MAT SABU
WAJIB AWAS
HAPUSKAN
BUDAYA UMNO
JUAL BELI SENJATA
SARANG RASUAH
PARA GENERAL
DARI AJEN
PENCARI KONTREK
Bekas pemimpin Umno dapat kontrak Kementah walau kurang pengalaman
KEMENTERIAN Pertahanan (Kementah) ketika di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi kontrak kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan bekas pemimpin politik meskipun kurang dari segi pengalaman dan keupayaan kewangan untuk melaksanakan projek, menurut laporan audit khas berkenaan projek pertukaran tanah.
Pasukan audit khas diketuai oleh bekas ketua audit negara Ambrin Buang mendapati sebuah syarikat dikaitkan dengan bekas ketua Wanita Umno Selangor telah diberi kontrak membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Putrajaya pada 1993.
Dalam surat kepada Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 1994, pemaju berkata “cadangannya telah diterima (oleh kerajaan)” meskipun projek tersebut masih dalam peringkat cadangan, sebut laporan itu.
Dalam surat lain bertarikh 26 September 1994, pengarah syarikat berkenaan menulis: “EPU dan Pejabat Perdana Menteri akan membentangkan projek Puspahanas dalam mesyuarat Kabinet pada Oktober 1994”.
GENERAL BERSARA
DAN YANG
MASIH BERTUGAS
JADI
ORANG TENGAH
PARA CUKONG
JUAL BELI
SENJATA
--------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan