AWAS
DALAM TENTERA
ADA RASUAH
INI TUGAS SUCI
MAT SABU
UNTUK BERSIHKAN
TENTERA-ASKAR
DARI RASUAH
Hukuman penjara bekas pegawai tentera ditambah menjadi seminggu
Hukuman penjara sehari ke atas seorang bekas pegawai tentera atas kesalahan rasuah ditambah menjadi seminggu, selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menerima rayuan yang difailkan pihak pendakwaan.
Hakim Zainal Azman Ab Aziz juga memerintahkan supaya Shaharil Hisham Abdul Razak, 59, menjelaskan denda RM15,000 atau jika gagal, dipenjara selama lima bulan.
Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata beliau perlu menganggu hukuman oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini pada 11 Okt 2018 kerana berpandangan hukuman penjara sehari itu tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh.
“Mahkamah perlu meletakkan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan individu, apatah lagi dalam kes yang melibatkan rasuah dan penjawat awam kerana ini melibatkan integriti dan jentera kerajaan.
“Kesalahan rasuah bukan suatu kes yang dipaksa sebaliknya dirancang dan dipilih oleh tertuduh yang berpangkat untuk melakukannya. Ini bukan seperti ibu tunggal mencuri milo di pasaraya untuk memberi anak makan,” katanya.
Zainal Azman seterusnya membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid untuk menangguhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya kerana mereka akan memfailkan rayuan dalam tempoh seminggu.
Pihak pendakwaan yang memfailkan rayuan pada 30 Okt tahun lalu diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abiddin.
Shaharil Hisham didakwa selaku pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat Leftenan Kolonel telah mendapatkan suapan berjumlah RM5,794 menerusi akuan Malayan Banking Berhad milik isterinya daripada kontraktor Mohd Rozaini Mohamad Rosli pada 18 Nov 2016 di cawangan bank itu di Jalan Bukit Ubi di sini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Pegawai Staf 1 (Ketua Zon) di Pejabat Senggaraan Zon Timur (Pahang), Cawangan Pengurusan Fasilitas dan Urus Senggara Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Kem Batu 3 di Temerloh, dekat sini.
Bagi kesalahan itu, Shaharil Hisham yang beralamat di Taman Sri Bahagia Temerloh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 9 Jun 2017 dan tertuduh membuat pengakuan salah setelah representasinya diterima pihak pendakwaan selepas tiga saksi selesai memberi keterangan. BERNAMA
DARI ZAMAN
NAJIB KE ZAMAN
HISHAM HUSSEN
KE ZAMAN ZAHID
JUAL BELI
ALAT SENJATA
JADI LUBUK DUIT
INI TUGAS BARU
TUGAS SUCI
PERJUANGAN
MAT SABU
JIKA MAT SABU
GAGAL
MAKA
JENERAL KOPERAL
JADI KONTREKTOR
JADI
ORANG TENGAH
JUAL BELI SENJATA
MACAM KES
SCORPENE
----------------------
Bukan setakat jual beli senjata jer bhai. Mat sabu dikira gagal jugak kalau kontraktor pembekal makanan, perabot, kelambu bla bla bla masih dimonopoli syarikat yg sama. Dulu heboh, syarikat yg sama bekalkan keperluan utk tentera sampai cecah 1 billion. Masa tu mat sabu pembangkang, sekarang dah jadi menteri, takkan buat2 lupa kot.
BalasPadamSuap RM5,794, penjara 1 minggu. Yang suap beribu juta tu, penjara berapa lama?
BalasPadamMenteri2 kita tu ko ingat byk masa ke nak tengok benda2 tu semua? Ko ingat menteri ada masa ke nak belek2 senarai syarikat masuk tender? Diorang mmg dah pakat2 susun jadual menteri utk ke sana ke sini kasi menteri sibukkan diri. Cer korang check dlm sebulan brp kali menteri masuk ofis? Ni malaysia bhai.. nak rasmi kandang kambing pun nak panggil menteri. Oi sudah2lah dgn majlis2 perasmian ni. Menteri2 jgn layan sangat lah majlis2 sampah ni, hantar wakil sudah lah. Kalau takde majlis perasmian2 ni tak boleh ke? Pejam celik pejam celik dah habis sepenggal, tapi kerja tak siap2. Tugas menteri masuk ofis, buat kerja! Bukan jalan2 buat perasmian, bodo!.
BalasPadamKencing ...bro TT skarang da jadi kaki jilat...tak cukup dedak...jilat terus menteri2 tak pakai...tak sedar ke atok letak menteri2 bodoh...biar nampak PH ni lagi bebal dari BN...
BalasPadam