Jumaat, 10 Mei 2019

BUDAK BODOH KENA TIBAI




SEPERTI  CACING  KEPANASAN

SULTAN  - " GET  LOST "

Tamrin  Ghafar

Ahad - 05/05/19
( 1 -  31 )

1.  Jika sekiranya Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri tidak bertegas berhubung sekeping tanah di Bukit Chagar,  Johor, sudah pasti kos pembinaan  Sistem Aliran  Transit atau Rapid Transit System ( RTS ) akan meningkat lagi  sekurang - kurangnya sebanyak  RM500 juta.

2.   Tanah ini asalnya kepunyaan Negeri atau State Land tetapi telah diberi kepada Kerajaan Pusat dalam tahun 2012 dengan cara tukar ganti.

3.  Mengikut bebagai laporan media,  hanya 2 hari selepas  beberapa perbincangan  termasuk yang diadakan dengan Sultan Johor, tanah tersebut telah berpindah tangan dari Tanah Kerajaan Pusat menjadi kepunyaan Sultan.

4.  Katanya bagi mendapat sokongan Sultan secara terbuka menjelang pilihanraya umum yang baru lepas, tanah seluas 4.5 hektar itu yang telah dirancang bagi projek RTS diberi kepada Sultan secara PERCUMA oleh Najib.

5. Justeru mengatakan beliau TIDAK TAHU  MENAHU  pun tanah 'miliknya' itu akan di bina RTS adalah suatu pembohongan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

6.  Amat mustahil  semasa perbincangan di antara  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD  dengan Sultan, langsung tidak disentuh berkenaan tapak pembinaan, keluasan tanah dan sebagainya.

7.  Sebenarnya penglibatan  Sultan di dalam perlaksanaan projek RTS dan projek lain TIDAK  PERLU dan TIDAK  BOLEH kerana ia adalah   tanggungjawab Pentadbiran, apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang melarang Sultan mencampuri hal ehwal Pentadbiran.

8.  Itulah akibat  apabila Sultan tersebut tahu dimana tapak RTS akan dibina, maka dalam tempoh 2 hari sahaja selepas dipersetujui tanah tersebut dipindahmilik kepada Sultan TANPA PEDULI akibat perbuatan tersebut.

9.  Kini tak sampai pun 24 jam selepas Perdana Menteri membuat ugutan, tiba - tiba Sultan cuba menunjukan beliau  seorang pemurah (???) dengan rela hati memberi kawasan tersebut secara percuma kepada Kerajaan Pusat sedangkan umum tahu tanah yang bernilai RM500 juta itu telah diberi secara percuma  kepada beliau oleh Najib; ini satu lagi drama yang dilakukan.

10.  Mungkin ketegasan Tun Dr. Mahathir itu membuatkan  beliau dan anaknya 'Seperti Cacing Kepanasan'.

11.  Bagi kepentingan umum, khasnya  Bangsa Johor atau rakyat Johor, Kerajaan Negeri HARUS mengeluarkan senarai tanah, projek sama ada sah atau melanggar undang - undang seperti penjualan pasir secara berluasa kepada Singapura, bauksit dan penglibatan beliau secara terus atau proksi di dalam mana-mana perniagaan di negeri itu; ini termasuklah sebidang tanah yang luas di Bandar Maharani, Muar untuk pembangunan, tanah Kuarters TNB di Stulang Laut yang dibeli dengan setengah nilai pasaran (value) kemudian dijual kepada pemaju Singapura, tanah perladangan kira-kira- kira 50 ribu ekar.

JCorp Bhd dan anak-anak syarikatnya pula TERPAKSA membantu menampung kos bola JDT.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Kerajaan negeri juga perlu menyenaraikan tanah-tanah dan lain-lain termasuk jumlah kenderaan yang TIDAK BERBAYAR CUKAI import dan cukai jalan  yang TELAH DIPULANGKAN atau DIBERI secara percuma dan jumlah cukai kereta yang dibayar diumumkan.

12.  Baru - baru ini saya dikejutkan apabila membaca dan menonton video kenyataan yang dibuat oleh Sultan Johor pada bulan March 2017 ( sila lihat lampiran ).

13. " Get Lost "  yang membawa maksud " Sila Berambus " ;  ayat ini  biasanya  di gunakan oleh kaki rambu seperti Mat Rempit dan Mat Pit ( kaki dadah ) dan orang India di estet yang mabuk todi saja, BUKAN keluar dari mulut seorang Bangsawan yang bergelar Sultan.

14.  Lazimnya mereka yang telah diberi peluang duduk di dalam istana tambah pula dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam negeri, sepatutnya cukup berhemah dalam berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan.

15.  Bagaimana seorang Sultan nak mendidik anak dan ahli keluarganya dengan baik sedangkan dia sendiri tak ubah seperti  'Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus’?

16.  Mungkin akibat sifat tamak  dan benci terhadap Tun Dr. Mahathir, di tambah pula dengan berbagai jenis dedak  maka ayat  'Get Lost'  itu dengan mudah terpacul dari mulut seorang Sultan.

17.  Inilah akibat nya apabila Sultan dan bakal penggantinya TIDAK mempunyai kelayakan pelajaran yang baik, tidak seperti Raja Nazrin, Sultan Perak dan beberapa Sultan lain yang  menjadi kebangaan rakyatnya; mereka tahu peranan dan amat menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang Negara dan mempunyai akhlak dan sopan santun yang boleh dicontohi dan diteladani; sebaik-baik Sultan biarlah yang berilmu dan berakhlak mulia.

18.  Bapa Sultan Johor sekarang iaitu Sultan Mahmood Iskandar adalah PUNCA UTAMA mengapa Perlembagaan Negara TERPAKSA di pinda sebanyak 2 kali oleh Kerajaan UMNO / BN pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu; ia disokong sebulat suara oleh Ahli - Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan  Dewan Rakyat.

19.  Atas  perlindungan kekebalan ( immunity ) yang ada ketika itu Sultan Mahmood Iskandar telah menggila dengan menzalimi, mencedera malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati baginda.

20.  Mengikut rekod Parlimen, Sultan Mahmood dan anaknya terlibat dengan   sekurang-kurangnya 23 kes jenayah. Wallahhualam!

21.  Sebagai salah seorang anggota EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu saya masih ingat suara - suara berang yang mahu membakar beberapa Istana tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila Dr. Mahathir sendiri menasihatkan kami agar tidak meneruskan rancangan itu.

22. Johor adalah HAK RAKYAT BUKAN HAK SULTAN, apatah lagi Sultan yang ada hari ini adalah keturunan Temenggong Daeng Abdul Rahman yang berpakat dengan penjajah British mengenepikan Sultan yang sah yang telah melantik beliau sebagai Temenggong.

23. Temenggong Daeng Abdul Rahman pula telah mewasiatkan agar anak sulung beliau, Daeng Abdullah menggantikannya selepas beliau tiada tetapi semasa Temenggong Daeng Abdullah berada di Tanah Suci Mekah, adiknya Daeng Ibrahim berpakat dengan British merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Temenggong yang baru - justeru keturunan inilah menjadi Sultan sehingga kini.

24. Berikut adalah keturunan Sultan Johor:-

i. Temenggong Daeng Abdul Rahman.

ii. Temenggong Daeng Ibrahim.

iii. Temenggong Daeng Abu Bakar atau Sir Albert Backer.

iii a. Menggelarkan diri sebagai Maharaja Johor.

iii b. Dengan persetujuan Queen Victoria, England menukar gelaran sebagai Sultan Johor dan mengisytiharkan keturunan beliaulah yang akan TERUS menjadi Sultan Johor selagi ada bulan dan matahari.

iv. Sultan Ibrahim - yang tidak mahu Merdeka dan sebaliknya mahukan British terus menguasai negeri itu.

v. Sultan Ismail - menggantikan anaknya Mahmood dengan Abdul Rahman sebagai Tengku Mahkota Johor kerana mencedera, menzalimi dan membunuh rakyat sesuka hati.

vi. Sultan Mahmood - pernah menjadi Agong.

vii. Sultan Ibrahim - kini.

viii. Ismail, TMJ bakal Sultan.

Berlandaskan kepada beberapa fakta di atas, adakah Sultan kini BERHAK menghalau ( Get Lost ) kepada sesiapa yang dia tidak suka?

Jawapannya ada pada rakyat Johor sendiri.

25. Sultan Johor dan anaknya harus meminta maaf dan berterima kasih kepada Tun kerana tanpa beliau mungkin Istana Bukit Serene dan beberapa Istana lain di Johor hari ini sudah menjadi tapak sejarah sahaja.

26. Tun dan rakyat TIDAK  berkonfrantasi dengan Sultan yang lain dan keluarga mereka - justeru jauh sekali terlintas di hati untuk mengenepikan Sultan dan keluarga mereka.

27. Jika sekiranya Sultan - Sultan TIDAK mampu menasihatkan Sultan Johor dan anaknya yang terlalu celupar itu, demi kebaikan adalah lebih baik Raja-Raja yang lain  mengasingkan diri dari mereka berdua.

28. JIKA  TAK  MAHU  MEMBALAS  BUDI ,  SEKURANG - KURANGNYA  INGATLAH  KEPADA  ORANG  YANG  TELAH  MENYELAMATKAN  KITA DAN GENERASI  SETERUSNYA.

29. ‘Kerana Pulut Santan  Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’.

30. Akhir kata, JANGAN  BIARKAN  KERANA SETITIK DUA NILA, MAKA  ROSAK  SUSU  SEBELANGA.

31. Selamat Berpuasa.

Terima Kasih.



--------------------------

8 ulasan:

  1. kalaulah semua di istana johor tu ada rasa hormat diri,
    rasa malu pada diri sendiri, malu sebab selama beberapa keturunan dah
    hidup dengan menipu orang ramai. kenapa tidak mengaku saja yang kamu bukan keturunan sultan?
    dah berapa banyak kemudahan wang ringgit yang tak sepatutnya kamu terima/makan dah jadi darah daging?

    raja sultan sudah tidak releven. dunia tidak kiamat kalau tidak ada raja sultan.

    BalasPadam
  2. Apa lagi Mail? Jawab la....! Mana ko punya kuasa? Kan ko bijak pandai. Bukan takat ko aje, habis atok ngan keturunan ko kene londeh kerana kebijaksanaan dan lagak keheroan ko.. Mana pegi Bangsa Johor ciptaan ko masa ko kena londeh ni Mail? Ini ni jadinya kalo memandang rendah minda rakyat. Sila la jawab fakta atau auta dakwaan Tamrin tu. Kah kah kah

    BalasPadam
  3. ada arta tak ada arti. Ada ahta tak ada hatibudi

    BalasPadam
  4. kahkahkah PADU!! hanya satu perkataan shj utk gambarkan tulisan tamrin ni.

    hidup bermewah mewahan dengan peluh dan airmata rakyat. org mcm ni boleh GET LOST!
    biaya team bola jdt yg mahal tu pun hasil duit curi pasir.. lagi mau berlagak! kahkahkah

    tapi bab nak bakar istana tu mmg best. potong stim betul la madey masa tu. kahkahkah

    BalasPadam
  5. Crita incik Tamrin ini hanya yang ada telor je brani crita ..Tamrin ni setaraf hero keling dlm filem ..bila lawan misti naik bukit turun paya ..tong todi berterbangan ..nyaris dilenggek kretapi ..crita tamat dgn simbolik nak entot dgn heroin. Apa pun syabas pada Pendekar Tamrin kita ni ..aku sokong 100%. Lain kali bila nak membakar kita siapkan umpan api spt damar ..bukan tong disiel. Jom kita dalami Revolusi Sosial Sumatera 1946.

    BalasPadam
  6. Mael bukan ade teloq.Mael buntar muka pun hodoh

    BalasPadam
  7. apa bangsa lanun bangsa johor akan buat? apakah mereka mahu mjadi saperti laksamana bentan? sejarah teerbukti sultan johor ini budak suruhan british dan madey pernah bersabda yakni umno ditubuhkan diistana johor dan hussien onn pernah dibuang ke singapurapura sb melawan sultan..yg paling best tamrin kata johor tak mahu merdeka tapi mahu terus menerus mjd balaci british..kepala bana sultan pula kata johor sudah merdeka..kalo sudah merdeka mana perjanjian johor masuk tanah melayu membentuk projek malaysia?kalo sabah for sabahan, sarawak for sarawakian , johor for bangsa johor, elok juga selangor for selangorian or kuala lumpur for federal..johor dgn pahang ini spesis yg sama, dari melaka pergi pahang, singgah dijohor beli berangan..lanun johor..

    BalasPadam
  8. Inilah dia Tamrin yg kami cari cari selama ini....

    BalasPadam