Selasa, 28 Mei 2019

TELAH JUMPA BUKTI




POLIS TELAH 
JUMPA BUKTI


Polis teliti semua termasuk tuduhan CEO cabul anak, kata KPN

SEMUA laporan yang dibuat isteri dan anak seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi termasuk tuduhan mencabul akan diteliti semula, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

“Kami akan meneliti semua 17 kes ke atas lelaki itu termasuk beberapa laporan yang dibuat atas dakwaan cabul ke atas anaknya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya, hanya separuh daripada kesemua laporan yang dikemukakan sejak 2013 itu tidak dikenakan tindakan lajut namun akan disiasat semula jika terdapat bukti baharu.

“Tindakan NFA (tiada tindalan lanjut) diputuskan bagi kes yang tiada bukti dan keterangan mencukupi.


“Namun selepas teliti semula dan menemui bukti baru, siasatan akan dijalankan semula,” kata Hamid.

Jelasnya, timbalan pendakwa raya pada kebiasaannya tidak akan mengambil tindakan lanjut sekiranya tiada bukti kukuh dan menggagalkan sabitan.

Namun, sekiranya ada bukti baru di kemudian hari yang meyakinkan, timbalan pendakwa raya akan mempertimbangkannya semula.

“Tiada had masa untuk siasatan, meskipun NFA kes masih boleh diteruskan,” katanya yang menambah siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan masih dijalankan.

Lelaki berkenaan yang juga seorang pemuzik ditahan pada 16 Mei lalu, kerana didakwa menceroboh rumah bekas isterinya dan mengeluarkan ancaman bunuh.

Dalam kejadian itu, bapa kepada tiga anak itu juga didakwa memecahkan pintu hadapan rumah bekas isterinya sebelum berlaku pertelingkahan dan kekecohan.

The Star pada minggu lalu melaporkan bekas CEO syarikat telekomunikasi itu ditahan selepas didakwa mencabul anak gadisnya sendiri.

Lelaki tersebut dan bekas isterinya dilaporkan mendapat hak penjagaan bersama ke atas dua anak perempuan dan seorang anak lelaki mereka. – 28 Mei, 2019.


NAK MINTA

BANTUAN KJ KE?

DAH  TERLAMBAT

KJ DAH LARI

TAKUT MADEY

KAH KAH KAH
---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan