AL-FATIHAH
Michael anak Garing
jalani hukuman gantung
pagi ini
Rakyat Malaysia Michael anak Garing telah menjalani hukuman gantung di penjara Changi di Singapura pada pagi ini.
Bernama melaporkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di republik itu memaklumkan mengenai perkara berkenaan.
Menurut Straits Times, Michael terlibat dalam rompakan yang menyebabkan seorang terbunuh dan tiga cedera parah di Kallang, Singapura, pada 2010.
Seorang lagi suspek, Tony Imba, dipenjara seumur hidup.
Terdahulu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berusaha untuk menyelamatkan lelaki berusia 30 tahun itu, manakala Menteri Undang-undang Liew Vui Keong telah mengutus surat ke negara itu.
.
-------------
Sepatutnya merompak kat australia/new zealand sebab kat sana takda hukuman mati.Daripada rompak kat singapore, baguih lagi rompak kat malaya, sang bosku masih lagi boleh tersenyum sambil disokong syariah dan halal berbohong oleh puak walaun unta.Malu apa bosku...kahkahakah...
BalasPadam