BACA DISINI
http://mymonaz.blogspot.com/2009/03/kes-altantuya-talam-dua-muka-pegawai.htmlKes Altantuya : Talam Dua Muka Pegawai Konsulat Mongolia
Demi menjaga 'periuk nasi', kadang-kadang manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa 'bermuka-muka'. Golongan manusia sebegini disebut orang 'kiri kanan dia sapu'. Jumpa pihak A, dia cakap sokong A dan burukkan pihak B. Bila bersama dengan pihak B, dia akan bertindak serupa juga. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Syed Abd.Rahman al-Habshi, pegawai Konsulat Mongolia di Malaysia.
Selepas pembunuhan Altantuya, Datuk Syed Abd.Rahman dengan rasa murah hati telah menghubungi Stev Shaaribuu (bapa Altantuya) dan memberitahu "Saya bersedia melakukan apa saja untuk menolong anda." Sikap didikasi dan ramah-tamah yang ditunjukkan oleh Datuk Syed membuatkan Stev percaya dengan keikhlasannya untuk menolong. Stev semakin yakin apabila Datuk Syed dilihat menyebelahinya dengan mendedahkan rahsia : "Kerajaan Malaysia bersedia untuk membelanjakan Euro 500 ribu untuk menutup kes pembunuhan ini."
Stev Shaaribuu sebagaimana kebanyakan rakyat Mongolia, adalah seorang yang berterus-terang dan jujur. Beliau tidak dapat membayangkan segala tipu muslihat yang dilakukan oleh lelaki berfikiran machiavelli ini. Maka, bila Datuk Syed meminta daripadanya segala dokumen (gambar, laptop, filem, file komputer) untuk membantu siasatan kes pembunuhan anaknya, tanpa berfikir panjang Shaaribu menyerahkan segala dokumen yang diambil dari apartmen Altantuya di Ulan Bator.
Apa yang berlaku sangat mengecewakan Shaaribuu. Rupa-rupanya Diplomat 'talam dua muka' ini hanya menyimpan segala dokumen milik Altantuya sebagai simpanannya. Tidak diserahkan kepada mahkamah, atau dedahkan ke laman website berita internet. "Kami ingat dia (Datuk Syed) bekerja untuk kami, tetapi sebenarnya dia bertindak bagi pihak Malaysia", kata Shaaribuu dengan nada marah.
Sehubungan dengan itu, Shaaribuu telah meminta Kementeriaan Luar Mongolia memecat Datuk Syed daripada jawatan sebagai Pegawai Konsulat. Untuk sementara waktu, Kementerian tersebut telah memanggil pegawai diplomat ini di Ulan Bator untuk mendapatkan penjelasan berhubung pendiriannya. Sebagai membenarkan sikapnya,
Datuk Syed memberitahu Shaaribuu : "Diberikan saya kedudukan yang tinggi dalam UMNO, adalah mustahil untuk saya menentang Najib Razak." Manusia talam dua muka ini selalu bercakap bagi pihak Shaaribuu kepada pihak media tanpa persetujuan Shaaribuu. Pernah semasa Shaaribuu melawat ke pejabat NGO Wanita di Kuala Lumpur, Datuk Syed mengikuti dan memerhatikannya seperti seekor helang sedang memerhati mangsa.
Kita jangan lupa, Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah mendedahkan tentang pertemuannya dengan Datuk Syed di Bangsar. Dalam pertemuan itu, Datuk Syed memberitahu RPK bahawa Rosmah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya. Dia juga bagitau kat RPK bahawa KPN nasihatkannya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM. Inilah contoh manusia munafiq yang berada dalam UMNO. Lebih jahat dari golongan kafir. Betapa kejinya perangai manusia yang bernama Syed Abdul Rahman ini.
Dalam kes pembunuhan yang sekejam ini pun dia masih sanggup mengkhianati keluarga Altantuya. Sebagai seorang Muslim, kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap Altantuya. Marilah kita berdoa' semuga Allah dedahkan identiti sebenar individu yang terlibat dengan pembunuhan ini. Jazakallah. Anda mungkin juga meminati: Pakar Ekonomi - Ekonomi negara makin jatuh Isu SUK : SPA diminta kaji semula lantikan Khusrin Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion Linkwithin
-------------
Pukimak syed abd rahman dan rpk wajib dipanggil utk jadi saksi kes altantuya. Tu pun kalau madey berani buka semula kes ni. Jgn nak tangguh2 lagi.
BalasPadam