Rabu, 17 Januari 2018

DAPAT BELI VAN






FINALI
god bless u bro..finali dpt beli van..tp apa nak dibandingkan beli van dgn jamal yg memberi makan miskin2 .. on 
TERIMA KASEH TERIMA KASEH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/15/18




-----------------

DOMPET KOSONG





Ex-ISA detainee now embraces Dr M – for the sake of a mission

KUALA LUMPUR: He was detained twice under the Internal Security Act (ISA) and even charged with possession of firearms during the reformasi era when Malaysians took to the streets demanding the resignation of Dr Mahathir Mohamad, whom they accused of power abuse and corruption and held responsible for jailing his deputy Anwar Ibrahim.

Hishamuddin Rais, a veteran in street protests, suffered at the hands of Mahathir, who ruled the country for 22 years. But now, after 30 years of battling the government and Mahathir’s regime, he has decided to back his former arch enemy.

So, what caused Hishamuddin’s change of heart? The Malay College Kuala Kangsar old boy said he decided to embrace Mahathir because the former prime minister and now opposition icon is the man most capable of toppling Prime Minister Najib Razak and his BN coalition in the 14th general election (GE14).

And more importantly, Hishamuddin believes that Mahathir can pave the way for Anwar to become the country’s eighth prime minister should Pakatan Harapan capture Putrajaya in GE14. Pakatan Harapan has nominated Mahathir as its prime minister candidate, and agreed to seek a full pardon for Anwar, who is in jail for a sodomy conviction and is due for release in June.

Elaborating on his rationale for backing Mahathir, Hishamuddin said the 92-year-old leader can swing the rural votes away from Umno and also holds sway among voters in the 25-35 age group as well as civil servants.

“He can convince the important sectors in this country. He creates the confidence and he has the impact because he is a former prime minister. He has the image to get the rural voters such as the Felda settlers to vote for Pakatan Harapan.

“Secondly, voters from the ages of 25 to 35 have witnessed his capabilities. Physical evidence is there, such as the twin towers, LRT and KTM, the KLIA airport and Putrajaya, to name a few.

“Thirdly, for current civil servants and retired ones they still believe in Mahathir. They have faith in him if he leads the country back, and that is why I agree that he becomes the prime minister again because with him in charge Pakatan Harapan can win,” he said.

Hishamuddin, a student leader in the 70s, added that the only way to install Anwar as the eighth prime minister is by putting Mahathir in Putrajaya first.

“Mahathir is a well-known product. He is accepted by many and he is also rejected by many. But I am confident that the only way for Anwar to become prime minister is that PH must first win and the win must come through Mahathir.”
Asked about Mahathir’s past misdeeds as alleged in his blog Tukar Tiub, Hishamuddin said Mahathir’s biggest sin was in preventing three people — Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah and Anwar Ibrahim — from becoming prime minister.

“From the three, I will be satisfied if one can succeed, which is Anwar Ibrahim,” Hishamuddin explained.

Hishamuddin was a well-known youth activist who in his early 20s fled the country via Sungai Golok to evade the police.

Without a luggage or a suitcase full of clothes, he traveled half of the world and once managed to avoid deportation from India by hiding in an air ventilation system for a day before getting political asylum in Belgium.

Now 67, Hishamuddin is accused of being a traitor to the reformation cause but he denied that supporting Mahathir meant he was abandoning his struggle.

“There are two things here. I support Mahathir but my struggle remains the same. My aim is to bring down Umno and that has been my aim since I was a student in Universiti Malaya.

“Yes, I support Mahathir as the prime minister but I have my reasons. I accept him as an instrument to move forward as a country. However, my aim to bring down Umno is still the same. How can I be a sellout?” he said.

Hishamuddin said he respected the opinions of others but in a war it is important to stay focused on the bigger picture.

“In a war we must make more friends and fewer enemies. We do not have to open up so many battlefields.

“We have to focus on one common enemy, that is Najib Razak. Mahathir has this focus and I have this focus too. We have a common understanding, and that is why I am on the same ship,” he said.

Hishamuddin, a film director, said although it would be impossible to forget the torments he endured while in detention, he wanted to move on and fight the big battle.

“Impossible for me to forget how I was kept in solitary confinement for days, barefooted and slept on the ground. Impossible.

“But what is there to whine about? I have travelled a long way, a long journey to reach here and my heaviest luggage during my journey was an empty wallet.

“The heaviest luggage for one to carry is vengeance and that is the biggest baggage a human can carry. I am fortunate that I only carry an empty wallet everywhere I go,” he firmly said when asked about forgiveness.

Universiti Malaya political analyst Awang Azman Awang Pawi said the split between the pro-Mahathir and anti-Mahathir groups in Pakatan Harapan would affect its effectiveness.

“These two factions will cause problems for Pakatan Harapan. Although I suspect it will not be a big one, it will somehow damage the opposition’s focus to fight BN,” he said.

He said it would be hard for these two groups to find a common understanding and agree to disagree.

“It will be an internal problem for PH. Umno, on the other hand, is always ready and its election machinery is very strong.

“PH will have to be more steady and must have a strategy to focus on these two problems,” he added.




------------------

RIWAYAT SAMA






RIWAYAT
Pakcik hisham, saya mengaku pernah dengar hikayat saling tak tumpah serupa macam pakcik tulis. Hikayat yang diceritakan oleh sepupu pada pakcik saya, hampir 300 tahun dahulu ketika saya dah mencecah umur 16.5 tahun, iaitu cuma tinggal 1.5 tahun untuk saya bergelar dewasa ketika itu dan boleh mendapatkan permit pekerja asing saya sendiri huhu (bayangkan saya dah boleh menggaji beberapa pengasuh awek muda indon ;-p bestnyer!) 

SAMA


Apa pun, sepupu pakcik saya tu bercerita memang sebijik serupa cerita pakcik hisham ni, cuma saya tak pasti nama2 yang pakcik hisham nyatakan - altantuya, ziana zain, anwar zain, mat ciput dan mat cekai - sama ke tidak, sebab semasa sepupu pakcik saya pot pet bersurah sebelah saya, kami sedang dalam roket hypersonic melintas deras cuba menongkah pawana lapisan 7,616,127 hingga 7,616,197 maka deru yang kuat bingit ketika itu menjejas nama yang saya fikir saya dengar, lagipun ianya dicerita pada saya hampir 300 tahun dulu, sedangkan sekarang saya sudah pun berumur on 
RIWAYAT KELUARGA MAT CEKAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:23 PM





----------------------

BEBAN YANG BERAT









BEBAN

dua puluh tahun gua berkelana
merayau bersaorangan
dari kota ke kotaa
dari penjara ke penjara
beban yang paling berat
gua bawa
ialah dompet kosong

lalu gua sedar
dalam perjalanan hidup ini
gua tak perlu beban yang berat 

untuk gua
beban yang amat berat
yang melambatkan perjalanan
yang memasam senyum  indah
yang mengkeroh air jernih
yang memutus silatul rahim
ialah 
dendam yang tak sudah sudah
amin



---------------

TAK ADA KERJA LAIN





THE STAR ;     JAKIM WANTS 
TO MEET NUR SAJAT 
AFTER RUMOURS 
SHE MAY BE A ''HE''
Ape benda la ni..  Betul betul tak ada kerja. Pergi lah audit wang zakat tak di gunakan untok asnaf golf ke...

Pergi lah audit  Mufti2  semua buat kerja ikut hukom...membedakan yang  Haq dan yang Bathil.

Pergi lah pereksa samada hakim 2 ada telor ke tidak....

Ada banyak  lagi benda yang JAKIM boleh betul lan. Keluarkan Fatwa Haji dan Umrah MARLBORO dulu.

Di Amerika ..ada  Alex Jones   conspiracy theorist macham JAKIM. Alex Jones kata First Lady Michelle Obama ada KOTER.

Sekiranya  Nur Sajay tak ada Koter JAKIM tentunya BIDAAH kerana mengada adakan yang tiada.


KAH KAH KAH

--------------------

RIWAYAT KELUARGA MAT CEKAI





RIWAYAT 

KELUARGA MAT CEKAI

Al-kesah pada minggu ini saya hendak membuka  kesah satu keluarga yang amat cekai lagi mencekaikan. Riwayat  sebuah keluarga haprak  lagi menghaprakkan. Ini kesah keluarga Mat Cekai bin Haprak cucu Maprak  dari Bani Kenahak.  

Tapi ingat - awas dan waspada. Ini bukan niat dan cita-cita  saya hendak mengungkit atau hendak memburukkan sesiapa. Tidak. Kejahatan dan kebusukan bukan tujuan saya membuka surah ini. Tujuan saya suci lagi murni. Indah lagi wangi.  Wangi lagi mewangikan hidup saentero alam ini.

Saya melabonkan riwayat ini sama saperti niat Tun Seri Lanang ketika menulis  Salalatul Salatin. Saya juga memiliki niat yang sama saperti  Abdullah Munshi ketika Si Abdullah ini merakamkan sejarah Melaka, Kesah Pelayaran Abdullah atau pun pun Kesah Singapura Terbakar.

Tujuan saya menulis ini hendaknya pada satu ketika nanti anak cucu cicit kita akan belajar dari apa yang saya tulis ini. Hendaknya cucu cicit turun termurun  kita semua nanti akan mendapat pelajaranlah dari riwayat ini.  Yang buruk semuanya dari saya. Yang baik pun dari saya  kerana sayalah yang menulis riwayat ini. Amin.

Mengikut tuan yang empunya  ceritera. Mengikut yang bersurah ada pun asal usul keluarga ini amat amat pelik lagi menghairankan.

Ada surah yang melaporkan bahawa mereka ini berasal dari suku Batak Senget. Ada pula  yang mensurahkan bahawa keluarga ini berasal dari Gunung  Merde berhampiran dengan Gunung Kenahak. 

Ada pula yang bercerita bahawa keluarga ini berasal dari lubang jamban Iskandar Zulkarnain. Ada pula yang berkesah bahawa keluarga ini  berasal dari lubang jamban Wan Empok dan Wan Malini dari Bukit Seguntang Mahameru.

Si Bapak bernama Cekai. Si Ibu bernama  Mekai. Maka dari sinilah mengikut kajian  Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka asal usul perkataan cekai dan mekai. Dari sinilah bermula konsep cekai dan mekai yang sering digunakan oleh Mat Rempit dan Mat Pet dalam kata bualan harian mereka.

Mengikut tuan empuya ceritera Cekai dan Mekai ini mempunyai  pertalian keluarga dengan  Suku Ciput Miput.  Dari surah ini nanti kita akan dapat cium hubungan Si Cekai dan si Ciput ini. 

Maka para pembaca budiman akan bertanya - apakah kesah  dan surah  ini boleh kita semua mendapat pelajaran darinya. Apakah kesah Mat Cekai ini akan menjadi tauladan dan sempadan kepada anak cucu cicit kita?

Sebelum saya menjawab pertanyan pembaca biar saya surahkan juga  bagaimana  baru baru ini telah timbul heboh heboh tentang keluarga Mat Cekai ini. Tetiba Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia menerangkan kepada umum bahawa Mat Cekai ini berasal dari Lanun Bugis. Tetiba satu Selangor  jadi gempar.

Kita semua wajib berwaspada dan berhati-hati. Jika perkataan Lanun Bugis terkeluar dari mulut  Mahathir Muhamad  maka pada hemat saya ini terjadi secara tidak sengaja. 

Lanun Bugis yang saya tulis ini tidak  ada persamaan atau pertalian darah atau air kencing dengan Pemaisuri Bengali Kahavita Kuur yang memerentah Kerajaan Bengal pada Kurun ke 7 di Benua Hindi.  

Lanun Bugis  dan Pemaisuri Bengali dan Pemegang Botol Besar itu sebenarkan adalah riwayat dari sebuah kitab yang lain. Riwayat Pemegang Mohor Botol Besar itu terdapat dalam kitab  Kavita Kaur  Betina Bengali. Bukan dari riwayat keluarga Mat Cekai. Harap maklum.

Kesah Lanun Bugis  yang disebut oleh Mahathir ini  tidak ada sangkut paut  dengan 14 juta keping emas yang menjadi bayaran kepada sesiapa sahaja yang bernafsu untuk berkahlawat dengan saekor Lembu Betina dari Bengal.

Sayugia diberitahu kepada  para pembaca yang budiman - riwayat Keluarga Cekai Mekai ini tidak ada sangkut paut dengan orang yang hidup, yang sedang mati, atau yang hendak mati. Jika ianya ada persamaan maka semua ini adalah atas arahan Dewa Zeus. 

Mengikut kesahnya Mat Cekai ini telah membuntingkan seorang Amoi. Amoi yang cun berambut panjang ini dikatakan cukup bergetah lagi berair.  Mengikut kesah empunya kesah Si Amoi ini telah digunakan oleh Mat Cekai sebagai Penyedap dimalam hari.  Hasilnya Si Amoi menjadi bunting.

Maka  mengikut kesahnya Si Amoi ini telah datang dari benua yang amat jauh mencari  Mat Cekai. Akhirnay Si Amoi ini telah mendaki ke  Bukit Damansara. Dari laporan akhbar The Sun Si Amoi ini datang untuk bertemu seorang jantan bernama Razak Baginda. Dari kesah yang tersurah belum dipastikan lagi siapa yang membuntingkan Si Amoi ini.

Dipendekkan cerita  Si Amoi ini  mendaki Bukit Damansara  dengan sebuah teksi dari Jalan Petaling. Tujuannya untuk meminta duit belanja  kerana dia  telah bunting.

Pemandu teksi menunggu.  Injin terus terpasang. Tunggu punya tunggu pemandu telah tidak dibayar. Tup tup si Amoi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta Proton Hijau.

Pemandu teksi  naik angin kerana meter masih berjalan. Jumlah tambang teksi yang belum dibayar ialah 48 ringgit 75 sen. Pemandu teksi naik bengang.  Dia turun ke lembah paya Brickfeild lalu membuat laporan di Rumah Pasong  Brickfeild.

Number kereta Proton Hijau disebarkan ke seluruh negara. Tup Tup number Proton Hijau adalah milik seorang yang rapat dengan Mat Cekai.

Maka kata tuan empunya hikayat dari sinilah bermulanya  kesah skandal Keluarga Mat Cekai ini. Dari 48 ringgit 75 sen tambang teksi yang tidak dibayar telah membuka skandal  pembunuhan Altantuya. 

Banyangkan jika pemandu teksi ini dibayar tambangnya pasti Pemandu Teksi tidak akan membuat  laporan polis.  Tidak muncul kes kereta Proton Hijau.  Si Amoi  akan hilang bagitu sahaja. Tapi kerana ini keluarga  Mat  Cekai   memang cekai  lagi ciput maka  48 ringgit 75 sen pun tidak mahu dibayar.

Riwayat Mat Cekai ini diterusan lagi. Adalah mengakut hikayatnya  satelah Amoi ini mati dibunuh datang pula seorang India  yang mengakui kenal baik dengan Si Amoi ini. Dari mulut Si India ini terbuka kesah bahawa  rupa-rupanya Mat Cekai ini telah membuntingkan Si Amoi. 

Kesah si India ini menjadi heboh kerana dikatakan Mat Cekai ini  suka pula  menujah lubang belakang. Akhirnya berita dari Mat India ini menjadi heboh. Keluarga  Mat Cekai menjadi berita  dunia - CNN, BBC, The New York Times  , Le Monde , The Guardian London - semua membuat  berita  tentang Keluarga Mat Cekai.

Bayangkan semua bemula  dengan tambang teksi 48 ringgit 75 sen. Jika Mat Cekai pada petang Sabtu itu di Bukit Damansara telah  membayar tambang teksi itu - tidak akan muncul berita Altantuya dan Scorpene. Malah Amoi Bunting akan hilang bagitu sahaja.

Riwayat Keluarga Mat Cekai berterusan. Mat India yang membuka kesah ‘lubang belakang ‘ telah dijanjikan akan dibayar untuk menutup mulut dan mengubah cerita.

Mat India ini akhirnya telah dilarikan ke India. Sayangnya keluarag Mat Cekai yang memang cekai. Mat Cekai telah gagal membayar duit tutup mulut yang dijanjikan kepada P.I Bala. Maka sekali lagi berita Keluarga Mat Cekai menjadi heboh.

Minggu lalu awal bulan Januari 2018 tetiba mencul berita tentang Keluarga  Mat Cekai membuat umrah. Dunia bukan gempar kerana keluarga ini beragama Islam. Ini tidak menjadi tanda tanya. Yang menjadikan berita heboh rupa-rupanya Mat Cekai berumrah  dengan menggunakan duit orang ramai.

Riwayat umrah ini terbocor apabila ada seorang Minah Baik Hati telah membocorkan senarai nama kaum keluarga  Mat Cekai yang akan pergi ke Saudi Arabia dengan menaiki kapal terbang milik kerajaan.

Minah Baik Hati ini pastilah Pegawai Kerajaan yang dapat senarai kaum keluara Mat Cekai yang sedang menggunakan duit orang ramai untuk berumrah. 

Ini betul cekai first class. Ini betul bertaraf FLI ( free loader international ). Ini sah Mat Cekai ini dari kumpulan FLG (Free Loader Globalist). Nak pergi umrah bawa emak dan  adik beradik pun pakai duit kerajaan.  Jika ini bukan cekai? Jika ini bukan haprak? Jika ini bukan ciput - apa namanya ini?

Maka sah dan saheh bahawa Mat Cekai ini memang ada pertalian rapat dengan Mat Ciput.  Hanya mereka yang berdarah ciput sahaja tanpa malu dan segan akan menggunakan duit kerajaan untuk membawa kaum keluarga  berumrah.

Babi yang tebal kulitnya itu pun tidak akan pergi  membawa kaum keluarga berumrah dengan menggunakan kapal terbang kerajaan.

Cuba kita bayangkan  bagaimana Mat  Pak Cik dan Mak Cik Pantai Dalam merancang untuk berumrah. Keluarga ini akan  berjimat cermat. Mengumpul duit sadikit demi sadikit. Mak Cik buat kueh untuk berjaja di Pasar Malam. Pak Cik ketika hari cuti akan pergi ke Pantai Remis mencuba nasib  menjala ikan.  

Semua bertujuan untuk menyimpan duit untuk ke Mekah. Bertahun mereka mengumpul sen demi sen. Ringgit demi ringgit.

Berumrah, naik haji mengikut ajaran agama hanya dilakukan jika ada kelebihan belanja. Jika pendapatan lumayan.  Bukan bawa emak, bini, menantu,  cucu , abang, adik ipar, kakak ipar  pergi  berumrah dengan menggunakan duit rakyat.

Ini perangai Lanun Bugis. Maka sahlah apa yang dikatakan oleh Mahathir  bahawa Mat Cekai ini seorang pencuri. Ini adakah sifat asli Lanun Bugis.

Maka adalah tidak jujur jika saya juga tidak memasukan satu lagi kesah tentang keluarga Mat Cekai ini.  Walau pun mereka Lanun Bugis tetapi keluarga ini amat-amat memintai wayang Melayu.

Ayahnanda kepad Mat Cekai  amat memintai pelakon filem Melayu yang bernama Sarimah. Perangai ini telah diikuti oleh anaknya. Mat Cekai amat-amat meminati amat amat meminatai pelakon dan penyanyi Melayu yang bernama  Ziana Zain. 

Malah sepuput Mat Cekai ini juga meminati penyanyi yang bernama Anwar Zain.

Apakah meminati pelakon dan penyanyi filem Melayu ini salah satu dari watak Lanun Bugis? Saya tida tahu. Hanya Dewa  Zeus sahaja yang maha mengetahui. Amin.

NOTA:
Siapakah agaknya Pegawai yang membocorkan nama senarai keluarga  Mat Cekai itu? Tahniah/ Salut. Ini contoh pegawai kerajaan yang telah bosan dengan keluarga Mat Cekai. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



--------------------------

TAHUKAH ANDA?








TAHUKAH ANDA

KENAPA 

FELDA RANAP

BERMULA

DARI

PORT DICKSON?









-------------------------

SEMUA BERMULA DENGAN PORT DICKSON







FAIL DAA  RANAP

BERMULA

DI PORT DICKSON


FELDA: Jika Bukan Najib, siapa?

Saya terpanggil memberi komen berhubung isu penjualan tanah FELDA di Jalan Semarak kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) melalui transaksi yang meragukan.

Pengerusi FELDA, Tuan Haji Shahrir Samad sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang berniat menunjukkan  Najib tidak terlibat dalam penjualan tanah tersebut. Namun, jika audit forensik belum pun tamat dan laporan belum dibentang, bagaimana beliau boleh mengesahkan hal ini? Dan jika beliau mempunyai maklumat yang menjadi asas kenyataan itu, apakah beliau telah menjejaskan integriti siasatan?

Namun sebenarnya, kenyataan Tuan Haji Shahrir ini menimbulkan persoalan besar: Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam skandal ini?

Saya mendesak agar audit forensik dalam isu ini dijalankan dengan segera agar umum dapat mengetahui antara dalang-dalang yang telah terlibat dalam menjahanamkan institusi ini. Saya juga menggesa agar  Najib berjanji untuk tidak sesekali menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) menghalang mana-mana bahagian laporan audit forensik tersebut dari diterbit, sebagaimana yang kita saksikan dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB. Amatlah penting laporan forensik tersebut diterbitkan sepenuhnya, agar kepercayaan umum akan dikembalikan terhadap FELDA.

Dalam mengimbas isu yang melanda FELDA ini, ianya berpunca daripada pentadbiran DS Najib  yang sejak mula menyandang jawatan Perdana Menteri kelihatan tidak segan silu untuk mempergunakan institusi-institusi yang sepatutnya menjaga kebajikan orang Melayu, sebagai ganjaran buat pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat setia kepadanya.

Trend ini amat jelas berlaku dalam pelantikan individu bagi mengisi jawatan tertinggi FELDA, Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Atas kemelut demi kemelut yang melibatkan institusi bersangkutan kerajaan (GLC), dapat disimpulkan bahawa Najib telah menyalahgunakan badan-badan itu untuk memastikan beliau terus berkuasa.

Maka, Najib perlu mengambil iktibar dari skandal-skandal yang melanda institusi-institusi ini dan segera berhenti memperguna institusi-institusi tersebut sebagai ganjaran politik untuk memenuhi tembolok juak-juak politik beliau.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
16 Januari 2017






--------------------

BONGKAR BONGKAR












BONGKAR


JENG JENG

SAPA SAPA 

BONGKAR HINGGA

TERBARAI



Kadir mahu forensik siasat ahli lembaga pengarah Synergy Promenade

A Kadir Jasin mempersoalkan peranan seorang wanita yang dikenali sebagai Datuk Marina Hashim antara salah seorang Lembaga Pengarah syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd yang memulangkan 16 lot tanah kepada Felda.

Menurut Kadir melalui tulisan di blognya menunjukkan carian di internet mendapati Synergy Promenade adalah syarikat kontraktor dan peniagaan umum yang ditubuhkan pada tahun 2000.

“Kalau Marina Hashim itu sama dengan wanita yang dipersembahkan oleh majalah Nona pada 18 September tahun lalu, maka dia adalah seorang jelitawan dan ibu dalam usia 40-an.

“Dalam laporan majalah tersebut memetik salah seorang anaknya, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri, sebagai berkata ibunya ‘bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)’

“Jadi audit forensik dan penyiasatan polis yang Najib sebutkan itu perlulah memastikan apakah bentuk kerjasama rapat di antara wanita itu dengan pengurusan Felda.




JANGAN BAGI

PELUANG

TEKAN TEKAN

SAMPAI MATI


-----------------

MULAKAN DENGAN BISMI





BISMI
Hang nie fail la. Tuhan tu Maha pengampun Maha penyayang. Apa yg komplikated Sgt. Penyakit Hardy bawang dah berjangkit Kat hang ka? Apa jua amalan kalu hang mulakan dgn Bismillah Dan disudahi dgn alhamdulillah nescahaya barakah hidupmu. on HAJI MALBORO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/16/18






-------------

JADI BARUA






JADI 

sila jgn marahkan pas king maker.pas memang king maker..pas maker to make umno bn great again.pas akan pecahkan undi melayu islam, melayu liberal,melayu mamak madey..itu la tujuan pas..sb tu pas berani letak calon dikebykkan tempat ..

BARUA KING

sb apa..sb duit peruntukan sudah ada dan najib sudah mendpt wahyu ketika masuk dlm kaabah kepala abah korang...tajuk2 utama ph sudah diubah dari menghumban umno kpd menhumban madey..asal bukan umno sudah hilang..muda mudi tunjuk graduate, tunjuk baca kitab2 lama komunis..tukar tiub kata, it a tool je..itu pun susah...kini tinggal pahlawan2 tua nak mampus yg melwan umno bn pas.. on 
UNTUK BACAAN SOTONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/16/18





---------------

SUDAH LAMA MATI










SUDAH
Jangan jadikan Malaysia sebuah negara Umno&co sebarang pertukaran kerajaan itu adalah wajar kita bukan dimedan perang untuk membunuh sesaorang,kita berada digaris politics punyalah bodah memanda menteri politics ugutan budaya kapir adakah anda org kafir?

LAMA

penjawat awam perlu diberi ruang privatsi mencipta arus politics Baru untuk Malaysia demi Malaysian penjawat awam perlu reformasi akal untuk masa depan yg lebih baik untuk keluarga keturunan anak anak bangsa mahupun agama democrasi juga pandang dan lihatlah nilaikanlah tafsirkankah hufaikanlah sebarang pertukaran kerajaan tiada caj caj tersembunbunyi 

MATI

Umno sedah lama mati yg tingal para corruptor capitalism melayu mengira untung yg rugi pengundi pengundi sedarlah wahai penjawat awam pertukaran kerajaan itu halal berpeganglah pada amar makruf nahi mungkar bersatu hatilah untuk masa depan yg lebih terjamin sedarlah pejuangan ini Baru bermula dan nantikanlah kemenangan yg lain inshaallah. 
on TANGKAP SEBAT PENJARA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/16/18





-----------------------

ADA SIAPA BANTAH?






ADA BANTAHAN?
Apabila PH pula memerintah, tangkap pegawai kerajaan yang bersengkokol dengan jenayah kerajaan yang kalah. Ada bantahan???? on TANGKAP SEBAT PENJARA?
Publish | Delete | Spam
kuli ada maruah
on 1/16/18






--------------