Sabtu, 9 Mac 2019

REZEKII DARI ALLAH






 REZEKI

HANG INGAT

INI PARTI ISLAM

PARTI JUJUR

SUCI 

HANG SILAP

ISLAM HANYA

TOPENG UNTUK

TIPU DAN PUTAR


Dari akaun ke akaun, SPRM jejak aliran RM90 juta




LEBIH ramai lagi pemimpin dan penyokong PAS akan dipanggil untuk membantu siasatan kes dana RM90 juta dari Umno, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sejak siasatan dibuka awal Februari lalu, bermula dengan senarai sembilan saksi, agensi anti rasuah itu setakat ini sudah menyoal siasat 12 individu, termasuk penyokong dan kakitangan pejabat parti Islam itu.

SPRM juga mengesahkan kes disiasat antaranya bagi kesalahan pengubahan wang haram, melibatkan aliran dana RM90 juta yang dikatakan ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan kepada The Malaysian Insight, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

SPRM sebelum ini mendedahkan siasatannya setakat ini mendapati wang berkenaan “dibersihkan” melalui pindahan dari akaun ke akaun melibatkan beberapa akaun, modus operandi sama dalam pengubahan wang haram.

Selepas mengesahkan aliran wang berkenaan tidak melibatkan akaun rasmi PAS dan Umno, SPRM meluaskan siasatannya ke atas penyumbang derma kepada parti Islam itu.

Selain transaksi perbankan, kemewahan luar biasa yang dimiliki semua pemimpin berkenaan turut mengaitkan mereka dengan kes ini, menurut sumber.


Oleh itu, jejak perbelanjaan pemimpin terbabit juga diteliti untuk mengesan aliran dana berkenaan, kata sumber yang dekat dengan siasatan kes.


HANG INGAT

TOK LEBAI

TAK RETI BANK

TAK FAHAM

APA AKAUN

TAK RETI STOK

JANGAN SILAP

DALAM  SERBAN

ADA  KUNCI

BUKAN KUNCI

BILIK BIDADARI

TAPI KUNCI

PETI BESI BANK

KAH KAH KAH



-------------------

1 ulasan:

  1. Demi sesungvuhnya manna dan salwa itu dari tuhan segala rezeki itu dari jalan tuhan pepatah ada nyata orang memberi ambek aje lebih baik diterima akad itu penting tuan tuan

    BalasPadam