KENYATAAN MEDIA
Saya Hishamuddin Rais terpanggil untuk menjawab pertanyaan media tentang tulisan saya bertajuk : Merakam Sejarah - Disailang Lagi - yang disiar dalam kolum saya di MalaysiaKini pada 30 Ogos 2018
Beberapa media cetak dan portal dalam dan luar negara telah membuat laporan bersangkutan dengan tulisan saya ini.
Laporan media ialah juga bersangkutan dengan komen dari Saudara Anwar Ibrahim mengenai tulisan saya.
Saya jelaskan disini. Apa yang telah saya tulis itu adalah fakta. Saya tahu apa yang saya tulis. Ianya bukan rekaan. Ianya bukan desas bin desus,. Ianya bukan cerita tepi jalan. Ianya bukan bisikan sesiapa pun.
Ada babak-babak politik yang telah menjadi berita. Babak politik ini diketahui umum.
Contohnya: Kenyataan Rafizi menolak pengumuman Mahathir yang telah melantik Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin sebgai menteri.
Contohnya: Istiadat angkat sumpah lambat.
Contohnya: Pada hari Sabtu 12 Mei 2108 wajah Wan Azizah dan pemimpin PKR tidak kelihatan ketika Mahathir mengumumkan perlantikan awal tiga menteri - Muhyiddin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng.
Apa yang saya tulis ialah menerangkan fakta-fakta dibelakang tabir yang melahirkan berita-berita ini. Saya melakar peta dan mencantumkan berita dan babak ini. Saya ikat berita ini dengan babak-babak latar yang tidak diketahui umum.
Justeru saya memberi pencerahan kepada ornag ramai kenapa angkat sumpah lambat. Kenapa Rafizi mengeluarkan kenyataan menolak lantikan Mahathir. Atau kenapa tidak dilihat muka Wan Azizah pada Sabtu 12 Mei 2018.
Sila ambil perhatian : Babak sejarah juga memiliki sejarahnya sendiri.
Saya lakukan ini sebagai tugas saya untuk merakam sejarah. Ini untuk rujukan anak cucu cicit kita saperti yang telah dilakukan oleh Tun Seri Lanang dalam Salalatun Salatin. Saperti yang telah dilakukan oleh Abdullah Munshi dalam Hikayat Abdullah.
Saya juga menulis pekara ini kerana dalam beberapa babak saya sendiri ada bersama. Justeru saya wajib berlaku jujur kepada diri saya sendiri untuk merakamkan apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar.
Saya tidak ambil pot siapa menjadi Perdana Menteri. Mahathir ke? Anwar ke? Azmin ke? Lim Guan Eng ke?
Sosok-sosok hilang berganti. Menteri ini atau menteri itu akan hidup dan akan mati. Para menteri ini berpotensi untuk belot. Pada pandangan politik saya yang fundamental bukan sosok atau individu. Untuk saya yang penting dan fundamental ialah mempertahan agenda reform.
Agenda reform ialah untuk mewujudkan lembaga-lembaga yang demokratik dalam Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan. Hanya dengan perubahan struktural. Ertinya dengan mewujudkan lembaga daulah yang demokratik. Hanya denga adanya struktur dan lembaga daulah yang demokratik maka ianya boleh menjamin ruang demokrasi yang anak semua bangsa menangi pada 5 Mei 2018 akan terus wujud.
Menteri dilantik bukan kerana keluarga, bukan kerana turun temurun atau kerana perhubungan rapat dengan Si Anu atau Si Anu. Orang ramai melantik YB agar YB mempertahan ruang demokarsi dan agihan ekonomi yang adil.
Agenda Malaysia Baru pada saat ini ialah memertahankan ruang demokrasi.
Anak semua bangsa wajib belajar dari apa yang terjadi di Pilipina. Bagaimana ‘People Power’ dari kemenagan Corazon Aguino (1986) akhirnya hari ini melahirkan Duterte. Kita juga wajib melihat apa yang telah terjadi di Indonesia.
Anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia wajib sedar bahawa kemenangan ruang demokrasi pada 5 Mei 018 ini boleh hilang lenyap dalam sakelip mata.
Ruang demokrasi ini berkemungkinan hilang jika anak semua bangsa tidak menolak sosok-sosok yang gopoh lagi gelojoh untuk memiliki kuasa. Sosok-sosok yang berebut -rebut untuk mendapat kuasa. Bukan bangun mempertahan agenda reform dan ruang demokarsi tetapi untuk mensabotaj agenda reform dan kembali kepada Malaysia lama yang feudal.
Hishamuddin Rais
2.9.2018
---------------------
TT
BalasPadamTeruskan perjuangan. Mat Harboq + Siti Kipas + Ikan Buntal Fizah adalah pengkhianat!
Aminnñnn....
BalasPadamSetuju bangattt..!!!
Apa bndanya isham? Kau ni aku rsa dh msuk usia yg tuhan dh trik fikrah brfikir. Dh byk bnda yg tak relevan aku tgk kau ni. Sejarah apa yg kau nk rakamkn? Ank bangsa yg peduli tu ada ke sejuta dua? Come on bro, kau join ank muda byk sikit, jgn join ubu or bebudak kau je. mjoriti skrg ni dorg lgsg xambil pot klu nk gelojoh kuasa asalkn org tu otak power dan xbg dorg susah cm najib buat. Ank beranak ke pak menakan ke kwn karib ke semua tu pi mampuslah asalkn qualified. Kau yg ckp kau jadah xambil pot sape pm,dh klu kau xambil pot, terangkan pula dkt mna masalahnya ank berank ke teman sekote ke yg pegang kuasa? Kau nk samakn dgn filipina dgn indon tu ape lancau? Kt kpg aku ada 2 imam.satu imam ank melingkup. Yg satu lg elok je bahagia kpg aku imam tu ank beranak handle elok je. Ke kau mrh sgt ni sbb kau xde kwn baik dan keluarga? Relax... Jadilh org yg betul merakam sejarah untuk masa depan negara.ini bkn untuk ke arah yg bgus. Kearah mkin mlingkup adalah. Xpcya ckp aku ke?go on bnda2 cmni n Kau tgu tgk 20-30 thun lg rakyat ngra ni ingt kau sbg perakam sejarah yg merubah negara ke atau nma kau disumpah seranah pencetus melingkup negara.
BalasPadamKakakakakakakak. . Icham hentam nuar sebab pinangan nya ditolak nurul... Kakakakakak... Menghaus keee....???... kakakakaka
BalasPadamHisham dah kene boh penerajang tepat di perut. Dlm politik, habis madu sepah dibuang adalah adat kebiasaan.
BalasPadamPKR dah mula jauhkan diri dgn TT.
Apalagi hari ini Islam, besok kapir.. Kahkahkah.. Mat Sabu pun kene boh penerajang oleh para ulamak, mmg tipis la harapan nak masuk syurga. Kahkahkah..
Politik Malaysia adalah politik lanchow la. 5000 tahun lagi blom tentu nak matang.
TT... Lantak la nuar nak cakap apa... Lu cakap hal yg betul. Sesungguhnya KEBENARAN mmg PAHIT bagi ANUwar
BalasPadamPolong dapat tuan baru.
BalasPadamKah.kah.kah~ tt sikalang sudah join daulah kutty mungkin-kah tt PM ke8. Tiada musuh sejati yg wujud cuma kepentingan bersama kah.kah.kah~
BalasPadamoit isham..
BalasPadamlebih baik jadi mat maslan daripada ahli cereka..
kah kah kah
Gua ingat Isham Rais sudah kena hasut dengan sistem Daulah der. Reformasi dengan sistem Daulah lawan sampai menang. Hahahaha.
BalasPadamtangan ini yang pangkah X untuk PH diPRU 14 yg lepas tidak semestinya akan memangkah kepada PH lagi.
BalasPadamSetiap undi itu penting. Every vote counts.
PH berwaspadalah tindak tanduk yg anda lakukan.
kahkahkah!!