Khamis, 17 Januari 2019

PANDU GRAB








GUA UDAH

BILANG - NAJIB

PENCURI TAPI

ROSYAM NOR 

 DAVID TEO

MAT OTT

TAK CAYA 

Skandal 1MDB, CEO Goldman Sachs mohon maaf pada rakyat Malaysia


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Goldman Sachs David Solomon meminta maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan bank itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Sangat jelas bahawa rakyat Malaysia tertipu oleh ramai individu, termasuk ahli tertinggi dalam kerajaan terdahulu,” kata Solomon pada persidangan dengan penganalisis selepas laporan pendapatan pelaburan bank itu bagi suku keempat, semalam.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang pada masa ini berada di Dakar, Senegal turut memuat naik permohonan maaf Solomon di Twitter.

Pada November, Tim Leissner yang mengetuai unit Asia Tenggara Goldman Sachs mengaku bersalah melanggar undang-undang anti rasuah dan pengubahan wang haram Amerika Syarikat (AS) dan bersetuju membayar AS$43.7 juta (RM184 juta) dalam pengembalian keuntungan yang diperoleh secara haram.

Seorang lagi bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng atau Ng Chong Hwa kini berada di penjara Malaysia sementara Jabatan Kehakiman AS meminta beliau diekstradisi.

Solomon meminta maaf atas peranan Leissner dalam perkara itu tetapi mengulangi bahawa Goldman Sachs dikelirukan oleh Leissner dan pegawai kanan kerajaan Malaysia berkenaan peranan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam skandal itu.

“Berhubung peranan Leissner dalam penipuan itu, kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” menurut laporan AFP memetik Solomon sebagai berkata.

Reputasi Goldman terjejas apabila dikaitkan dengan skandal itu, tetapi Solomon berkata kesannya terhadap pelanggannya sudah pun “dikurangkan”.

Goldman Sachs melaporkan keuntungan yang lebih baik daripada dijangka walaupun berdepan kos perundangan yang tinggi akibat skandal 1MDB. – 17 Januari, 2019.


PARA 

KAKI BODEK

PARA KAKI

CIUM TANGAN

SEDARLAH 

HANG TAK ADA 

BAKAT

LEBIH JUJUR

HANG BUAT KERJA

PANDU GRAB

KAH KAH KAH


----------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan