Rabu, 6 Mac 2019

NGEH DAN NGA - TERSENGEH TERNGANGA






NGEH DAN NGA

TERSENGEH TERNGANGA

Mengikut kata sahibul hikayat maka Pakatan Harapan (PH) pun kalahlah   di pilihan raya kecil Semenyih. Maka anak-anak muda pun berkumpul dan menari-nari. Bertandak dan berjoget. Sambil berjoget sambil membuat pantun sebagai kenang-kenangan zaman berzaman.
Siakap senohong
Ikan kelah ikan tengeh
Selalu  cakap bohong
Jawabnya  kalah di Semenyih

Maka saentero Bumi Pakatan Harapan  pun sibuk  mencari sebab musab kekalahan.  Malah sosok saperti YB DAP Ronnie Liu yan jarang berfikir panjang pun mengeluarkan pendapat hingga dilapor oleh portal berita. 

Kelihatan semua ini  pencarian sebab musabab rambang. Segala satu macam kesah yang memperkukuh sebab musabab pun dikumpul. Ada yang menyakitkan hati dan ada yang menggumbirakan. 

Dari segala sudut kita dapat mendengar sebab musabab kenapa Pakatan Harapan kalah di Semenyih.  Dari segi politik. ekonomi, sosial termasuk kekalahan dari sudut sex.

Dari sudut sex? Ini kes apa ini? Sabar dulu baca tulisan ini sampai habis.

Saya sendiri tanpa membaca akhbar. Tanpa memiliki talipon bijak penyampai berita  WhatApps. Tanpa menonton Tv.  Saya cuma menerima  beberapa kerat SMS.  Maklumat pesanan ringkas ini  entah  dari sapa-sapa. Entah Hantu Kopek mana yang ingin menyampaikan buah fikiran dan kekecewaan mereka kepada saya.

Semua maklumat ini saya kumpulkan. Kemudian saya bersembang dan berlabon dengan kawan-kawan yang menyokong Pakatan Harapan. Ada  kawan  bekas aktivis yang dah jadi pegawai menteri.  Ada Minah yang kini bekerja dengan kerajaan negeri. Ada aktivis yang tak tahu apa nak diaktiviskan  lagi kerana sudah ada kerajaan.

Kepada saya - labon mereka inii menjadi sumber maklumat Kelas A. Hakikatnya  saya tahu apa yang terjadi. Jangan ingat kerana saya tak ada tv maka saya tidak tahu apa berita terkini. Jangan ingat saya tidak memiliki talipon pintar  maka saya jadi Lokman Adam.

Saya mendengar pelbagai surah. Saya mendengar pelbagai jenis hadis.  Saya mendengar dan membuka telinga. Pelbagai bentuk dan rupa Tok Perawi datang. Semua mengakui membawa hadis-hadis saheh.

Dari surah dan hadis ini  saya membuat rumusan tentang Semenyih.

Saya yakin kes  Waytha Moorty - Si Mamat  yang cuba menjadi wira  pejuangan India ini   mempengaruhi keputusan  di Semenyih.  Si Wira ini sedang senyap tak bersuara lagi tapi bahang celupar mulutnya belum selesai. Nama Adib masih segar ditelinga.

Keyakinan saya ini diperkukuhkan dengan adanya satu tunjuk perasaan yang kecil salepas  sembahyang Jumaat - sehari sebelum membuang undi.

Demo kecil ini  bukan kes kuil. Ini kes hina nabi. Tapi rentak dan bunyinya sama. Tukang pukul gedang dan tetawak pun dari pembacan  saya datang dari kumpulan Boria yang sama. Apa isi dan bentuk nabi dihina - wallahualam bisawab.  Guru Nanak pun tidak mengetahui.   

Saya juga menerima hadis bahawa ramai anak muda menyampah dengan Pakatan Harapan kerana kes ganja… opps… kes rokok.  Di Semenyih - anak muda  memperotes hak mereka untuk merosakan paru-paru mereka. Anak muda memperotes hak mereka untuk menjadi bodoh. Hak-hak asasi mereka ini telah diganyang oleh Menteri Kesehatan Pakatan Harapan. 

Anak muda  hajar mereka di Semenyih.

Menurut surah anak anak muda  cara  dan  bunyi suara  Menteri Kesehatan  menjawab kes rokok dianggap  kurang sopan, angkuh, sombong dan hampir-hampir menjelma menjadi   Lokman Adam.

Sabenarnya kes rokok dan kes kuil ini sama. Dua Pak Menteri ini memang  berniat baik.  Tidak ada niat jahat dalam benak mereka. Mereka mahu menjadi Wira Rakyat. Mereka nak buktikan kepada para pengundi bahawa mereka sedang melakukan sesuatu. Nak membuktikan bahawa kementerian mereka menjalankan tugas. 

Tetapi Pak Menteri dua ekor ini terlupa  tentang konsep demokrasi. Tentang konsep berbincang. Tentang mendengar pandangan orang lain dalam usaha , niat dan cita cita mereka untuk membawa kebaikkan dan kesejahteraan umat.

Yakinlah sejarah telah dan masih  membuktikan bagaimana Presiden Bush  dari Rumah Puteh datang membawa Projek Godang - kebebasa dan demokrasi - untuk warga Iraq. Hasilnya apa? Gua tak mahu komen. Lu fikir sendirilah.

Hang Jebat ada beri ingatan - buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Hishamuddin Rais ada berkata : buat baik tak ada salah tapi  bincang terlebih dulu. Hang bukan terer sangat. Amin.

Dari Pahang saya membaca kenyataan dari seorang gedebe PKR yang memberi sebab kenapa kalah. Mengikut gedebe ini kekalahan disebabkan  Pakatan Harapan telah hilang roh dan jiwa. Bukan lagi berjiwa rakyat.

Ini juga sebab yang betul. Kecik pinggan tosseh dulang tembaga  saya hulurkan kepada gedebe ini. Dalam masa 9 bulan ini kelihatan Pakatan Harapan - lebih tepat lagi kelakuan dan perangai para gedebe dan menteri Pakatan cukup memualkan.

Umum telah merasakan bahawa gedebe dan menteri ini merasa bahawa kemenangan  9 Mei dahulu  adalah kemenagan mereka. 

Mereka telah mabuk ganja ..opps… maaf…mereka telah mabuk kuasa. Mereka lupa yang menjatuhkan Najib dan Rosmah ialah orang ramai. Undi  dan sokongan orang ramailah yang membolehkan  Dr Zul dan Wijaya Moorty menjadi menteri. 

Pekara ini wajiab ditanamkan ke dalam benak mereka yang semakin tebal saperti kepala Lokman Adam.

Dari Nogori kita terdengar suara Mamat  Veteran. Si Mamat ini halus bahasanya. Cakapnya bersopan. Yang keluar dari mulutnya pastilah berbudi dan berbahasa. 

Rais Yatim membuka surah  tentang suara dan perangai DAP. Ini berkait rapat dengan bunyi suara dan komentar politik  dua beranak dari  keluarag Lim.  Dalam bahasa Melayu - dalam istilah Rais Yatim parti China DAP ini wajib dilunakkan.

Zaman saya kanak-kanak dulu selalu saya terdengar  kesah dan tauladan  tentang mulut anak-anak kena lada kerana celupar. Sabenarnya bukan terkena lada tapi sengaja disapu lada padi. Nak beri pengajaran.

Dalam kuliah politik hari ini mulut  wajib dilada hanyalah satu  konsep. Mustahil Mahathir akan melada mulut Guan Eng dan mulut Kit Siang atau mulut Ronnie Liu.

Saya tak nak komen tentang suara dari Menteri Buluh. Tak baik. Faham fahamlah maknanya. Sekali sekali perlu juga membuluh. Nak tahu maknanya ayat saya ini sila tanya Rais Yatim.

Dalam fikrah saya apa saja hujah yang kita dengar minggu ini tentang sebab musab Pakatan kalah di Semenyih adalah hadis saheh. Walaupun  bunyinya bodoh. Tapi dalam suasana  sekarang Pakatan harapan wajib menerima - yang baik atau yang busuk.

Mesti ada yang  bersuara - Hishamuddin Rais ini kaki komplain. Pandai komplain. Tapi tidak memberi jalan keluar. Sabar dulu beeb. Saya memiliki jalan keluar yang cekap, pantas dan tuntas. 

Kita dengar Pakatan Harapan tidak tunai janji. Satu Semenyih heboh dengan  labon janji Pakatan Harapan. Cakap-cakap tak tunai janji ini  memang tepat.  Janji wajib ditepati bukan dicapati.

Justeru jalan keluar  yang cepat dari suasana muram ini dan sebelum bertempur di Rantau ialah menunaikan janji. Tunaikan dengan cepat dan pantas. 

Mustahil kita lupa dengan janji kita. Saya tidak akan lupa bermalam malam  dipentas ceramah melaungkan janji yang akan dilakukan apabila Pakaran Harapan menubuhkan kerajaan baru.

‘ Bila kita tubuhkan kerajaan baru… Najib dan Rosmah akan di tangkap.. mereka  masuk penjara…’ Petikan ucapan Hishamuddin Rais.

‘ Tun… sila angkat pen… lihat Mahathir masih boleh angkat pen… pen ini  untuk tanda tangan Najib dan Rosmah masuk  penjara…’ Petikan ucapan Mat Sabu.

Ingat. Ingat. Ingat. Mari kita bersama-sama melawan lupa.

Bukankah kita telah berkempen ke hulu ke hilir berjanji untuk menangkap Najib dan Rosmah. Bukankah dari Kangar hingga ke  Gelang Patah hingga  ke Tanjung Piai hingga  ke Gua Musang  hingga ke Kota Belud hingga  ke Kuching kita telah berjanji.

Kita berjanji akan menangkap pencuri, penyamun, perompak, perasuah dan penyalah guna kuasa.

Mana janji itu?  Azeez Tabung Haji. Isa Samad. Tengku Fraud Adnan.  Nazri bin Aziz. Muhamad Azalina. Siti Lembu Sahrizat.  Zahid Hamidi. Mat Hasan Pelari Duit.  Khairy  Jamaludin. Hishamuddin Hussein  Apa jadi? Mereka ini semuannya orang jahat.

Dunia mengetahui bahawa si Najib sendiri terlibat dalam  tiga  atau three dalam bahasa Inggeris atau trios dalam bahasa Peranchis - tiga kes pembunuhan. Ini bukan lebong dari Hishamuddin Rais. Ini laporan tv Australia. Khalas.

Saya difahamkan Habibul Rahman - kaki busuk - orang jahat dibelakang tabir sudah dibenarkan keluar negara. Apakah ini betul? Jika betul kita mahu tanya  Bro Muhyiddin - hei bro.. apa sudah jadi.. rusuk sapa telah patah…’

Hakikatnya - orang ramai  mahu semua orang-orang jahat ini  masuk penjara. Inilah janji yang dinanti-nanti oleh orang ramai. Janji ini wajib dituntaskan dengan segera.

Lim Guan Eng tidak perlu pergi ke  China untuk pinjam duit untuk menunaikan janji ini. Azmin Ali tak perlu pinjam duit Bank Dunia atau International Monetary  Fund untuk memenjarakan Najib dan Rosmah. Kita tidak perlu tunggu Jabatan Penjara Malaysia menjadikan quinoa pengganti nasi. 

Masukan orang-orang jahata ini ke dalam penjara sekarang. Sudah hampir satu tahun.  

Justeru wajib disedari bahawa orang ramai kecewa kenapa Njaib dan Rosmah  tidak memakai baju kuning - OKU - orang kena tuduh -  ketika ditahan. Kenapa Najib dan Rosmah tidak digari.

Malah saya dengar si Najib ini enggan masuk ke kandang orang salah  ketika dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta.. 

Woit… pukeeemak si Najib ini siapa? Kenapa  si Najib berani  berbuat demikian? Hadiahkan  Najib  satu penampar untuk  sedarkan dia   bahawa  United Malays National Organisation akan dipadamkan.

Opss.. hampir telupa kekalahan Pakatan Harapan di Semenyih  dari sudut sex. sex. Kesah kesah sex  ini dimunculkan  kembali   akibat  kemarahan Parti Islam Pas terhadap Anwar Ibrahim. Parti Islam marah kerana Anwar membocorkan maklumat bagaimana  Parti Islam ini menerima  duit 90 juta ringgit dari Najib.

Seorang gedebe pemuda Parti Islam ini telah membuat surah untuk membuktikan bahawa kekalahan Pakatan  di Semenyih ini adalah  akibat pengudi Parti Islam Pas benci kepada Anwar Ibrahim. Amin.  

Siakap senohong
Dalam belanga kena tumis
Buat janji bohong
Mulut ternganga gigi tersengeh 
TT



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


--------------------

5 ulasan:

  1. Aku perasan la, budaya bosku ni tak berapa elok lah. Dah la mcm tak tau malu. Majoriti yg terpengaruh ni bebudak je. Anak aku yg form 2 pun ikut juga. Kat basikal, kat HP, baju. Ari tu dia tampal kat moto. Aku panggil, aku suruh kopek, aku bakar depan dia. Jgn nak malukan abah aku cakap. Owner dia tak malu lantak. Aku malu nak usung kehulu kehilir. Aku tanye ape menatang bosku tak tau. Main ikut2 je. Ari tu melalak budak masa polis nak gari pasal no plate bosku. Aku tgk mcm.... Tak rasa ke yg benda tu bawa mcm budaya yg tak elok. Tak tau la. Tanya khairy jugak sempoi. Dia bukan bos aaya lagi.

    BalasPadam
  2. TUAN TT ingin saya cadangkan supaya TUAN TT gunakanlah smartphone kalau takada duit pohon pertolongan RAMLEE MUSA,dan tontonlah TV supaya dapat tonton TANYALAH USTAZ kerana mereka pakar dalam 'ugama islam'.Tentang tersengeh dan ternganga hal kekalahan PH DI SEMENYIH saya setuju dengan semua ulasan pakar2 penganalisa.dan saya sangat bersetuju dengan saudara tentang mengambil tindakan keatas orang2 jahat dalam KERAJAAN BN dahulu,INILAH yang mesti dilaku dengan segera .Kami akan sokong sepenuhnya. Jangan biarkan orang jahat banyak berkokok saperti ayam jantan.

    BalasPadam
  3. Panjang sgt tulis..lukis kn senang..ko kan tau org melayu malas membaca....malas da nk layan pasal najibon...malas da nk layan pasal hantu mah...sebab korg PHancing kaki kencing..ingat zaman atok lu ke..ada bukti kasi sumbat la senang..spin sana spin sini..memang lepas PHancing daping kene titik la bro....

    BalasPadam
  4. Mazalah palatan ni 1 je... Palat yg mcm beras tu harus dipicit kuar dari kulit kulup dan jgn sesekali picit... amik... dah tu hidu.. Napa...?.. . Dia punya sial kalo.. Mcm buat panile englargment tapi tak mampu bayar..... Kakakakakkakakaka

    BalasPadam
  5. Bro, percepat Najib dan Rosmah bukan penyelesaian. Malah rakyat semakin hari semakin kembali lunak kepada Najib dan sebabnya adalah kerana kegagalan PH memacu ekonomi. AES, PTPTN, harga minyak, SST, harga barang dan kos sara hidup semakin menghimpit kehidupan marhain. Rakyat tak heran soal Najib, asalkan cukup makan sptmana suara2 marhain zaman Mahathir era 80an: Mahathir nak ambil duit berjuta pon xpa, janji rakyat pon senang dan x mengeluh.

    BalasPadam