SURAT
KEPADA PELEBONG
IJAZAH INTERNET
Saya memiliki pengalaman pribadi dalam hal penipuan ijazah ini. Sebelum saya bersurah panjang biar saya nyatakan satu pekara dengan sajelas mungkin. Saya mahu nyatakan falsafah dan mazhab saya.
Mazhab saya percaya tidak memiliki ijazah bukan satu kesalahan. Tidak masuk universiti juga bukan satu jenayah. Yang salah ialah menipu mengakui memiliki ijazah. Dalam ajaran mazhab saya - menipu adalah satu kesalahan.
Menipu memiliki ijazah dengan tujuan untuk mendapat menjadi calon YB adalah satu jenayah. Menipu mengaku memiliki ijazah Phd dengan tujuan untuk mengajar di Universiti adalah satu jenayah.
Menipu itu satu kesalahan. Tak berijazah tidak salah. Tidak berijazah jadi YB atau jadi menteri juga tidak salah.
Tapi penipuan ini ada pelbagai genre. Bukan hanya menipu ijazah. Biar saya surahkan disini satu kesah. Ini kesah seorang YB…opss…bekas YB.
Si YB ini bila kita berjumpa dia akan membuka gelanggang dengan kesah-kesah hebat. Dia berlabon memberi gambaran soalah-olah dia baru dapat panggilan dari Obama. Atau dia terlihat miscal dari Clinton dalam talipon bimbitnya. Atau pada musim panas tahun lalu dia telah dipelawa oleh Putera Charles untuk pergi memburu kijang di Scotland. Lebongnya berkesah bagaimana dia bersembang panjang dengan Robert De Niro satelah Naomi Campbell menolah cinta De Niro. Bayangkan tanpa YB kita ini pasti Robert de Niro telah membunuh diri. Amin.
‘ Meeting tu ..Valcav Havel ada … Paul Wolfowitz pun ada…kami bincang hebat…’
Si Bekas YB ini terus melebong.
‘ Masa tu aku di Johns Hopskin Univerisity…’
Telinga saya mendengar surah bekas YB ini pada satu petang dua tahun yang lalu. Si Mamat ini sedang mengintai-intai untuk jadi calon di Lembah Pantai. Justeru dia datang ke Bangsar Utama.
Tapi bekas YB ini salah tempat. Dia singgah di Universiti Bangsar Utama(UBU) Di UBU tidak ada siapa pun ambil pot tentang Paul Wolfowitz mau pun Vaclav Havel.
‘ CNN jumpa aku …tapi Anwar tak nak ditemubual oleh media…’
Bila ayat ini muncul maka dari mulut bekas YB ini maka keluaralah suara ‘…kepala butuhlaaa… tak nak ditemubual…’ Bekas YB ini tergamam kerana kena carut. Bayangkan rupa muka YB kena carut depan orang ramai. Terdiam dan terus berundur.
Hinga ke hari ini dia tak berani muncul di Bangsar. Desas desus mula didengar bagaimana bekas YB ini sedang mengintai-intai untuk menjadi Duta kita ke Jakarta. Mamat ini sedang menyebar lebong tentang dirinya yang memiliki hubungan yang amat intim dengan Presiden Jokowi. Amin.
Sabenarnya menipu ijazah atau menipu pernah berbincang dengan Paul Wolfowitz tentang Saddam Hussein - tujuannya adalah sama. Ada ijazah dibaca hebat. Semua dilakukan untuk membuktikan bahawa sosok yang berlabon ini sosok hebat. Sesiapa yang mendengar labon ini wajib kagum dengan kehebatan yang bersurah.
Hubaya. Hubaya. Yang bersurah ini bukan sosok kecik anak. Bukan sahaja memiliki ijazah Phd malah pernah sampai ke Johns Hopskin Universiti. Pernah dapat panggilan talipon dari Erdogan. Kerana hebat berilmu, kerana kenal orang hebat-hebat maka Si Dia ini boleh jadi YB , boleh jadi Senator, boleh dinobatkan menjadi Pak Duta. Atau boleh mengajar di Universiti. Dan boleh letak Dr dipermulaan nama. Silap-silap hari bulan boleh jadi Perdana Menteri. Khatam kogia.
Percayalah - menipu kelayakan diri atau mengaku memiliki ijazah Phd ini bukan satu yang baru. Kini menipu memiliki ijazah - masuk universiti - semakin rancak dengan wujudnya internet. Terima kaseh Ronald Reagan. Sabenarnya sebelum wujudnya internet ini tipu ijazah ini telah wujud.
Dari kecil lagi saya pernah mendengar kesah dibelakang tabir. Desas desus labon dikampong tentang Haji Anu dan Lebai Polan yang pulang dari Mesir atau Saudi. Hakikatnya mereka bukan belajar. Ada yang menjahit kain di Saudi. Ada yang duduk bertahun-tahun merebus beras di Mesir. Akhirya pulang ke kampong menjual diri sebagai ilmuan agama.
Orang kampong saya tak akan buat selidikan. Mereka biarkan saja sosok ini menjual kesah bidadari , syurga dan neraka. Mereka cari makan dengan menyambung lebong Tok Arab yang mereka dengarinya ketika menjahit di Mekah.
Hakikatnya - pada tahun 50’an - jika seseorang telah sampai ke Mesir atau Mekah itu untuk orang kampong adalah satu kejayaan.
Pada tahun 1974 - saya adalah Setiausaha Agong Persatuan Universiti Malaya (PMUM). Pada satu petang Ahad dalam penggal kedua saya telah berhadapan dengan satu kes tipu. Ini bukan kes tipu ijazah. Bukan tipu fakulti. Ini kes tipu identiti.
Seorang Mamat telah mengakui bahawa dirinya adalah pelajar tahun empat fakulti perubatan Universiti Malaya (UM). Di UM pelajar perubatan menginap di Klinikal Hostel. Ini asrama khusus untuk pelajar perubatan sahaja.Letaknya tidak jauh dari Universiti Hospital.
Pelajar tahun 3 dan 4 fakulti perubatan tidak akan lagi berhadapan dengan pepereksaan. Mereka telah dianggap menjadi doktor justeru inilah masa dan ketika untuk mereka aktif dalam kesatuan pelajar.
Si Mamat yang mengaku dari fakulti perubatan ini pasti tidak dikenali oleh pelajar fakulti lain. Ini kerana kursus yang lain di UM tidak melintas lebih dari tiga atau empat tahun. Untuk jadi doktor perlu belajar 6 tahun. Justeru si Mamat ini berani menyamar sebagai doktor.
Dia aktif dalam KESUMA - kumpulan kebudayaan PMUM. Dia menjadi penari dan mengikuti rombongan KESUMA menjelajah. Tidak ada siapa yang syak wasangka. Saya sendiri pernah terlihat si Mamat ini di Rumah Persatuan. Tapi akhiranya dia kantoi.
Pada petang itu bila saya sampai ke Rumah Persatuan si Mamat ini telah dikurung dalam bilik tamu. Bila saya masuk saya lihat dia menundukkan muka saperti kongkang menyorokan muka.
Saya tidak bertanya apa pun. Saya menghubungi pegawai keselamatan untuk urusan saterusnya. Saya difahamkan Si Mamat ini telah dibawa ke rumah pasong. Khalas. Selainya saya tidak ambil tahu kerana saya ada tugas yang lebih penting dari kes menyamar diri.
Pada 10 April 2001 sekali lagi saya bertemu bertemu dengan kes tipu identiti Pada petang itu saya telah diambil oleh polis dari bilik saya di Bangsar Utama. Saya dimasukkan ke dalam kereta Proton hijau untuk dibawa ke rumah pasong.
Dalam kereta saya diapit oleh dua polis tanpa uniform. Seorang pegawai polis tanpa uniform telah duduk sabelah kiri saya. Dia kelihatan mahu bermesra dengan saya yang sedang bergari.
‘ Alaaa… kita sesama old boy…’
Kepada saya perkataan ‘old boy’ ini memberikan makna bahawa Pegawai Polis ini juga pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Dia mahu memberi signal bahawa dia memiliki taraf pembelajaran yang tinggi. Ini kerana ‘ old boy’ dari Kolej Melayu semuanya hebat-hebat. Mungkin dia juga berharap saya akan bekerjasama dengan pihak polis.
‘ Ooo.. old boy… dulu rumah apa? Saya bertanya. Dia senyap.
‘ What house? Rumah apa?’ Saya ulangi lagi.
‘ Rumah Hijau.’ Dia menjawab dengan riang dan konfidant sambil memandang ke muka saya.
Pada ketika itu saya rasa nak ketawa. Rasa nak terkentut pun ada. Pegawai Polis ini telah kantoi. Dengan satu soalan sahaja saya dapat tahu bahawa Si Mamat ini sedang cuba menyamar diri sebagai old boy MCKK.
Pada hemat saya sosok-sosok yang menyamar identiti, menyamar diri , yang mengaku ada ijazah, mengakui masuk ke universiti tersohor sabenarnya memerlukan pertologan. Pada hemat saya semua mereka ini sakit.
Jika sesiapa mengaku ada Phd untuk menjadi guru di universiti - ini pasti satu jenayah. Menipu untuk mendapat gaji yang lumayan. Tidak diketahui apa ilmu yang akan diajarkan.
Sabenarnya amat senang untuk membogelkan penipuan ijazah Phd ini. Sila tanya apa kajian yang membolehkan dia mendapat Phd. Apa thesis yang telah ditulis. Kemudian tanya mana buku dan kajian dari dirinya yang pernah diterbitkan. Akhirnya sila tanya mendapat ijazah Phd dari universiti mana.
‘ Saya dari Oxford…. saya dari Cambridge..’
Awas. Berhati-hati. Kalau terdengar bunyi Oxford atau Cambridge jangan gentar. Mungkin dari Oxford Street atau dari Cambridge Circus. Malah jika ijazahnya hanya PPE dari Oxford University pun jangan tergamam. Ini samalah dengan taraf Pengajian Melayu atau Pengajian Islam dari Univeriti Malaya. Amin
Internet ini membuka banyak kemungkinan. Kita boleh mencari seribu satu macam maklumat. Dari yang karut lagi marut hinggalah ke kajian ilmiah tentang cara membuat bom nuklear.
Mendapat ijazah dari internet ini sedang menjadi-jadi. Universiti internet kembang bercambah macam ulat taik. Malah dari internet ini bukan sahaja ijazah boleh dibeli. Apa sahaja yang teringin dihati boleh dicari dalam internet.
Tepok dada tanya poket.
Sabenarnya saya amat kagum atas keberanian mereka menyamar. Bolehkah seorang yang mengakui memiliki Phd kini mengajar ilmu filem di UITM tidur nyenyak setiap kali meledak berita tipu ijazah.
Atau bagaimana agaknya rasa Sultan Melaka yang baru ditabalkan? Atau bagaimana rasa saorang yang mendapat gelaran Datuk kerana dia membelinya dari Sultan? Kita tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------------
Menipu adalah rukun iman yg pertama. Jgn lupa. Alhamdulillah. Hidup akan selamat. Bercakap benar adalah kerja sia² dan kebodohan paling bahagia diatas mukabumi. Kahkahkah..
BalasPadamTipu jenazah cerita ekau ni koman.. Aku punya cerita lagi rare... 2 awek.. Sorang cikaro baik punya.. Sorang mcm babi tapi penyihir.. Dua2 bekolabirasi... Target diorang.. Urut je... Kau termakan je.. Kompom ko termakan ler sebab cikaro mugil imut imut tu target ko.. .Tapi yg pandai ngurut si muka selipar tadi.. Sampai port meka... Daun pintu cikaro tu sengaja buka sikit am am kena tempat ko duduk...mata ko terbeliak tersampuk syaitan.... Dia bukaaaaaaa semua yg berkain.... Ko sudah stim. . Siselipar pun panggil urut... Time urut siselipar pulak kau ohk ohk... Ok stage seterusnya...selesai semua.. Kau pulang..aman lah ko rasa... Besok dia call minta duit 100..ko tak bagi dia masuk tenet biar 1 dunia tahu... Ko agak agaklah.. Ko Bayar tak.. Dan ko agak agak lagi... .. Kalau 300 orang kena ngan MODUS OPERANDI gini ni.. Agak agak berapa income 1 hari... 30k john... Kalah YB.... kakakakakaka... Rare tak rare tak.... Kakakakkakaka..makahai punya MO... MAKKAKAKAKahaiiii
BalasPadamjgn lupa bro..ramai gak prof2 agama, penceramah2 agama yg menipu ijazah..ckp berdekah2 rupa2nya fail masa ngaji middle east..
BalasPadamkahkahkah apasal cerita ijazah tipu tiba2 terkait nama UiTM? kahkahkah ada cerita ke bro? kongsi2 la kat sini.
BalasPadamAri tu wa ada nulis ..dulu Melayu kenu belajar lapan tahun di ITM ..baru Lu dapat Diploma Lanjutan ..belum lagi Digri.
BalasPadamAri tu ada eklan nagatakan untuk ambik Digri satu stengeh tahun ..Lu musti ada SRP ..Master musti ada SPM .. masuk 6 bulan dengar seminar 6 kali dapat lah Master .. PhD susah sikit musti ada Diploma atau ..atau STPM.
Dulu ada seekor Professor Madya dari UKM tanya kawan wa dari Nigeria yang sedang ambik PhD .."..how MUCH is your lecturer .."