KENYATAAN MEDIA
Saya Hishamuddin Rais pada 20 November 2018 jam 8.30 malam telah dihalang dari menyampaikan kuliah perbincangan bertajuk Politik Kontemporari Hari ini di Malaysia. Kuliah ini disusun dan diatur oleh pelajar dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Setiba saya di hadapan Sudut Pidato dimana seharusnya saya menyampaikan kuliah saya telah diberitahu oleh penganjur bahawa pihak pentadbiran UKM tidak membenarkan program akademik dan intelektual ini diteruskan.
Justeru saya merasa kesal. Dalam Malaysia Baharu masih ada lagi sekatan dan penindasan terhadap diri saya, juga masih terdapat halangan-halangan untuk saya membawa pencerahan perdebatan dan pertukaran fikrah.
Pada hemat saya Universiti adalah tempat dimana segala bentuk ilmu dibentangkan dibincangkan dan ditolak atau diterima.
Program yang saya hadir ini dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa dan pensyarah yang memanggil diri mereka DISKOPI.
Saya mengangkat topi kepada kumpulan DISKOPI ini berani menjalankan program-program perbincangan secara ilmiah dan intelektual. Program yang seharusnya saya lakukan ini adalah siri ke-3 yang telah dirancang oleh DISKOPI.
Saya dengan ini meminta Menteri Pendidikan menyelidik dan mengkaji semula dasar-dasar lapok, yang masih diguna pakai dikampus- kampus khususnya seperti yang saya hadapi di UKM.
Saya berasa pengalaman saya ini tidak akan dialami lagi oleh sesiapa dalam Malaysia Baharu, terima kasih.
Hishamuddin Rais
----------------
TT memang patut dihalang.
BalasPadamDulu cakap jubo saifooool fitnah.
Gelarkan AA padang tembaga.
Sekarang tengah inzal jilat jubo atuk kutty & AA.
Kah..kah..kah. .........kah.kah.kah....kahhhhh
BalasPadam