TERBAIK
INI CARA TERBAIK
BUAT MESYUARAT
KETIKA WAKIL
TAK ADA
Kem Azmin tiada dalam mesyuarat bincang lantikan Anwar
MESYUARAT Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membincangkan pelantikan beberapa nama ke jawatan tinggi parti tidak disertai majoriti pemimpin kanan terutama dari kem timbalan presiden Mohamed Azmin Ali yang menang pemilihan, kata beberapa sumber kepada The Malaysian Insight.
Itu juga sebabnya kenapa Azmin membantah keputusan Anwar Ibrahim apabila presiden itu dilihat menggunakan mesyuarat tersebut bagi membincangkan senarai nama pemimpin untuk diangkat ke jawatan lantikan dalam PKR.
Mesyuarat itu berlangsung pada petang Jumaat lalu.
Azmin sendiri tidak dapat hadir ke mesyuarat yang dipanggil oleh presiden Anwar Ibrahim, begitu juga dengan tiga naib presiden yang dilihat dekat dengan timbalan presiden itu. Seorang lagi naib presiden Nurul Izzah Anwar baru-baru ini sudah letak jawatan.
“Mesyuarat tersebut sangat janggal. Bayangkan timbalan dan ketiga-tiga naib presiden tiada. Mereka sudah minta mesyuarat tangguh tapi presiden nak teruskan juga,” kata seorang sumber parti yang enggan dinamakan.
Seorang sumber lain mendedahkan biro politik yang selalunya bersidang pada Selasa tidak bermesyuarat minggu lepas, sebaliknya semua isu berkenaan dibawa ke mesyuarat MPP pada Jumaat.
“Inikah demokrasi yang diperjuangkan?” kata sumber itu.
Tidak sampai 24 selepas Anwar mengumumkan barisan pemimpin yang dilantik ke MPP, Azmin membuat kenyataan umum menggesa keputusan itu diteliti semula.
Katanya, pelantikan ke MPP hendaklah berdasarkan merit dan “bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP”.
The Malaysian Insight difahamkan Azmin yang baru-baru ini dilapor mengerjakan umrah di Mekah masih berada di luar negara setakat Jumaat lalu.
Naib Presiden Zuraidah Kamarudin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada mesyuarat di kementerian pada petang sama, kata sumber yang lain.
Dua lagi naib presiden Tian Chuan dan Dr Xavier Jayakumar pula sedang bercuti, tambahnya.
Ketua Wanita Haniza Talha pula tidak hadir mesyuarat MPP kerana berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada Khamis, manakala Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang juga ahli MPP turut berada di Mekah dan dijadual pulang hari ini.
Semua mereka adalah pemimpin yang dekat dengan Azmin dan mendukung timbalan presiden itu semasa dicabar oleh Rafizi Ramli dalam pemilihan parti yang berpecah.
The Malaysian Insight difahamkan hanya tiga pemimpin dari kem Azmin hadir dalam mesyuarat MPP pada Jumaat, yang menurut sumber, diadakan seperti tergesa-gesa.
“Pemimpin dari kem Azmin minta mesyuarat itu tangguh ke tarikh lain tetapi Anwar hendak teruskan juga,” kata seorang sumber.
Seorang lagi sumber PKR percaya mesyuarat pada Jumaat itu diadakan hanya untuk meluluskan keputusan Anwar memilih beberapa individu ke dalam MPP.
“Berapa kerat sahaja kem Azmin ada. Siapa berani bantah dalam mesyuarat? Dia (Anwar) pada petang itu, umum sahaja. Tiada sebarang perbincangan,” kata sumber.
Azmin pada Sabtu turut mempersoalkan pengumuman Anwar mengekalkan Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agong. Dalam kenyataannya, Azmin membayangkan Saifuddin sebagai seorang yang tidak profesional dan tiada wibawa.
“Apabila lantik Saifudin Nasution semula sebagai setiausaha agung ia memang menimbulkan kemarahan akar umbi kerana dia gagal menjalankan tugas. Pemilihan parti bercelaru. Perkara ini mencalarkan nama Anwar sendiri,” kata sumber itu lagi.
Seorang lagi sumber berkata, Anwar memilih tarikh yang tidak sesuai agar tiada siapa membantah nama-nama yang beliau cadangkan termasuk Rafizi sebagai naib presiden.
“Kalau dah nak lantik Rafizi sebagai Naib Presiden buat apa benarkan dia bertanding sampai berminggu-minggu bergaduh,” katanya, merujuk pada pemilihan parti antara Julai dan November yang penuh drama.
Dalam pada itu, penganalisis sosiopolitik Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Anwar perlu memberi jawatan kepada lawan Azmin bagi menyeimbangkan parti reformasi itu.
Dengan kira-kira 75 peratus penyokong Azmin kini memegang jawatan kanan selepas menang pemilihan, beliau melihat Anwar memilih pemimpin yang mahu dipilihnya untuk melindungi pengaruhnya sendiri dalam parti.
“Azmin bantah kerana dia menjangkakan apabila orang dia menang dia dapat mengatasi dan mengekang kemaraan percaturan politik Anwar.
“Anwar lantik Rafizi dan Saifuddin kerana dia selesa dengan mereka.
“Azmin lupa Presiden ada kuasa buat lantikan,” katanya, yang melihat barisan yang dinamakan oleh Anwar sebagai bukti kecekapan Anwar dalam percaturan politik.
Selepas dikritik secara terbuka oleh Azmin, Anwar mempertahankan keputusannya dengan alasan ia langkah mahu melibatkan semua pihak dalam parti, selepas pemilihan yang kecoh dengan pelbagai insiden dan memecahbelahkan ahlinya.
“Itu pandangan peribadi dia. Saya mahu jadi inklusif. Dia (Azmin) hendak beberapa orang tidak disenaraikan. Saya mahu semua orang masuk,” katanya di Port Dickson, kelmarin. – 30 Disember, 2018.
RAFIZI
BUKANKAH KALAH
TAPI CAM MANA
DAPAT JAWATAN
KALAU MACAM TU
LEBIH BAIK
TAK ADA UNDI
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KALAU MARAH
ANAK IKAN
BUNTAL LARI
--------------
Tt ngok ikan ni mampu tak
BalasPadamhttps://youtu.be/GhLkDRrBNZ4
Bgtau kat min la tt ... Kasi tukar kaler dari biru muda ke merah .. bawa semua geng2 dia skali ...
BalasPadam