WOIT
GUA UDAH
BILANG LU
TAK CAYA
LU JANGAN
LUPA
TANJUNG PAGAR
Pemimpin PKR buat perjumpaan sulit mengenai bakal PM
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR telah memulakan rundingan dengan ketua-ketua negeri dan bahagian bagi mendapatkan sokongan untuk calon perdana menteri masing-masing apabila Dr Mahathir Mohamad berundur.
Mereka terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mahu presiden, Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan nombor satu itu seperti dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sementara satu kem lagi mahu Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di tempat berkenaan.
Menurut sumber yang rapat dengan usaha rundingan tersebut, Azmin mengatasi Anwar dalam pilihan itu kerana mahir berunding.
“Parti tahu tentang kemahiran Azmin sebagai perunding terbaik pernah mereka lihat,” beliau memberitahu FMT.
Bagaimanapun katanya, Anwar berharap dapat mengimbangi Azmin dengan melantik ketua PKR negeri yang tidak menyokong timbalan presiden itu.
Sumber mengesahkan Anwar mengadakan perbincangan dengan ketua bahagian kira-kira sebulan sebelum melantik pemimpin negeri.
Dalam perbincangan tersebut katanya, ketua bahagian yang menyokong Azmin memberi cadangan masing-masing, tetapi Anwar mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan terakhir tentang siapakah yang hendak dilantik.
“Ini yang sebabkan beberapa orang tidak puas hati kerana calon mereka tidak dipilih sebagai pengerusi negeri.
“Tetapi Anwar tidak melantik mereka yang lantang menolak Azmin,” katanya, sambil menambah tindakan tersebut bertujuan mengekalkan keharmonian dalam parti.
Bagaimanapun menurut sumber lain, kalau rundingan menolak Anwar berterusan, perebutan kuasa dalam parti akan menjadi lebih buruk.
Buat masa ini, walaupun hampir semua pemimpin PKR negeri yang baru dilantik adalah penyokong Anwar, sokongan untuk Azmin masih mengatasi presiden itu.
Pada November, sekutu Azmin memenangi jawatan tinggi dalam pemilihan PKR, mengukuhkan kedudukannya di peringkat akar umbi.
Pada Jumaat lepas, Anwar melantik Rafizi Ramli sebagai salah seorang daripada 3 naib presiden lantikan.
Ini membuatkan Azmin meluahkan perasaan tidak puas hatinya secara terbuka. Beliau mendesak Anwar mengkaji semula pelantikan tersebut dan mendakwa beberapa individu dilantik terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus.
Azmin tidak menamakan mana-mana individu itu.
NEGARA DALAM
BAHAYA KENA
PAU KAYA
NAJIB DIPAKSA
JUAL MURAH
TANAH KTM
TANJUNG PAGAR
KERANA KES
ALTANTUYA
MUSTAHIL
TAK FAHAM
------------------
Pau kaya ada, pau ayam ada pau daging ada, tapi yg pasti pau ikan sapa pon tak peduli
BalasPadamAku dah agak dah.. Dgn Isham sekali pun suka Pdg Tembaga. Sungguh tak ku sangka, Anwar benar² dipercayai sbg peliwat.
BalasPadamTak hairan dgn Azmin, dulu Wan Azizah dimalukan slps dilantik jadi MB Selangor. Skrg giliran Anwar pula.
PS: Tolong jgn siar komen ni TT. Terima kasih.