Khamis, 13 September 2018

YAN AMPOON





MAKAN 

TANGGUNG

BERAK

CANGKUNG


Perang mulut TMJ dan Kadir Jasin


PERANG mulut antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan A Kadir Jasin selepas wartawan veteran itu memberi amaran kerabat raja yang tersesat dalam kancah arena politik mungkin akan dihentam.

Menerusi blognya, Kadir hari ini tanpa menamakan sesiapa, mengulas mengenai dakwaan bahawa Tunku Ismail dan ayahandanya diintip oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas ketua editor News Straits Times itu berkata kerabat raja sepatutnya lebih bimbang menerima hentaman daripada dipantau kerana membuat kenyataan bersifat “partisan” atau berpihak.

“Ia adalah tentang mereka memasuki arena politik di mana mereka akan dihentam, kekebalan mereka dipersoal dan status mereka direndahkan.

“Sesiapa yang bermain politik perlu sedia untuk dilayan sebagai ahli politik termasuk ketika mereka menggunakan media - media sosial atau rasmi - untuk memberikan pandangan berpihak,” kata kadir di blog beliau.

Kadir dipercayai merujuk kepada tuduhan Tunku Ismail pada Ahad bahawa baginda dan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipantau Putrajaya.
.
Beberapa jam selepas tulisan Kadir itu, Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ menerusi Facebook pula berkata sudah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk bercakap benar terhadap salah laku tanpa mengira akibatnya dan itu merupakan satu-satunya cara untuk mengelak kesilapan lama berulang kembali.

“Sama ada kami di ‘whacked’ atau di ‘clobbered’ (dihentam), ia adalah perkara kecil bagi saya. Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya,” kata TMJ di Facebook.

“Status saya hadir daripada khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

“Kepada penulis tersebut, ingin saya katakan, anda tidak perlu bimbang dengan ‘status’ saya - saya akan baik-baik saja.”

Jelas sekali TMJ merujuk kepada Kadir yang terdahulu berkata kerabat raja tidak lagi boleh sesuka hati membuata kenyataan berpihak.

TMJ juga berkata baginda tidak bercakap mengenai menentang kerajaan tetapi ingin menegaskan bahawa sekiranya kerabat raja boleh dipantau, apatah lagi dengan rakyat biasa.

“Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya.

“Malaysia baru memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu,” kata TMJ. – 11 September, 2018.

--------------------

13 ulasan:

  1. Masa sekolah menengah dulu... Aku ketua pengawas... Keluar masuk kelas.. Ikut suka aku je... Mana aku nak pergi... Bila.. Apa2.. Tangkap siapa.. Gunting rambut siapa... Ikut suka aku. ...tapi bila aku dipecat kerana terlebih kuasa.. Aku duk kelas je.. Membaca. . Kakakakkakakakakaka... Contohhhh.... Contoh..... Kakkakakakaaka

    BalasPadam
  2. jilat kadeer jasin pulak.
    perangai macam juboo

    BalasPadam
  3. Najib Razak buat perkara tak senonoh,tak ada pulak Raja-Raja tegur atau bersuara.

    BalasPadam
  4. serius gua ckp kat lu..tanpa adanya sultan melaka, maka islam dinusantara ini tidak akan bangkit..gua ulang, islam nusantaura tidak akan bangkit..imam mahdi masih menungg u pemuda2 bani tamim dari timur..ini la yg selalu diperkatakan oleh pembawa panji2 hitam..anwar dan islam sinomin..anwar cium tangan sultan, maka tentera akan terpegun sb makam tertinggi tentera adalah agong dan sultan melayu..oh ya, dulu ust kazim kata melayu islam jd tentera tp cina kafir buat duit..sekarang ni, suh la mat sabu buka keahlian tentera kpd cina , india dan org asli skali agar melayu islam bole berjoget buat duit..biar ramai warga cina india dlm tentera agar melayu islam bole buat duit dan buat burit takyah ke bali..

    BalasPadam
  5. Nazreyyy akan kempen utk tok syeikh di pd. Kahkahkah.guwaaa sudahhh cakapppp. Pizi n atok gopoh sudah kasi binciangg awal mau yamno dan pikeyar kasi satu. Sudah lamaaa guaaa ckp. Ada pojek ruhsia dorg dari toksyeikhh masa lawat spital dahulukalaaa.kahkahkahkah. lu rancang kita lakyat pon buleh rancang lancangg maaa.kahkahah

    BalasPadam
  6. WAHAi MALAYSIA BARU....!!!!!

    HALAL-KAN SEMULA MALAYSiAN iNSiDER..

    RAMAi SUKA TULiSAN2 PENULiS MALAYSiAN iNSiDER..

    Mereka duLu pun kena tutup kedai pun dengan Cara Tak betuL

    Tak payah bicara n ngomong maLaysia baru kaLa taK bagi penuLis2 maLaysian insider berkumpuL semuLa

    BalasPadam
  7. kenapa masa najib dulu tak seorang kerabat pun menyuarakan yang benar

    BalasPadam
  8. Malasss nak komen hal2 mcm nii..silap Komen boleh kena gari..TT tukar tajuk lain..

    BalasPadam
  9. United Front lawan Ya Ampooon bila nak buat?

    BalasPadam
  10. Bab sembang kencang Mail memang champion ye Mail. Kah kah kah...

    BalasPadam
  11. TT dah gian duk dalam lokap atau lebih mudah celop dalam sungai batang lupar sehari semalam. Buaya pun tak makan sebab daging bau hancing kahkahkah

    BalasPadam
  12. Duduk diam2 la small boy. Mulut tu control sikit. Raja berpelembagaan kena sedar had percakapan, jangan laser sangat.

    BalasPadam