Rabu, 5 September 2018

MENGENAL SIAPA MAT SONGEL





MERAKAM SEJARAH

MENGENAL  

MAT SONGEL


Alkisah Cetera yang Ketigapuluh Tiga. Maka ada seorang Keling, keluarga  pada Nina Sura Dewana , Kitul namanya. Akan Kitul itu berhutang  pada Raja  Mendeliar sekati emas.

Diatas ialah petikan yang saya pungut dari kitab Salalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah ditulis lebih dari 500 tahun dahulu. Cerita ketiga puluh tiga ini memperkenalkan watak Mendeliar dan Kitul.

Kitul dan Mendeliar - dua nama ini  adalah sebahagian dari watak pemainan intrik politik dalaman yang berlaku dalam kancah kuasa dalam Istana Sultan Melaka. Dibelakang watak  ini ialah Sultan Melaka, Datuk Bendahra Seri Maharaja, Laksamana dan Tun Fatimah puteri kepada Datuk Bendahara. 

Sejarah telah merakamkan bagaimana berahi seksual  Sultan Mahmud Shah yang sedang menduda telah dicabar oleh kecantikan Tun Fatimah.  Sayangnya…apakan daya ketika Baginda ternampak muka cun ini, Tun Fatimah sedang bersanding nikah dengan  Tun Ali.

Cetera Ketigapuluh Tiga ini adalah babak sejarah sebelum Feringgi sampai. Bab penamat dalam Salalatus Salatin ialah  Cetera Ketigapuluh Empat. Bab akhir ini menceritakan bagaimana Bengali Puteh  datang dari Goa ke Melaka dibawah kepala perang Alfonso d’Albuqueque. Feringgi  datang dengan tujuh buah kapal untuk melanggar Kota Melaka. 
  
Ketika Portugis sampai Kesultanan Melaka masih diselubungi oleh intrik hutang,  intrik harta kekayaan, intrik  kuasa dan dilengkapi oleh intrik keberahian seksual.

Datuk Bendahara Seri Maharaja dan kaum keluarganya telah dibunuh atas arahan Sultan. Pembunuhan dilakukan kerana peranan Kitul yang menyampaikan maklumat fitnah kepada Mendeliar sebagai jalan penyelesaian hutang sekati emas. Maklumat fitnah ini kemudian disampaikan kepada Laksamana oleh  Mendeliar. Laksamana telah disogok dengan emas agar membawa maklumat ini kepada Sultan. 

Mendeliar memberi sogok emas kepada Laksamana. Babak ini adalah rakaman  Tun Seri Lanang tentang rasuah politik yang pertama dalam sejarah tamadun Bani Melayu.

Laksamana yang mendapat sogokan emas membawa maklumat fitnah yang menuduh Datuk Bendahara ingin melebihi kekayan  Sultan. Sultan yang berahi kepada Tun Fatimah mengambil kesempatan untuk membunuh Datuk Bendahara dan kaum keluarganya. Yang tidak dibunuh hanya Tun Fatimah yang akhirnya menjadi pemaisuri kepada Sultan Mahmud Shah. Amin.

Amat jelas semua ini adalah ekoran hutang. Atau dalam bahasa  ekonomi  moden hari ini masaalah ‘insolvency’. Hutang bertapuk-tapuk kerana perniagaan gagal. Tapi hutang masih wajib dibayar. Maka jalan pintas untuk Si Kitul  agar tidak diumumkan sebagai warga bangkrap ialah memberi  maklumat fitnah kepada Mendeliar agar hutangnya dilupuskan.

Pada hemat saya Si Kitul adalah pembuat ‘fake news’ yang terawal dalam sejarah bertulis tamadun Bani  Melayu. Justeru Kitul hingga ke hari ini masih dingati. Masih dianggap salah satu satu penyebab kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

Apa sangkut pautnya insolvency Kitul dengan apa yang berlaku hari ini? Apa sangkut paut watak ini dengan naratif politik pasca 9 Mei 2018. Apa hubungan Si Kitul  yang bangkrap dengan Mat Songel?

Saya telah memperkenalkan watak Mat Songel dalam siri-siri Merakam Sejarah.   Dalam blog TukarTiub saya banyak menerima surat bertanya siapakah dia Mat Songel. Soalan yang sama juga diajukan dalam kolum saya di MalaysiaKini. Saya juga menerima SMS dari kenalan dan dari entah sapa-sapa bertanyakan pekara yang sama.

Ada juga SMS dan surat yang  gagah berani  memperakui bahawa watak Mat Songel ini telah mereka dikenali. 

Justeru menjadi tugas sejarah kepada saya untuk menerangkan  siapa sabenarnya Mat Songel dalam siri tulisan  ini.

Untuk mengenal watak Mat Songel bukanlah susah. Cara terbaik untuk mengenal satu-satu jenis  kueh ialah  melihat kueh itu sendiri. Tepong dibungkus dengan daun pisang. Tepong  ini berisi inti kelapa. Bentuk kueh ini empat persegi. Tepong berinti ini akan dikukus. Bila semua ciri telah diketahui maka jelas kueh ini ialah kueh koci.

Bagitu juga cara untuk mengenal siapa dia Mat Songel.

Mat Songel ada bersama-sama kita. Ianya telah wujud dalam politik Malaysia. Ianya telah mengeram lama. Pada hemat saya Mat Songel telah menetas sesudah  Deklarasi Rakyat (DK) diwujudkan pada  petang Jumaat 4 March 2016.  Ertinya Mat Songel lahir dalam lingkungan  bulan March 2016. 

Sama saperti Kitul yang diwujudkan oleh Tun Seri Lanang saya juga  tidak dapat memberikan umur dan tarikh lahir Mat Songel secara tepat. Saya minta maaf saya tidak juga tahu dimana Mat Songel ini dilahirkan. Hanya Guru Nanak sahaja yang mengetahui. Amin

Saya mengambil Deklarasi Rakyat  sebagai patukan pertama kerana apabila DK diwujudkan watak Mat Songel mula  muncul sama. Ada suara-suara yang menyuarakan penentangan terhadap  apa yang cuba dilakukan melalui DK. Hakikatnya perwatakan awal  Mat Songel ialah penentangan dan tidak sehaluan dengan cita cita dan akidah  DK. 

Wujud juga sosok-sosok  yang pura-pura menyokong DK tetapi bukan sokongan padu terhadap DK. Sosok-sosok bermuka-muka. Dihadapan menyokong DK tapi dibelakang lain pula labonnya. Ini watak songel.

Ini berbeza dengan sikap Tengku Razaleigh. Ku Li menentang DK. Ku Li  gagal hadir pada upacara menanda tangani DK pada petang  Jumaat 4 March 2016. Ku Li gagal muncul atas sebab yang amat meyakinkan.

Pada petang Jumaat itu  saya menanya  pembantunya kenapa Ku Li tidak hadir. Saya diberi jawapan yang amat jelas - Ku Li sakit perut. Ini bukan cerita rekaan Hishamuddin Rais. Ini fakta sejarah. Khalas.

Tentang DK ini wajib saya merakamkan sejarahnya dengan tuntas. DK telah dimulai dengan tanda tangan 54 sosok. Dalam masa kurang lebih dua bulan DK  telah berjaya mengumpul 1.2 juta tanda tangan. Anak semua bangsa dan bangsa semua agama telah menyokong apa yang tertera dalam Deklarasi Rakyat. Ini satu kejayaan.

Sosok-sosok yang menjadi penanda tangan awal sering mengadakan permesyuaratan untuk melihat bagaimana kempen memungut tanda tangan berjalan. 

Untuk rakaman sejarah tim awal penanda tangan DK ini adalah tim proto-Pakatan Harapan. Pada pandangan saya  kerjasama dalam DK inilah yang menetaskan Pakatan Harapan. 

Dalam satu mensyuarat penanda tangan awal  DK di Yayasan Perdana  saya telah bertanya ‘ Tun apa grand finale deklarasi ini?’
Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat  petang itu  tidak menjawab pertanyaan saya. justeru saya   berlabon lagi.

‘ Saya rasa kita wajib hantarkan DK yang telah ditanda tangani ini kepada Agong…kalau tidak kita jadi macam Wong Tuck Himpunan Hijau yang dah dapat 1 juta tanda tangan  anti-Lynas tapi simpan semua dalam almari.  Tidak jadi apa-apa…’ Saya cuba menjalan jarum untuk menghasut.

‘Kita ajak orang yang dah tanda tangan DK datang bersama kita ke Istana….’ Sebenarnya  saya mencadangkan agar disusun satu  demo anti Najib dihadapan Istana Negara. Demo besar-besaran ini menggunakan penghantaran DK kepada Agong sebagai taktik.

Mahathir kali ini bersuara. ‘ Kertas yang ditanda tangan ini banyak. Satu lori pun penuh. Kalau macam itu saya akan pandu lori itu ke depan pintu  Istana…’ Jawapan Mahathir.
Ada yang ketawa dan ada yang tersenyum puas bila mendengar jawapan Mahathir.

Saya cukup gumbira kerana saya telah  berjaya menghasut Mahathir untuk turun berdemo. Pada hemat saya hanya masa dan tarikh wajib ditetapkan untuk berdemo.

Jika ada sesiapa yang menganggap ini cerita rekaan  Hishamuddin Rais sila bertanya kepada Syed Saddiq. Sila tanya Khalid  Samad. Sila tanya Lim Kit Siang. Sila tanya Dr Hatta. Sila tanya Dr Zul. Betul atau tidak apa yang dirakamkan oleh Hishamuddin Rais ini. Atau semua ini hanya cerita yang didengar ditepi jalan?

Apa terjadi dengan grand finale Deklarasi  Rakyat?

Semua kertas DK yang telah ditanda tangani kini masih tersimpan di Yayasan Perdana. Niat dan cita-cita  untuk membawa rakyat ke Istana Agong gagal.  Kenapa gagal? 

Kerana inilah watak dan ciri-ciri Mat Songel yang suka mendahului projek pribadi. Kalau ada gerakan lain yang dianggap tidak memenuhi cita-cita pribadi maka si Songel ini akan baling spana. Hasilnya - lebih dari 1.2 juta DK yang telah ditanda tangani terbengkalai. 

Bayangkan - dalam masa  dua bulan sesudah 4 March 2016  para aktivis dan politikus yang menyokong DK telah berusaha untuk memungut tanda tangan. Dari pintu ke pintu mereka meyakinkan anak semua bangsa untuk menurunkan tanda tangan sebagai sokongan terhadap DK. Ke hulu ke hilir kami berkempen.

Sejarah merakamkan peranan yang dimainkan oleh tim Bersih - Ambiga, Maria Chin, Mandeep, Ivy Josiah bermati-matian memungut tanda tangan di pasar-pasar malam.   Tapi  rancangan grand finale  DK disabotaj. 

Jelas salah satu watak dan ciri Mat Songel ialah membaling spana kepada apa saja projek dan langkah politik yang dibaca tidak memperkasa kepentingan politik si songel.

Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya telah melakar tentang taktik dan stratiji Mat Songel. Spana telah dibaling atas jalan untuk melambat upacara angkat sumpah. Pengumuman perlantikan tiga menteri utama kerajaan baru telah dispanakan.
Sebenaranya siapa Mat Songel ini?

Sekali lagi saya nyatakan untuk mengenal kueh koci kita wajib melihat watak kueh itu. Untuk mengenal Mat Songel kita wajib mengenal watak dan ciri kesongelan itu.

Biar saya nyatakan disini bahawa Mat Songel ini sama saperti  Kitul.Kita mengenal Kitul melalui perwatakan. Bagitu juga dengan Mat Songel. 

Kitul yang wujud 500 tahun dahulu kini menjadi konsep. Bila saja nama Kitul disuarakan maka kita tahu nama ini membawa konsep fitnah. Kitul bukan lagi sosok yang wujud. 

Bagitu juga dengan Mat Songel. Saya mengajukan Mat Songel sebagai konsep. Perlu saya nyatakan Mat Songel ini bukan lelaki dan bukan perempuan. Mat Songel ini boleh dibaca lelaki dan boleh dibaca perempuan. Seksualiti dan jantina Mat Songel ini tidak penting. Mat Songel ini    sosok sendirian dan juga sosok berkumpulan. Membuat kerja  seorang diri dan buat kerja berkumpulan. Membaling spana bersendirian dan juga membaling spana berkumpulan. Semua mungkin kerana Mat Songel ini  telah saya jadikan konsep.

Selain dari membaliang spana kepada Deklarasi Rakyat apa lagi ciri dan watak Mat Songel? Pasti ada. Sila tunggu minggu depan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




---------------------------

22 ulasan:

  1. Mana janji nak bongkar Mat Songel? TT jangan bagi Kami duk ternanti nanti macam bulan jatuh ke riba?
    Atau TT sendiri tak berani nak declare??????

    BalasPadam
  2. Juboo.Cereka lagi.

    BalasPadam
  3. Eh siar di suara keadilan?? Sales drop ke? Kah kahkah kah

    BalasPadam
  4. Chegubard pun pernah ada peranan gagalkan deklarasi rakyat..

    BalasPadam
  5. Tuhan Maha esa bergurau dengan pikiran Manusia.
    Senyuman kuih koci kepada karipap tergeLak kuih Lepat semua ketawa terbahak2 terbarai semua terhijab pada berbagai2 nama koci karipap tepong bungkus donat badak berendam semua Lupa asaL usual dari tepong dari gandum dari tuhan yg Maha esa semua di tipu matrix permainan pikiran pentas Duniya

    BalasPadam
  6. Haishhh. Pandai hang don pusing-pusing cerita .saja tak nak bagi habis .Hang hebat, boleh buat telenovela .macam telenovela, nak bagi habis drama tapi masuh dok pusing-pusing lengah-lengahkan.

    Terbaik .harap nexflix amek hang jadi screenwroscr

    BalasPadam
  7. Mat Songel lapan muka surat

    BalasPadam
  8. siri kali ni xstim... hehe...

    BalasPadam
  9. Jangan takut la hisam...ko mcm takut pulak...nanti org tau ko punya sisi sebenarnya...'PENAKOT'...ko berani anak jer...mcm masa ko berhimpun dulu,pembantu mat songel rampas sang saka ko,ko diam jadi penakot...tulah sisi ko sebenarnya....

    BalasPadam
  10. Mat Songel adalah orang yang simpan spana dalam sarung

    BalasPadam
  11. n
    mengabeh boreh jo la baco tulisan TT ni.. antiklimaks..!!!

    BalasPadam
  12. Mat Songel = Rafizi Ramli? Kalau ikot ciri-ciri yg TT bagi tau Mat Songel ni bukan hanya konsep tapi ada batang tubuhnya. Ciri-ciri yg ditulis TT tu rasanya bertepatan dengan batang tubuh Rafizi. Rafizi berhutang saman mahkamah ratus ribu. Rafizi jugak yg bocor surat dari penjara yg Anwar tulis cakap "berhati-hati dgn ular berbisa yg pakai mahkota" sebagai rujukan pada Mahathir ketika Deklarasi Rakyat dipimpin oleh Mahathir. Dan akhir sekali Rafizi jugak yang mempersoalkan tindakan Mahathir melantik Mat Sabu, Muhyiddin dan Guan Eng sebagai Menteri-Menteri kanan yang terawal dalam kabinet. Ciri-ciri yg TT tulis ni nampak seperti merujuk kepada Rafizi. Betul ke TT?

    BalasPadam
  13. Mat Songel harus punya gandingan ia itu Mak Songel . Dulu dulu nenek aku juga menyongel tembakau. Menyongel tembakau tujuannya supaya gigi hadapan nampak putih bersih serta kuat tetapi belakang gigi masih berkarat dgn sisa tembakau yg busuk dan memualkan .

    # Kebusukan Bangkai Tak Mungkin Dapat Ditutupi

    BalasPadam
  14. patutla malaysia ni umno bn pegang lama sangat..takan nak kena letak no ic baru kenal sapa mat songel..


    yang kata isham ini dapat cerita dari bisikan tu yang cereka, nuar berahi.. dia kat spital menyongel takut dilupakan.. kah kah kah.

    BalasPadam
  15. Kenapa kueh kociiii pulakkkk.. kenapa bukan TAPAI setannnnn...
    Kah kah kah

    BalasPadam
  16. mat songel..isham rais. dia punya cerita punya banyak songel... lebih songel dari mat songel..kah kah kah cilaka tt

    BalasPadam
  17. Lokman adam betul si isyam ni...kah kah kah..

    BalasPadam
  18. HAHAHA the way you exposed who's mat songel is was brilliant.Good Job TT ..

    BalasPadam
  19. Sosok bukan lelaki mahupon perempuan = Lelaki lembut...haha

    BalasPadam