Polis ambil keterangan Isham Rais berhubung artikel tentang Agong
Polis hari ini merekodkan keterangan aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di blognya pada 6 Jun lepas.
Peguam Zaid Malek yang mewakili Hishamuddin berkata, anak guamnya itu diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 4 petang ini bagi membantu siastan berhubung artikel berkenaan.
"Proses merakam keterangan hampir dua jam itu berjalan dengan baik dan Hishamuddin sendiri telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.
"Beliau (Hishamuddin) diminta hadir berikutan terdapat satu laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh seorang lelaki dari Chembong Rembau, Negeri Sembilan, baru- baru ini," katanya kepada pemberita sejurus proses memberi keterangan selesai.
Menurutnya, Hishamuddin disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Hishamuddin meminta agar kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang terkandung dalam manifesto mereka.
"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian saya akan berkempen dalam blog saya mengatakan kerajaan yang memerintah mungkir janji," katanya.
Pada 6 Jun lepas, beliau didakwa telah memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan Muhammad V di blognya, www.tukartiub.blogspot.com.
Bagaimanapun, pada keesokannya (7 Jun), Hishamuddin telah membuat laporan polis menafikan ada memuat naik artikel berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa blognya telah digodam.
-Bernama
-----------------
oit tt..
BalasPadamgua nak muntah sbb muak tengok asyik muka lu naik court..
dari start akil baligh sampai skang tak pernah berenti ke sana..
bila pulak lu nak naik pelamin..
kah kah kah
Tt mmg tulis
BalasPadamJgn dalih