Selasa, 28 Ogos 2018

HOW LOW IS JHO LOW






CT

CHINA TEMBAM



Wahai Pembacha Tukartiub Yang Budiman

Sebut saja istilah C.T di Zaman Dharurat(Emergency 1948-1960) hingga lah Perjanjian Damai di Haadyai pada tahun 1989...semua orang paham C.T itu  Communist Terrorist atau Pengganas Komunis .Musoh  Negara  #1.

Berganjak 70 tahun ke 2018..........
Musoh Negara #1 maseh lagi C.T...tapi bukan lagi Communist Terrorist tapi  si Cina Tembam. @ Jho Low .

Dulu dulu semasa saya di bangku sekolah kerap helicopter Nuri membawa mayat2 CT ke padang Sultan Ismail College (SIC).Bila balek rumah tak berani cheritakan pada emak pergi tengok mayat2 CT.Tapi ada pulak orang persampaikan anak Makchik pergi dekat tengok mayat komanih.Kena getu! Kena piat!

Masa itu tiadalah saya paham akan idealogy komunis...tapi yang maseh jelas dalam ingatan mayat2 yang di tembusi  peluru itu semuanya kurus kering...macham chichak kubin kata orang Kelantan.Maalomlah makan tak chukop dalam hutan.

Berlainan sekali dengan CT 2018...sunggoh montel.Kalau lembu korban gerenti RM2,000 sebahagian.

Di musim menyambut kemerdekaan ini marilah sama sama kita kenang jasa2 dan pengorbanan  semua tanpa mengira bangsa.

Mudah mudahan CT gemok montel kita akan di chekop tak lama lagi.

Ada berita kata Cina Tembam ini sedang menyorok...lying low.Tapi mengikut lirik  lagu Limbo Rock...How low can  you go!!!!!

kah kah kah


HOW LOW 

CAN JHO LOW GO








Tiada ulasan:

Catat Ulasan