MERAKAM
SEJARAH
Tiada niat burukkan sesiapa, kata Hishamuddin Rais
TULISAN berhubung konflik semasa pembentukan kerajaan Pakatan Harapan adalah rakaman perkara benar dan tidak bertujuan memburukkan sesiapa, kata aktivis politik Hishamuddin Rais.
Beliau mempertahankan siri tulisannya yang antara lain mendedahkan bantahan presiden PKR waktu itu Dr Wan Azizah Wan Ismail ke atas pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.
Bekas aktivis pelajar itu juga mendakwa, Dr Wan Azizah pada saat genting pada Mei lalu bertegas agar naib presiden PKR Rafizi Ramli dilantik ke jawatan menteri kanan tersebut.
Jelasnya, Wan Azizah juga waktu itu mahu agar ketua umum Anwar Ibrahim dan Rafizi mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu bagi membolehkan kedua-duanya aktif dalam politik dan menyertai kerajaan,
“Saya tidak niat untuk memburukkan (Wan Azizah). Apabila Wan Azizah berkata bahawa kita tangguhkan (pelantikan kabinet) dua minggu. Mahathir kata kenapa? Kita lantik Rafizi (Ramli).
“Ampunkan Anwar (Ibrahim) dan Rafizi. Itu yang saya difahamkan. Jadi tidak ada niat kalau saya burukkan (Wan Azizah),” katanya lagi.
Ketika Pakatan Harapan menang pilihan raya Mei, Anwar masih tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.
Anwar masih menjalani hukuman penjara waktu itu setelah didapati bersalah kes liwat dan hanya akan dibebaskan pada 8 Jun.
Beliau mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei.
Rafizi pula tidak bertanding pilihan raya 9 Mei kerana dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan sejak Februari lalu kerana didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan.
Ia ekoran pendedahan penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation pada Mac 2012.
Mengulas lanjut, Hishamuddin mengakui beliau tidak berada sewaktu kejadian namun menegaskan beliau mendapat berita daripada sumber yang sahih.
“Ada perkara walaupun saya tidak bersama-sama tetapi saya tidak jauh dari orang yang ambil bahagian dalam babak-babak itu. Dan saya mendapat sumber-sumber yang sahih,” katanya.
Beliau menjawab kenyataan Anwar yang menyifatkan tulisannya itu hanya berdasarkan daripada “bisikan” pihak tertentu dan tidak bersandarkan sumber yang terlibat secara langsung dengan kes itu.
Tambahnya, beliau bertanggungjawab menjawab persoalan yang berbangkit berhubung pembentukan kerajaan itu agar
“Ini rasa tanggungjawab saya melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia saya bertanggungjawab kepada bangsa dan agama untuk merakamkan perkara ini.
“Kalau ini (jadi) satu kesalahan, maka nampak Pakatan Harapan ini tiada bezanya dengan kerajaan yang lalu,” katanya.
Siri tulisannya itu disiarkan portal Malaysiakini. – 7 September, 2018
----------------------
Kebenaran tetap kebenaran, tiada bais, rakyat semua jauh memahami kebenaran, baik dari segi sejarah atau berita umum. Kita harus banyak berterimakasih kepada sesiapa yang berani tampil kehadapan merakamkan sejarah bagaimana kuasa 61 tahun dijatuhkan, dan selepas kejatuhan, setengah tengah pihak cuba melambatkan pentadbiran kerajaan baru demi kepentingan kuasa, politik, parti sedangkan rakyat yang dahagakan pembaharuan pentakbiran yang memulakan hari yang baru... dengan penuh harapan yang baru... jangan marah jika tak sahih.
BalasPadamkeh keh keh...rafizi kata azmin & zuraidah yg tak mahu Tun M jd PM....ayooo drama apa nie, seram, seydihh, gumbira atau horror hehehehe
BalasPadamHidup TT. Hidup Mat Songel. Hidup Tun. Nak perang sampai ke titisan air mani yang hina terakhir pun.... kami sokong buta PH. Hahahaha.
BalasPadamMat songel akan buat songel lagi.
BalasPadamPercayalah cakap aku.
Yg keluar dari mulut mat songel bkn psl rakyat.
Tapi pasal diri, isteri dan keluarga.
Habihlah kau. .mana2 kang meke buat meeting.. Ekou takley masuk.. Sebab ekou bibiran..kaki petik.snitch kata omputih. ... Paksalah dapat info dari lipas.. Cicak.. Semut yg kebetulan lalu kek kaki.. Dinding.. Bumbung para pemeeting... Mulai skg ni.. Ekou trainlah lipas.. Tikus.. Cicak. .Malingkarung... Atau lalat jadi telingo ekau... Kasi lengkap semua serangga ni pakai teknologi torkini. Kakakkaka.. .Berkawan ngan serangga le kau.. ..kakakka..
BalasPadamHidup TT Hidup TT, jangan mengalah ini semua serangan geng Mat Songel
BalasPadamOrang melayu teruskan bergaduh.. bergasak.. bergumpal.. itu je yang melayu boleh menang.. bergasak sama sendiri. Lawan kaum lain .. belum lawan Raja Melayu dah cabut dulu.. Melayu yang lain ikut ..lari ..lari ..lari Bila musuh menyerang.. akhirnye Gwa akan raso aman bila LGE atau kerabatnye jadi PM..
BalasPadammana ada mat songel...yg ada hanyalah deep state..tanya hisham rais??
BalasPadamwow...tt pun ada rasa tanggungjawab pada bangsa dan agama..ingat tt cuma minat pasal negara.. bangsa dan agama di sebut negara x sebut pun.. kah kah kah
BalasPadamMemang kita dah jangka apa Belut nak kata. Ingat tak macam mana Belut mempertahankan kleptokrat? Yang salah dia sokong, yang benar dia kecam.
BalasPadamTeruskan TT. Kami sokong mu dan sokong PH walaupun bukan PKR!
TT, informer kau mesti mat sabu, kan? jgn bimbang bro, antara anwar, rafizi, azmin, zuraidah dan dan dan... aku lagi percayakan kau dan mat sabu
BalasPadamkahkahakah hidup tt, hidup abg mat! berani lapor.. berani langgar!
ka mat sogel yang bagi maklumat kat hang. maklumat palsu.
BalasPadamhang dah jadi alat mat sogel untuk kucarkacirkan PH.
-boleh jadi.