Jawatan PM untuk sepenggal bukan sementara, kata Ku Li
“Tiada jawatan sementara buat Perdana Menteri dalam perlembagaan,” demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, tidak boleh mana-mana pihak memaksa Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan termasuk Yang di-Pertuan Agong.
“Dalam perlembagaan, tiada paksaan untuk berhenti melainkan Dr Mahathir letak jawatan. Tiada istilah jawatan sementara kerana ia dilantik untuk sepenuh penggal.
“Terpulang kepada beliau (Dr Mahathir) untuk berhenti atau teruskan kepimpinan. Namun, jika ada pakatan atau perjanjian, ia di luar perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Ulang Tahun Umno ke-73 di Dewan Bukit Cekati, Gua Musang pada Khamis seperti dipetik Sinaronline.
kahkahkah oit! agong pun tak cukup sepenggal tapi boleh letak jawatan. apasal jawatan pm tak boleh pulak? oit! kuli, yang jadi agong tak cukup penggal tu raja dari mana? saja la tanya, jgn buat2 lupa! kahkahkah

BalasPadam