Selasa, 18 September 2018

TUAN HAJEE AZEEEZ




MENGGESA


MENGGESA Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Jemaah Kabinet Menteri dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Daim Zainuddin untuk menubuhkan SEGERA satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat :
Ahli Parlimen Baling, Tan Haji Abdul Azeez Abdul Rahim.

Atas perkara perkara berikut:

PENYELEWENGAN dan salahguna kuasa ketika menjadi Pengerusi Tabung Haji.

PEMILIKAN secara peribadi mahupun melalui proksi Sumber Kewangan Yang Luar Biasa semasa menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Baling.

PEMILIKAN secara peribadi mahupun melalui proksi Harta Persendirian Yang Luar Biasa seperti rumah dan kenderaan semasa menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Baling.

PEMILIKAN secara peribadi mahupun melalui proksi Harta Umum Yang Luar Biasa semasa menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Baling seperti Bangunan Logistik di Kg. Teluk Durian, Baling, Gudang Lama, Pejabat UMNO Baling, Bangunan Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, Bangunan Pejabat Pemuda/Puteri UMNO di Baling dan bangunan bangunan yang lain. 

Selain itu, GESAAN turut dibuat atas hal hal seperti yang berikut:

MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi membayar gaji dan elaun staf di Pejabat UMNO Baling, staf di Pejabat Ahli Parlimen Baling, staf di Yayasan Pembangunan Rakyat Baling dan Pegawai Pegawai Khas.

MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan di Parlimen Baling. 

MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi Misi Bantuan Kemanusian seperti Misi KP1M ke Gaza, Food Flotilla for Myanmar, Misi Bencana di Malaysia dan misi misi yang lain.

MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan Kelab Putera 1Malaysia.

MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan Yayasan yang ditubuhkan dan mempunyai kaitan secara langsung mahupun tidak langsung seperti Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, Yayasan Azman Azeez dan sebagainya.

MENYIASAT dengan TELUS Syarikat Syarikat milik beliau secara langsung mahupun melalui proksi yang mempunyai urusniaga projek dan kontrak yang bernilai jutaan mahupun bilion ringgit.

MENYIASAT dengan TELUS penyelewengan berkaitan Syarikat GLC seperti Putrajaya Perdana Bhd yang dibeli Tabung Haji dengan kepentingan 30 peratus pada bulan November 2014.

MENYIASAT dengan TELUS hubungan beliau dengan Djoko Tjandra (Mulia Group),
Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan), 
Tan Sri Gulzar Mohamad (Inai Kiara), 
Dato Sri Gnanaraja Gnanasundram (Yayasan Usaha Ventures Malaysia), 
Tan Sri Tony Fernandes (AirAsia), 
Datuk D. Ramesh (Pelita Group), 
Tan Sri Habibur Rahman Kadir Shah (MAS) 
dalam mengatur projek dan kontrak yang bernilai jutaan mahupun bilion ringgit.

Suruhnjaya Diraja dan Siasatan terhadap Ahli Parlimen Baling ini mestilah TANPA PEMBABITAN Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki. Ini adalah kerana Azam Baki telah menerima SUAPAN dari Tuan Haji  Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menghapuskan bukti, melindungi dan menutup kes beliau. 

*#TangkapAzeezRahim*
*#SiasatAzeezRahim*
*#DakwaAzeezRahim*
*#PenjarakanAzeezRahim*

Sila kongsi dan viralkan ke Grup WhatsApp, Telegram dan Facebook. Terima kasih.





------------------

2 ulasan:

  1. Isa Samad pe khabar bro

    BalasPadam
  2. Mamak2 itam nie la antara yg jadi anai2 yg mereputkan UMNO...! Puak macam ni la yg sedia tonggeng di pantai Tanjung Keling dan punggung di sapu kapur...nak bodek Raja...!

    BalasPadam