GUA UDAH
BILANG
LU JANGAN
TERMAKAN
NEW MEDIA NI
MANYAK KARUT
Najib bayar RM800,000 untuk pengaruhi media online
CEK bernilai RM800,000 yang dikeluarkan pada awal 2015 dari akaun bank Najib Razak adalah untuk membiayai media online dan mempengaruhi mereka untuk memihak kepada bekas perdana menteri serta pentadbirannya, kata saksi.
Sesetengahnya dibayar untuk menjalankan organisasi berita bagi mempengaruhi pandangan orang ramai, menurut tiga saksi yang memberi keterangan pada perbicaraan SRC International hari ini.
Saksi mendakwa Jabatan Perdana Menteri melalui cek akaun Najib membayar RM150,000 setiap bulan kepada sebuah syarikat media yang menghantar laporan harian kepada kerajaan menerusi berita berbahasa Cina dan isu yang mempengaruhi komuniti Cina.
Bekas setiausaha politik Najib memberi keterangan bahawa beliau membantu ahli perniagaan berpengaruh, Lim Soon Peng untuk membayar pengendali sebuah kumpulan di laman sosial Facebook “Ah Jib Gor” yang ditugaskan mempengaruhi pengguna online berbangsa Cina dan mendapat sokongan daripada mereka.
Wong Nai Chee berkata, media atas talian Chinese Weekly juga menerima wang untuk tujuan sama. Kedua-duanya menerima RM238,914.
Onn Hafiz Ghazi, seorang ahli politik Umno Johor dan cucu Onn Jaafar turut mengakui menerima RM240,000 untuk membiayai laman web berita alternatif “The Malaysian Digest” yang mempromosikan dasar kerajaan Barisan Nasional.
Laman web itu ditutup pada Julai tahun lepas, dua bulan selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei. – 23 April, 2019.
SEKARANG
LU INGAT APA
LU DAH TAHU
NAJIB JADI
POPULAR RAMAI
PENYOKONG ANTU
WOIT
LI INGAT
BIK MAMA
CUN KAH?
KAH KAH KAH
Tu la dia sibukkan Red Bean Army yang tak wujud pun. Bayar berjuta kat Mr.Bean army rupanya.
BalasPadam