WOIT
GUA RISAU
DATUK SERI INI
MENTUA GUA
SPRM tahan Datuk Seri, Datuk bantu siasatan kes rasuah
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang wanita bergelar ‘Datuk Seri’ dan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan kes memberi suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian, yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.
Menurut sumber, wanita berumur 49 tahun itu yang merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pembekalan ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini, selepas hadir memberi keterangan.
Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan penasihat syarikat itu pula ditahan pada kira-kira pukul 11.30 pagi di kawasan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, kata sumber itu.
ALAH MAK
TAKDA NAMA
BERIBU ORANG
ANAK BINI
DATUK DAN
DATUK SERI
JADI GELABAH
KAH KAH KAH
----------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan