Rabu, 15 Mei 2019

MERAKAM SEJARAH - SETAHUN KEMUDIAN




MERAKAM SEJARAH - SETAHUN KEMUDIAN
Saya  menggarap  tulisan ini pada  13 Mei 2019. Satu tahun dahulu pada hari yang sama  saya sedang tersenyum puas sambil menepok dada sendiri. Saya tersenyum puas dan berterima kaseh pada diri saya sendiri yang telah berjaya bersama anak semua bangsa menjatuhkan United Malays National Organisation.  Kepuasan hati saya mustahil untuk digambarkan. 

Dalam filem Trainspotting ada dailok  dari watak utama Mark Renton tentang nikmat dadah. Renton berkata ‘… kau ambil  nikmat pancutan berahi  kamu yang terbaik .. kalikan dengan seribu kali …nikmat dadah masih mengatasi…’ 

Aduh! Untuk saya nikmat  kemenangan 9 Mei 2018 mengatasi semua pancutan berahi dan semua sedutan dadah. Nikmat kepuasan   ini adalah kejayaan anak semua bangsa dan bangsa semua agama mengagalkan Najib dari  memusnah dan menggadaikan negara ini. Gumbira puas ini tidak ada tolok bandingnya. Ianya adalah kepuasan yang akan dibawa ke akhir zaman. Amin.

Apabila gerombolan United Malays National Organisation  bungkam maka saya mewajibkan diri untuk terus  tersenyum puas. Senyuman dan kegumbiraan ini adalah senyuman berisi dan  berasas. 

Saya bukan sahaja mahu melihat  apa yang saya lakukan  menang  dan berjaya. Saya juga mahu melihat musuh  yang saya lawan  kalah jatuh tersembab dan lumpuh. Saperti adat istiadat Raja Melaka di zaman dahulu – semua  anak menantu dan cucu cicit  musuh akan dimusnahkan. Rumah akan diruntuhkan dan tapak rumah akan dihumbankan ke laut. Ini untuk memastikan musuh tidak mungkin muncul kembali.

Malah Amerika juga telah mengimpot tradisi budaya Raja Melaka.  Musuh utama Amerika  pada kurun inilah ialah  Al-Qeada. Pemimpin agong Al-Qeada ialah Ustad Usama Ben Laden  yang telah berjaya dibunuh mati oleh soldadu Amerika pada 2 Mei 2011 di Abbottabad Pakistan.  Dengan penuh rahsia mayat Usama tidak ditanamkan tetapi  telah  dihumbankan ke  dalam laut.

Justeru, senyuman saya  ini berasas. Senyuman saya dipanjangkan hingga ke akhir zaman  apabila jaringan risikan tidak resmi saya melaporkan bagaimana satu kumpulan pemuda  gerombolan ketuanan Melayu telah  berkumpul menangis , meraung dan bersedih kerana hilang kuasa pada 9 Mei 2018. 

Saya difahamkan pada  9 Mei 2018  gerombolan pemuda  ini telah menyewa sebuah  kondo untuk menanti keputusan PRU14. Akhirnya mereka tidak pulang ke rumah berhari hari. Kesedihan dan tangisan mereka telah ditemani oleh  penasehat mereka bernama Mister Jack Daniel dari Amerika. Jack Daniel ini telah menjadi penasehat baru mengantikan Paul Stadlen dari United Kingdom.

Kita semua tahu Mister Paul Stadlen penasehat setia Najib telah cabut lari pada  subuh 10 Mei 2018.  Ajensi berita Reuter yang lebih awal telah membuat temujanji dengan Paul. Ajensi berita ini mahu mendengar komen si Paul tentang Najib dan PRU14. Tetapi Reuter telah gagal menemui sosok ini. Paul Stadlen adalah penaseht setia Najib dari syarikat Zionis APCO. Hari ini Paul Stadlen masih dicari oleh pihak  PDRM.

Saya juga difahamkan seorang teman golf Najib telah juga cabut lari. Si Polan yang bertaraf Tan Sri  lari apabila United Malays National Organisation diumumkan  kalah.  Nasib baik Mamat ini ada anak di Australia. Maka disebarkan  berita dikalangan tetangga yang  Si Mamat ini bukan hilang  cabut lari kerana Najb kalah tetapi hilang melawat anak diluar negara.

Saya juga mendapat berita bagaimana anak gadis kepada bekas saorang Menteri Besar ( yang saya enggan sebutkan dari negeri mana) telah diberhentikan kerja betul-betul pada  pagi 11 Mei 2018 oleh Syarikat Cukong. Anak Menteri Besar ini diambil bekerja dalam syarikat Cukong  bukan kerana ada kebolehan atau kelulusan tetapi sebagai alat yang sering digunakan oleh Cukong untuk mendapat kontrek.

Saya juga mendapat surah saheh  tentang seorang bekas Menteri yang  enggan pulang ke Kawasan. Bekas Menteri ini  masih lagi menjadi Ketua Bahagian. Dia amat takut pulang ke Kawasan.Takut  kalau kalau ada cadangan dari ahli parti  untuk membuat program di Bahagian. Semasa menjadi Menteri dana boleh didatangi dari pelbagai sumber  termasuk dari GLC.  Kali ini  ‘lubang masyook’  Menteri  telah terkambus. Para cukong pun telah melarikan diri.

Jika tidak yakin tentang surah surah ini sila fikirkan kenapa agaknya Khairy Jamaluddin bekas pemimpin Pemuda United Malays National Organisation tetiba memasang janggut dan jambang.  Janggut dan jambang ini adalah tanda kekecewaan yang amat sangat. Janggut dan jambang dipasang dalam usaha untuk mewujudkan imej baru. Atau  mungkin janggut dan jambang ini tumbuh hasil dari menerima dan meminum cadangan penasehat baru – Mister Jack Daniel.

Semua ini adalah surah yang sempat saya dengar dan saya pungut dari sana sini.  Apa yang saheh ialah bagaimana   satu dunia telah tahu  bagaimana Peter Sondakh – Mat Indon -  kawan niaga Najib telah menghantar jet pribadinya  ke lapangan terbang Subang pada 11 Mei 2018. Jet dihantar dari Jakarta dalam usaha untuk melarikan Najib dan Rosmah dari Malaysia. 

Projek ‘ selamatkan Najib’  ini telah digagalkan apabila semua pintu masuk ke lapangan terbang Subang telah dikawal rapi oleh kumpulan anak-anak muda penyokong Pakatan Harapan. Amin.

Bayangkan Datuk , Datuk Seri atau Tan Seri yang berbini lebih dari satu atau ada awek atau jambu simpanan tetiba putus saluran dana. Saya mendengar surah saheh  dari teman golf Tun Musa Hitam tentang kesah isteri  ketiga dari seorang YB. Sang suami telah hilang kerusi YB di Johor. Sang isteri yang buta politik telah meroyan.

‘ Dulu tiap bulan ada 20 ribu atas meja …. Sekarang muka pun jarang Nampak…’ Kah kah kah. 

Saya wajib sedar bahawa saya tidak tahu tentang pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan, dalam  tentera, dalam PDRM  yang tetiba perniagaan dan saluran ‘masyook’ mereka terkambus. Kita juga tidak tahu bagaimana peniaga dan para cukong  yang selama ini menjadi saluran dana  United Malays National Organisation  merasa takut dan cuak.

Jangan lupa babak Mamat bernama Lim Kok Weng yang gelabah takut telah datang   menyembah Mahathir tanpa dijemput. Ini bukan cerita penglipur lara dari  Hishamuddin Rais. Ini dari petikan tulisan Marina Mahathir anak Mahathir sendiri.  Tulisan si Marina ini menyebabkan cukong Lim Kok Weng  memadamkan status  dirinya dari FB dan Twitter. Maka dunia kehilangan nikmat  untuk melihat wajah dan feshen  rambut Lim Kok Weng yang tersohor itu. Kah kah kah.

Saya akan jadi  ‘pembongngak’ jika saya katakan bahawa saya tidak gumbira melihat Najib dan Rosmah ditangkap. Saya amat yakin 29 juta 999,999 anak semua bangsa  warga Malaysia gumbira tersenyum melihat  dua pencuri ( isilah Mahathir) di tangkap. Hanya Lokman Adam seorang sahaja yang merasa  kecewa melihat Najib ke mahkamah. 

Dalam kegumbiran ini saya juga  terperanjat apabila terbaca  hampir 1 bilion ringgit duit dan barangan yang  telah  di rampas dari rumah Najib dan Rosmah. 

Jika Pakatan tidak menang pada 9 Mei 2018 – sampai  kiamat pun  rakyat Malaysia tidak dapat tahu berapa jumlah nilai harta  curi yang telah dikumpulkan  oleh Najib  dan Rosmah. Malah anak semua bangsa juga tidak akan mengetahui bahawa Najib dan Rosmah juga memiliki 7 buah kondo di Pavillion.

Tetiba ketika rampasan di Pavillion ini  dilakukan oleh PDRM muncul satu babak komidi selingan. Towkay Pavillion  saorang cukong  bernama Tan Sri Desmond  Lim Siew Choong diberitakan telah  cabut lari. Cukong ini mungkin takut kerana akan terbongkar  kesah kesah gelap Sang Cukong merasuah pemimpin Melayu Islam dari parti United Malays National Organisation.  Hidup Melayu!

Kenapa cukong ini  lari jika dia tidak  pernah membuat kerja jahat. Kalau tak salah tak perlu lari. Justeru saya rumuskan bahawa peranan Tan Sri Desmond Lim ini samalah saperti peranan yang dimainkan oleh  Budak Tembam bernama  Jho Low.  Dua-dua telah memperkudakan pemimpin Melayu Islam bernama Najib.

Pelik tetapi benar. Pada hari rampasan harta Najib dan Rosmah dibuat - Utusan Melayu – akhbar milik United Malays National Organisation -  tidak pula membuat tajuk berita muka depan akhbar – Apa Lagi Cina Mau?

Komidi selingan ini bertambah lawak apabila saya ternampak gambar polis Bengali  berjanggut  dan berserban mengepalai rampasan harta curi ini. Bengali ini bernama Amar Sigh. Beliau  ini adalah Pengarah CCID Bukit Aman. Jelas kepada saya ini jenis  Abang  Bengali baik. Maka terbuktilah – masih ada warga yang baik dan jujur.  Ini juga  buktinya : Oh Malaysia-ku – negara berbilang bangsa. 

Jangan terperanjat apabila Abang Bengali mengumumkan kepada media apa yang telah berjaya dirampas. Laporan pertama menunjukkan sajumlah 680 juta ringgit nilai barangan telah dirampas . Ini termasuk ratusan beg tangan mewah, jam tangan dan berkilo-kilo intan berlian.

Laporan kedua dari Abang Bengali mengesahkan bagimana Najib dan Rosmah memiliki 29 akaoun bank. Juga telah dirampas 27 biji kereta mewah. 

Pada bulan Jun 2018 – Bengali baik Amar Singh telah membuat kenyataan bahawa semua jumlah harta dan wang tunai yang dirampas dari Najib dan Rosmah  berjumlah antara 900juta ke 1.1 bilion ringgit. Wow! Ini betul betul perserikatan lanun Bugis dengan lanun Minang. Maka kita  tidak hairan jika  nilai ringgit dan ekonomi jadi kucar kacir.  

Hakikatnya - setahun sesudah 9 Mei -  anak semua bangsa  - bangsa semua agama - sedang merayakan Malaysia Baru. Ini negara baru kita. Ini kerjaaan baru kita.

Tetapi dalam senyuman ini saya juga ada kesedihan. Ada juga kegusaran. Ada juga yang saya rasa akan membuatkan hati saya tidak tersenyum. Apa pekara-pekara itu. Tunggu minggu hadapan. (TT)



Tulisan ini juga disiarkan
dalam SUARA KEADILAN.
Sesiapa yang ini melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
013-361-93-54




--------------------

6 ulasan:

  1. Tulisan ini umpama mercun katak pep pep pep onk to be continue pep pep pep onk lagi to be continue belongs to panglimo potiseh melorui justeru

    BalasPadam
  2. 2minggu sebelum bulan puasa, fomca ada mengeluarkan laporan diberita hairan mengenai keuntungan 113persen tokey2 yg mengaut keuntungan ketika bulan ramadan..laporan menyebut menteri tahu mengenai siapa dan apa kartel2 tersebut..dan kita ada menteri Ph dari parti keadilan yg menyokong rakyat miskin luar kota..agaknya,kartel2 ini masih kuat dan utuh sperti dahulu kala? atau mentri keadilan juga lembik tiada pengalaman? jd apakah bakal perdana meteri juga tidak dpt membantu menteri2 ph yg tiada pengalaman..berkempen di rantau tp kalah,azmin berkempen di sabah,menang prk..

    BalasPadam
  3. Amar Singh bukan benggali tapi punjabi.
    Benggali = bangla

    BalasPadam
  4. Kuat kencing ...kereta mewah wak lu...kan Van je pn...lu style dulu zaman RTM tv 1 tv 2...ni zaman da berubah TT org nk fakta jelas bukan kencing keatas jatuh ke kepala...agenda nasional gagalis peliwat kasi angkat mahafiraun lu support telo

    BalasPadam
  5. apa sangat la pancutan nikmat kau tu tt? kau mengundi pun tidak.. lebong jer lebih.

    BalasPadam
  6. aku tahu kau risau bila rosmah masuk sel kau rindu dia. lagi satu kau risau sbb kau nk sokong anwar atau tidak. kau pun tahu politik dunia ketiga malaysia ni penuh dgn tipu daya.....eh sebijik cam drama lah pulak tulisan kau ni....ada iklan hehehehe

    BalasPadam