BACA JANGAN
TIDAK BACA
Reformasi bukan soal sosok tapi idea, kata Hishamuddin Rais
REFORMASI tidak patut menjadi slogan untuk kempen peribadi kerana ia adalah satu idea perubahan dan gerakan rakyat, kata aktivis gerakan itu, Hishamuddin Rais.
Tegasnya, reformasi tidak patut terikat pada batang tubuh sesiapa dan tidak boleh jadi milik sesiapa kerana tujuannya untuk membawa perubahan untuk Malaysia lebih adil, telus dan demokratik.
Malah, mana-mana pemimpin PKR tidak akan diangkat oleh rakyat jika mereka tidak mendukung idea reformasi, walaupun parti itu lahir kerana gerakan reformasi 1998.
“(Reformasi) adalah milik anak semua bangsa rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk mendirikan negara adil dan demokratik.
“Jangan silap faham, dalam semua gerakan dalam dunia ini bukan sosok, bukan tubuh (tetapi) yang maha penting adalah idea. Idea inilah yang menjana apa-apa gerakan.
“Jikalau contoh, (presiden PKR) Anwar Ibrahim itu tidak menyokong agenda reformasi, tiada siapa pun akan ambil peduli.
“Kalau (timbalan presiden PKR) Azmin Ali tidak menyokong perjuangan menjadikan negara lebih baik, tiada siapa peduli,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau membangkitkan perkara itu dalam latar pemilihan PKR yang menyaksikan pertembungan di antara Azmin dan pencabar untuk jawatan timbalan presiden itu, Rafizi Ramli.
Dalam kempen kali ini, pasukan Rafizi menggunakan slogan 20 Tahun Reformasi dan untuk menggesa ahli menyokong usaha mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata itulah sebab beliau beralih menyokong Dr Mahathir Mohamad ketika kempen pilihan raya umum ke-14 yang lalu.
Walhal tokoh itu bertanggungjawab memenjara beliau sebanyak dua kali bawah ISA sebelum ini.
“Dr Mahathir dulu saya tentang kerana menyokong kezaliman dan ketidakadilan. Apabila dia beralih melawan Najib Razak saya sokong. Jadi yang disokong itu bukan sosok tetapi idea.
“Saya setia pada idea untuk menjadikan Malaysia yang adil,” kata Hishamuddin yang ditahan bawah ISA sebanyak dua kali ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini.
Gerakan reformasi muncul pada malam 20 September 1998 apabila Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan seterusnya disabitkan dengan kesalahan kes liwat dan salahgunakuasa.
Menyorot kembali pengalamannya dalam gerakan itu, Hishamuddin berkata reformasi di Malaysia sebenarnya sudah bermula jauh lebih awal sebelum Anwar menggerakkan protes rakyat di jalanan.
Reformasi bermula sejak British menyerahkan semula pentadbiran tanah air ini kepada rakyat apabila Malaya merdeka pada 1957, katanya.
Hishamuddin memberikan contoh penentangan rakyat terhadap undang-undang yang menekan yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak Merdeka, serta perjuangan rakyat menuntut pengagihan ekonomi yang lebih saksama.
“Kita lihat juga gerakan mahasiswa terus menerus berjuang mendirikan sebuah negara betul-betul merdeka tulen.
“Jadi hakikatnya agenda reformasi ini telah dibawa pada malam 31 Ogos (1957),” katanya. – 21 September, 2018
-----------------
tt, masa gerakan reformasi sedang rancak thn 98 dulu awat hang tak tulis yg reformasi rakyat ni bermula dari tahun 1957? tahun 1957 perkataan reformasi pun rasanya belum ujud. hang ni mmg suka potong stim pak sheikh anwar tu laa. tak baik tauuu. kah kah kah awat hang tak kata reformasi ni bermula dari zaman kesultanan melaka lawan benggali putih? kan lebih afdal. atau nak best lagi, hang tulis la yg gerakan reformasi rakyat ni bermuka dari zaman kerajaan langkasuka.
BalasPadamAduhai ko ni...mcm² pulak...baik ko cakap reformasi tu dari zaman jahiliah...itu lagi mudah...sudahlah,idea ko mcm air bila² jer ko boleh swing...isham...ko bkn yg aku kenal dulu...tulah bila dah menang,semua jo claim...duduk indon la isham
BalasPadamsembang banyak.
BalasPadammasuk penjara tak kena dera,taada keluarga.
Anwar kena dera pukul seksa keluarga pun kena macam3.
tt tiba3 mnengaku hebat.kena penjara sebab tak sempat lari kut?.kalau sempat atau tahu mungkin dah hilang kut.
idea konon chitt.
tt kalau kena penampar jepun dgn kpn dulu2 kt jel musti tt merajuk lari ke london semula tk nk balik2 ke potasih lg dah..
BalasPadamtt lu sembang mcm org mabuk todi..lu mmg xde pendirian la tt..
BalasPadam