emcorp Mall. 

Kenapa beralih? Rasionalnya di hotel akan tea dan kopi. Selesa untuk makan dan berehat. Jika di Emcorp Mall kita wajib membawa masuk makanan. Saya terima  lojik ini. Khalas.

Hakiktanya di Kuala Lumpur pada malam Rabu 9 Mei 2018 Pakatan Harapan ada dua tempat berkumpul. Pemimpin dan  bakal YB berkumpul di Sheraton Hotel yang tidak jauh dari Emcorp Mall. Orang ramai berkumpul di padang Emcorp Mall. Dua tempat ini ada skrin besar untuk melihat keputusan undi.

Tetiba saya diberitahu ada  satu lagi perhimpunan di Putrajaya. Saya hairan lagi pelik. Ini kumpulan dari  parti mana? Dari kabilah siapa? Kepala bana siapa yang mengepali himpunan ini?  Saya yakin dan pasti tidak ada arahan dari war room Pakatan Harapan untuk berkumpul di Putrajaya.

Malah dari media sosial telah muncul gambar dawai berkawat berduri  telah dirintang di beberapa jalan  di Putrajaya. Apa maknanya ini? Ini projek siapa?

Malam sampai. Satu demi satu keputusan masuk. Setiap kali keputusn dibacakan orang ramai akan bersorak. Ini berlaku di Padang  Emcorp. Dan ini juga berlaku dalam dewan khas di Sheraton. Semua bergumbira. Semua tersenyum.

Bacaan Mat Sabu tepat sebelum jam 9 kita akan tahu kalah menang. Dari keputusan yang sampai semakin jelas United Malays National Organisation telah lungkup. 

Penyokog Pakatan Harapan terseringai ketawa. Saya ? Saya gelabah memikirkan apa langkah  yang akan diambil oleh Najib.

Di Sheraton masuk dikawal. Hanya yang dipilih saje boleh masuk. Tapi ini pun menjadikan dewan penuh oleh YB yang baru menang,  YB yang menunggu menang dan juga penyokong setia. Media menunggu di bilik yang asing. Tea kopi dan makan terhidang.

Pada kegumbiraan para penyokong sabenarny  saya  merasa tegang. Berita senarai tangkapan timbul sekali lagi. Beberapa bisikan kedengaran tentang hal senarai ini. 

Ini diikuti pula oleh berita Najib sedang mengarahkan Majlis Keselamatan Negara untuk melakukan  sesuatu. Dari mana punca berita ini wallahu alam. Tapi semuanya sampai ke telinga saya. Saya menjadi gusar. Risau ada gentar pun ada. Apa akan berlaku?

Di Malaysia selama 60 tahun belum pernah  terjadi peralihan kuasa kerajaan. Semenjak Inggeris mengundur parti United Malays Ntional Organisation telah berkuasa.

Saya  ternampak Datuk Kadir Jasin. Saya terus menghulur tangan.  Kali pertama  saya berjabat salam  dalam  satu program forum di JB tahun 2016. 

Bila bertemu Kadir kali pertama dia  berkata , ‘… dia ni dulu musuh saya..’  Sekarang kami sekapal dan boleh duduk sameja dan berbincang hal politik negara. Dunia telah berubah. Lawan jadi kawan.

Lalu saya berkata kepada Kadir , ‘ kita berilah si Najib ni jalan keluar…. jangan  beri dia peluang … nanti dia buat kacau kacau… satu bilion itu kira halal dua akhirat….’ Ini cadangan saya untuk mengelak berlaku benterokan.

Saya menyurakankan cadangan dalam bentuk lawak. Orang Puteh kata  - touch and go. Saya ingin melihat apa reaksi  sosok yang mendengar. 

‘ Kami sudah  beri dia peluang dulu…. tapi dia rejek…. ‘ Ini jawapan Kadir  yang kini ahli Majlis Tertinggi Besatu. Saya kurang arif dalam hal ini. Bila agaknya peluang Najib mengundur telah diberi.

Saya tuturkan pekara yang sama kepada Dr. Zul dari Amanah yang  baru diumum menang. Dia sedang dikelilingi oleh ‘ geng Amanah’. Dr Zul tidak menjawab.  Dia hanya memandang muka saya. Mungkin kegumbiraan menang sedang melanda hingga tidak ambil pot apa yang saya tuturkan.

Kemudian saya pergi bertemu dengan Tan Seri Muhyiddin Yassin. Saya tuturkan  pekara yang sama saperti apa yang saya katakan kepada  Datuk Kadir Jasin dan Dr Zul.

‘ Tak boleh… tak boleh… Mana boleh bebas bagitu saje… Najib wajib dibawa ke mahkmah….’  Ini jawpan tegas dari Muhyiddin.

Saya tidak meneruskan pertanyaan saya kepada yang lain. Saya takut dianggap ‘lembik’ dan sedia berkompromi dengan orang jahat saperti Najib.

Malam berlarutan dan melintasi jam 10. Keputusaan semkin jelas bahawa Pakatan Harapan telah menang. Satu demi satu kerusi  bertambah. Satu demi satu negeri milik BN jatuh  untuk menjadi  wiayah Pakatan Harapan.

Ketua SPR tidak muncul lagi di kaca TV. Kemana dia menghilang malam itu wallahu alam.

Saya difahamkan pada malam ini juga kerajaan Pakatan Harapan akan ditubuhkan. Tidak boleh dilengahkan. Jika dilengahkan ini mengundang bahaya.

Sila ingat kembali pilihan raya Negeri Sarawak pada 2011. Si Taib Mahmud  masuk angkat sumpah sebaik saja dia mendapat majoriti. Malam itu juga  Taib angkat sumpah hingga  dia tidak  sempat memakai stokin. Babak tak sempat pakai stokin ini hingga sekarang menjadi babak lawak sejarah.

Malaysia negara dunia ketiga. Apa sahaja boleh dilakukan oleh Najib. Lambat angkat sumpah akan mengundanag bahaya.

Jam melintasi sebelas. Surat diketik. Ini surat resmi dari Pejabat Presiden. Bertarikh 10 Mei 2018.  Surat ini kepada Agong.  Di tanda tangani oleh Dr Wan Azizah, Tan Seri Muhyiddin Yassin, Tuan Haji Mumahad Sabu dan Saudara  Tan Kok Wai.

Surat ini meminta Agong melantik Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia. Surat ini akan dibawa kepada Agong pada malam ini  juga. Delegasi ke Istana Negara sudah bersedia.

Pucuk pimpinan Pakatan Harapan akan pergi ke istana Negara untuk penubuhan kerajaan baru dibawah Pakatan Harapan. Delegasi meninggalkan hotel Sheraton menuju Istana Negara.

Saya sempat mengambil satu kopi surat bersejarah ini. Kopi surat  yang pada saya tidak bertanda tangan. Surat bersejarah ini tersimpan dalam peti besi saya.

Apa terjadi di Istana Negara. Apa  terjadi dengan surat dari kepimpinan Pakatan Harapan ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




-----------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan