-
MERAKAM SEJARAH
PROJEK SAILANG
GAGAL
Khamis 10 mei 2018. Lewat jam 8 Malam di Istana Negara. Siti Hamsah memaut tangan Mahathir untuk mengajak Mahathir meninggalkan Istana.
Mahathir dan Siti Hasmah telah bangun bergerak. Pada hemat Sang Isteri mereka telah menunggu berjam-jam untuk istiadat angkat sumpah. Istiadat ini sengaja diperlambatkan.
Ini adalah manifestasi dari projek Mat Songel yang ingin menggagalkan Sang Suami dari menjadi Perdana Menteri.
Atau Mat Songel berniat ingin memberi malu kepada Mahathir Muhamad. Atau Mat Songel ingin memberitahu Mahathir bahawa Agong dan Raja-raja Melayu tidak bagitu berahi kepada Mahathir Muhamad kerana apa yang telah dilakukan oleh Mahathir satu ketika dulu.
Hakikatnya pada malam itu Agong masih lagi lok lek menemu bual pemimpin Pakatan Harapan satu persatu. Apa yang ingin ditemu dan apa yang ingin dibual hanya Guru Nanak sahaja yang tahu.
Lim Guan Eng bergegas menyelamatkan keadaan. Lim tegak berdiri dihadapan Mahathir meminta agar Mahathir tidak meningglkan Istana. Bersabar menunggu kerana kita telah lama menunggu.
Bukan menunggu 4 jam ini sahaja malah anak semua bangsa di Malaysia telah menunggu selama 60 tahun untuk menghumbankan United Malays National Organisation.
Semenjak malam 31 Ogos 1957 - anak semua bangsa telah menyusun , telah bergerak untuk menamatkan projek Inggeris yang telah menobatkan United Malaya National Organsiation dengan kuasa.
Lim Guan Eng telah berjaya mengagalkan niat Siti Hasmah untuk membawa suaminya keluar. Suasana menjadi tegang. Semua tertanya-tanya - apakah akan berjaya istiadat angkat sumpah pada malam kedua ini. Atau gagal sekali lagi.
Jam masih berjalan. Malam belum larut tapi pemimpin Pakatan Harapan telah hampir empat jam menunggu untuk mengangkat sumpah.
Tetiba masuk Ketua Setiausaha Negara. Semua mata memerhati. Kelihatan telah ada pergerakan untuk memecah ketegangan.
‘ Bila Ali Hamza muncul… rasa lega… rasanya… akan selesai..’ Mat Sabu menerangkan.
Ketika menulis ini saya tidak tahu apa yang telah berlaku dibelakang tabir. Dari analisa dan pengalaman - saya yakin Adinda dan Kekanda pasti telah berbincang sesama sendiri. Mustahil Kekanda Adinda tidak berbincang untuk memahami keadaan politik pasca 9 Mei 2018.
Sayugia diingati ketika Mahathir dan pemimpin Pakatan dalam Istana ribuan rakyat telah mula berkumpul di sekitar Istana Negara. Juga rakyat sedang berkumpul di sekeliling hotel Sheraton di PJ. Antara dua wilayah ini jaraknya tidak berapa juah. Orang ramai yang berada di jalan raya ini dari pengalaman saya tidak susah untuk dihasut bergerak ke mana sahaja.
Saya juga telah diberi masa hingga ke jam 10.30 untuk menunggu apakah arahan terakhir. Apa tindakan yang wajib dilakukan jika angkat sumpah gagal sekali lagi.
Sebagai rakaman sejarah saya telah menghantar text kepada kawan saya seorang bekas wartawan NST. Dengan jelas saya menulis :- After 10.30 if nothing happen we will go to the street. Dengan cepat saya mendapat jawapan … Don’t.Najib will declare emergency.You fall into their trap.
Saya merasa ketegangan. Dalam dewan Sheraton semua ternanti-nanti. Jika jalan raya sebagai harga yang wajib dibayar untuk perubahan maka inilah harga yang wajib dibayar. Ini telah tersemat dalam kepala saya.
Wajib saya tuliskan disini tentang sejarah sejarah Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia. Czar dan Czarina - Raja dan Pemaisuri - telah cuba menghalang perjalanan ombak sejarah rakyat Rusia. Akhirnya Czar Nicholas anak beranak telah ditembak mati. Ini keputusan revolusi rakyat Rusia bukan keputusan pilihanraya.
Saya yakin ada Kekanda dan Adinda yang faham akan sentimen pasca 9 Mei. Pasti ada Adinda yang telah membaca sejarah Revolusi Bolshevik. Atau tahu apa terjadi kepada Raja dan Sultan di Indonesia.
Atau terbaca apa yang terjadi kepada Raj dan Maharajah di India. Atau pernah bermalam di Istana Maharaja Jaipur yang kini menjadi hotel ternama dalam dunia.
Para Maharaja ini dilupuskan ‘daulat’ mereka sesudah India merdeka pada tahun 1947. Maka untuk ‘cari makan’ Sang Raja dan Sang Maharaja menjadikan Istana mereka sebagai hotel. Amin.
Di Tanah Melayu pasti Adinda dan Kekanda pernah terbaca kata-kata akhir Raja Farouk ketika sampai ke Itali sesudah dihalau oleh Gamal Abdel Naseer dari Khairah pada 25 julai 1952.
‘ Akhirnya dalam dunia ini akan hanya tinggal lima Raja. Raja England, Raja Kelawar, Raja Sepit, Raja Deman dan Raja Lekok….” Kata-kata Raja Farouk ini tepat dan terbukti saheh.
Kaum feudal - Raja dan Sultan - adalah saki baki sejarah. Kaum feudal ini adalah petanda bukti kesahehaan teori evolusi manusia. Manusia berkembang dari terpencar-pencar hingga menjadi kumpulan. Dari mencari dan mengumpul makanan manusia menjadi kaum tani - bersawah dan berternak.
Dari masyarakat tani ini muncul sosok yang gagah berani. Muncul sosok yang memiliki keupayaan memimpin. Maka dari sini lahirkan Pahlawan dan Raja. Maka dari sini muncul sistem feudal. Dari sini muncul mukim, daerah dan negeri. Lalu dipimpin oleh sosok yang dipanggil Raja atau Sultan.
Ada cerita dan kesah karut marut tentang Raja. Disebarkan kesah Raja dan Sultan memiliki daulat. Atau Raja berasal dari keturunan Nabi. Atau Raja adalah Anak Tuhan. Atau Raja dan Sultan menjaga Agama. Atau Raja boleh menyumpah ‘orang biasa’ menjadi batu.
Semua ini adalah maklumat bohong dan cerita-cerita karut. Tujuan cerita karut ini adalah untuk menakut-nakutkan orang ramai. Agar Pak Tani terus tunduk kepada Raja atau Sultan. Agar terus membayar cukai dan upti pada Raja.
Pada tahun 1500 - mengikut Salalatul Salatin - ketika pedagang Arab datang ke Melaka di sebarkan berita tentang ujung Anu Sultan Melaka ‘terputus’ bukan kerana bersunat tapi melalui mimpi. Lalu Sultan masuk Islam.
Pada tahun 2018 ini kalau ada sesiapa membuat cerita saperti ini maka hanya ada dua jawapan. Sama ada Si Tukang Cerita ini lepasan Tanjung Rambutan. Atau Tukang Cerita ini mabuk syabu.
Kesah dan mitos kehebatan Sultan dan Raja ini sengaja disebarkan. Ini mungkin untuk ‘menghalalkan’ Sultan atau Raja yang mungkin seorang perogol atau pembunuh atau pemadat.
Jangan semberono menuduh Hishamuddin Rais sebagai anti-Sultan. Apa yang saya tulis ini bersandar fakta dan bahan sejarah. Sila rujuk Hikayat Abdullah. Sila baca bagaimana Pulau Temasik terjual. Bagaimana Sultan Hussein seorang pemadat - kaki candu- telah diperangkap oleh Tokan bernama Raffles. Akhirnya Mat Pet ini menjualkan Pulau Singapura kepada Raffles pada 6 Febuari 1819.
Justeru Raja dan Sultan sebagai Mat Pet - kaki candu - ini bukan satu yang asing dan bukan satu penomena yang baru. Pekara ini telah dirakam sebagai bahan sejarah oleh Abdullah Munshi lebih seratus tahun dahulu.
Hanya kita yang gagal mengingati kembali kepada rakaman sejarah ini. Sejarah yang gagal diingati atau kita gagal belajar dari sejarah maka babak sejarah itu akan berulang.
Pada malam itu - satelah KSN masuk aktiviti dalam Istana makin lancar. Kerusi mula disusun. Pemuka-pemuka masuk. Media yang selama ini diluar kini rapat ke dalam. Upacara mengangkat sumpah akan berjalan.
Bersongkok dan berbaju Melayu hitam memperkukuhkan tradisi Melayu. Mahathir, Muhyiddin, Mat Sabu memakai baju Melayu hitam. Dr Wan Azizah juga memakai baju hitam. Lim Guan Eng berjaket hitam dan bersongkok hitam. Muftee , para jemputan, wartawan dan juru gambar juga memakai baju hitam. Yang tidak berbaju hitam hanya Sang Isteri dan Pegawai Tentera Darat dan Laut.
Pada malam 10 Mei 2018 - Mahathir mengangkat sumpah untuk tiga pekara : 1- Surat cara perlantikan . 2 - Angkat sumpah jawatan dan setia. 3 - Sumpah simpan rahsia. Semua dilakukan dihadapan Agong.
Di Dewan Sheraton - upacara angkat sumpah ini diikuti melalui talipon bimbit. Disana sini penyokong Pakatan dan para YB berkumpul mengikuti apa yang sedang berjalan di Istana Negara.
Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 dalam Parlimen ke 14 datang ke hadapan Agong. Mahathir hanya menundukkan kepala, berjabat salam tapi tidak mencium tangan. Saya ulangi sekali lagi Mahathir Muhamad tidak mencium tangan Agong.
Amat penting untuk saya merakamkan babak ini. Ada cium tangan atau tidak ada mencium tangan ini. Ini sebagai rakaman sejarah untuk anak cucu cicit kita. Mereka wajib tahu bahawa tidak ada keperluan untuk kita mencium tangan sesiapa pun kecuali ayah dan bonda.
Perdana Menteri kita menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Raja telah mencukupi. Ini contoh terbaik penghormatan kita sesama manusia. Kita sesama sederajat sebagai umat manusia.
Pada Khamis malam 10. 5.2018 - semua kelihatan beres. Bila saya diberitahu semua selesai saya pun menalipon semua geng dan jaringan untuk ke Sheraton. Manager Sheraton pula telah berbesar hati menghadiahkan ‘ supper’ kepada kerajaan baru. Kueh mueh, tea dan kopi sampai sekali lagi ke dalam dewan.
Semua menunggu delegasi dari Istana. Satu sidang akhbar akan diadakan. Dewan Sheraton makin berasak-asak dengan kemasukkan para wartawan yang telah berjam-jam menunggu.
Sidang akhbar Mahathir Muhamad pertama sesudah dilantik sebagai Perdana Menteri diadakan hampir jam 11 di Hotel Sheraton. Para pemimpin Pakatan Harapan duduk sebaris dengan PM yang baru.
Dalam sidang akhbar ini Mahathir menerangkan kembali apa yang telah berlaku dan secara ringkas menerangkan rangka kerajaan baru.
Jelas projek sailang Mahathir telah gagal.
Mahthir kini telah mengangkat sumpah. Esok Jumaat 11 Mei 2018 - Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyurat. Apa akan dibincang?
Jeng jeng jeng. Jangan silap baca. Mat Songel masih lagi merancang. Mat Songel terus berusaha. Masih ada lagi projek Mat Songel? Tak percaya tunggu minggu hadapan. (tt).
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------------
1st!!!! Ahahahahaha baca kemudian yg penting dapat first komen. Kah kah kah
BalasPadamAkhirnya, terpancut jua lelehan di kote. Kah kah kah. Lega nok!. Okay, kita buka babak baru. Cerita lps jd PM. Ibarat main dgn gadis sunti jerman nazi.
BalasPadamTT...nak tanya la. Betul ke byk org bangla cakap, tg eddy wang tu peniup trompet hj najib?
BalasPadamTT latarbelakang kesogelan Raja kita yang amat kita kaseehee.. tak sama dgn suasana Raja Russia atau Raja Mesir. Mereka ada sekor tapi kita ada sepuloh Yang Amat Mulia. Raja kita rebah satu ada sembilan lagi.
BalasPadamSatu lagi ..kalau ada hamlau bercerita yg LGE tiba dalam mimpinye bertakuk anunye. Dan anu LGE benar2 bertakuk ..malah boleh ditaruk mata kambing lagi. Dlm suasana keigamaan hari ini ..semua orang akan percaya?
Tukar Tiub??? Tiub dh tukar. Tukar Tyre pulak, Bro.
BalasPadamChitttttt mat songeL merosak kehendak rakyat menghabis dakwat tt Dan data peminat tukar tiub
BalasPadamTT, terima kasih sebab menulis. Aku cukup suka bila baca bahagian Tun M tak cium tangan Agong tu. Banyak kali aku ulang baca kat situ, takut tersalah faham. Kau tekankan ayat tu dengan tegas untuk Anwar dan pimpinan PH, kan? Bagus lah, sekurang-kurangnya kau dah hantar mesej yg sangat jelas pada pimpinan PH bahawasanya Agong, Raja2 Melayu, pemimpin kerajaan dan rakyat Malaysia ni sama2 kena bantu bangunkan Malaysia Baru. Harap jangan ada lagi budaya bodek dan mengagung agung kan sesama manusia ke tahap yg melampaui batas. Aku rasa Agong ni ok kot kalau tak cium tangan sebab dia sultan yg pertama minta dilaungkan Allahu Akbar utk ganti Daulat Tuanku masa majlis pemasyuran dia dulu. heheheh... tapi aku masih tunggu kau pecah lobang siapakah gerangan Mat Songel tu.. memang aku nak ludah muka dia kalau terserempak kat mana-mana nanti kahkahkah.
BalasPadamPunat hadi
BalasPadam4 mggu gua tggu blm pancut lagi....
BalasPadamFuck Bung Nuar mat songel!
BalasPadam