Rabu, 19 Jun 2019

CUI BONO ?









CUI BONO?


Cui bono? Ini ayat dari bahasa Latin. Dalam Bahasa Melayu ayat ini  bermakna – siapa untung? Dalam lorat  Negeri Sembilan ayat ini bermakna   – ni rozoki sapo? 

Saya mengenalkan ayat Latin ini kerana ianya membawa pengertian yang tepat untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku dihadapan  mata kita sekarang. Maksud saya dipersada politik tanah air.

Tulisan ini membawa pencerahan kepada babak-babak politik terkini. Untuk memahami pencerahan yang saya garap ini saya meminta pembaca melupakan klip video Haziq. Pada hemat saya klip ini  akan dinobatkan  dalam sejarah porno YouTube sebagai klip yang paling tidak erotic.  Tidak mengancam syawat. Klip bertogel yang  potong stim terlampau.  Klip  ranjang dimana para protoganis dilihat amat kayu dan kaku.  Penggambaran babak  ais krim  yang membawa kita ketawa terbahak-bahak.

Kepada yang belum menonton klip Haziq sila tepok bahu  dan tahniah diri sendiri. Tak perlu cari-cari dan tertanya-tanya dimana boleh dapat nonton klip ini.  Anggaplah diri tuan puan terselamat dari terjerumus ke dalam kacah kebodohan. Amin.

Kepada yang telah menonton sila hentikan bertanya - kenapa klip video ini kabur dan tak jelas. Kenapa suntingan dilihat tunggang bin langgang.

Jangan tertanya-tanya dan berteori apabila melihat sosok yang dikatakan Haziq terus menjengokkan mukanya ke hadapan kamera ketika sedang tunduk menghisap ais krim.  

Yakinlah sosok  ini sedang berusaha untuk berlakon mengikut arahan. Dalam masa yang sama saya amat yakin si Haziq ini tidak pernah mengikuti kuliah lakonan ASWARA atau Akedemi Seni Kebangsaan. Jauh sekali terbaca atau membaca teknik lakonan ‘ method acting’ dari Lee Strasbergs atau Elia Kazan.

Sabenarnya kita tidak perlu ke Universiti Yale atau  Cambridge  untuk memahami politik. Tak perlu ada Phd dalam bidang politik untuk menjadi arif dalam politik. 

Politik Malaysia mudah difahami dengan keupayan fikrah kita yang hanya  lulusan  Sekolah Jenis Kebangsaan. Caranya cukup senang. Kita kumpulkan berita satu persatu. Kita atur berita ini saperti peta. Kemudian kita baca dan lihat bagaimana semua berita -berita ini ikat berikat kait mengait  dalam satu naratif yang besar. Walau pun berita ini terpisah-pisah. Satu muncul di New York, satu di Batang  Berjuntai  atau satu di Menggatal. Bila berita ini  disusun dan diatur maka akan muncul – cerita besar atau meta narrative.

Wajib saya nyatakan untuk kali ke seribu dalam tulisan saya ini  bahawa dalam politik tidak ada sesuatu berlaku tanpa dirancang. Dalam politik semua di susun diatur untuk mencapai satu-satu tujuan. Semua babak-babak politik memiliki sosok dibelakangnya yang merancang  dan mentuntas projek.  

Sama ada tujuan yang dirancangan itu terhasil atau tidak bukan persoalan. Yang penting ianya dirancang.

Garis bawah politik ialah kuasa. Garis bawah  kuasa ialah  mengawal dan memiliki harta kekayaan. Politk kiri  atau kanan – politik Islam, kapir atau secular -  semuanya sama.  Politik , kuasa dan wang ringgit tidak memiliki agama.  Agama, bahasa, bangsa dan tuhan  adalah konsep-konsep yang digunakan untuk mengolah persetujuan untuk mendapat undi dan kuasa.  Mustahil masih ada yang tidak faham apa yang saya tulis. Khalas.

Cui bono? Sapo punyo rozoki? Siapa untung?

Ayat cui bono pertama kali dikenalkan kepada dunia oleh Marcus Tilus Cicero ( 104 – 43 – Sebelum Isa ). Cicero adalah negarawan Rom,  ahli falsafah, peguam dan orator  yang tersohor. Pernah menjawat jawatan Konsul untuk  Republik Rom pada tahun 63 Sebelum Isa. 

Teknik cui bono ini digunakan oleh FBI, CIA , KGB, SB dan semua lembaga intel dan dunia ini. FBI  menggunakan cui bono ketika  melawan mafia dan dadah  di New York. Cui bono  -  sapa untung -  diubah suai dengan -  ikut  aliran wang.  Dimana  dolar dan dinar ini berhenti, maka disitulah  puncanya. Khalas.

Dari analisa saya heboh Haziq bermula  pada malam 9/5/2018. Dengan jelas dan tuntas telah saya tulis dalam siri Merakam Sejarah tentang wujudnya projek  sailing Mahathir. 

13 Ogos 2018 – Utusan Malaysia melaporkan ucapan ahli parlimen Kapar – Abdullah Sani  yang menuduh Daim Zainuddin dalang yang cuba menyekat Anwar menjadi Perdana Menteri.

28 September 2018 – dalam akhbar the New York Post muncul tulisan L.Todd Wood.

‘…. Mahathir Mohamad never intends for Anwar Ibrahim to be prime minister in his own right. The recordings confirmed the government is already backtracking on the deal by claiming that the two-year term was never put in writing and Mahathir Mohamad may stay on longer and nominate Azmin Ali instead……’

‘…..The recordings from the informant have also provided evidence of a sex tape showing Anwar Ibrahim having gay sex with a teenager. …

Tulisan  Todd Wood ini muncul pada minggu yang sama dimana Mahathir Muhamad telah hadir di New York untuk  memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN). 

Pelik tetapi benar Anwar Ibrahim tidak menyaman wartawan The New York Post ini. Amin.

6 Oktober 2018 – ketika Pilihanraya Kecil Port Dickson  portal Astro Awani telah menulis tajuk  berita : Dakwaan liwat pelajar Indonesia Anwar setuju beri kerjasama kepada polis.

Berita Anwar meliwat pelajar Indonesia muncul  hasil dari berita yang dibuat oleh Lokman Adam ahli Majlis Tertingi United Malays National Organisation. Pelik tetapi benar Anwar tidak juga  menyaman Lokman Adam.

Pembaca   wajib diberitahu semenjak kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan wartawan terus  menanya Mahathir tentang siapa penggantinya. Hampir dua minggu sekali soalan – siap ganti Mahathir -  diulang-ulang. 

Dua tahun. Dua tahun. Dua tahun  - terus menjadi satu mantra Anwar dan kuncu-kuncunya.

8 Mei 2019  Berita Harian melapor cakap anwar bahawa dia telah berbincang dengan Mahathir dalam hal peralihan kuasa. Lagi cerita dua tahun.

29 Mei 2019 – Tup. Tup. Tetiba di Tokyo Mahathir berkata peralihan tidak ada masa yang ditetapkan. Jeng jeng jeng.

4 Jun 2019 – Pada  Hari Bantai – petang raya – Pejabat Perdana Menteri umum Latheefah Koya  sebagai Ketua Surhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

5 Jun 2019 – Anwar Ibrahim kelihatan gelabah. Anwar menyusun   rancangan untuk mengagalkan lantikan  ketua SPRM baru.

6 – 7 Jun 2019 -  YB Nik Nazmi, YB William Leong dan YB Tan Yee Kew -  mula bergerak mengumpul tanda tangan  orang ramai untuk menolak perlantikan Latheefah Koya. Heboh heboh hanya Guru Nanak sahaja yang tahu kehebohan raya tahun 2019.

10 Jun 2019 – Anwar tetiba  berubah. Kini menyokong perlantikan Latheefah Koya.  Jeng jeng jeng. Apa berlaku? Kenapa Anwar berubah fikiran.

Umum tidak tahu. Rupa rupanya ada berita  dibelakang  berita.  Ada babak lebih  gempaq dari berita Latheefah Koya. Berita gempaq ini telah berjaya ditutup selama  hampir dua minggu. Berita dua orang anak muda  yang rapat dengan  Datuk Seri Anwar  Ibrahim telah bergelut bergaduh dan nak bunuh membunuh.  Bila? Bila? Bila?

Pergaduhan berlaku pada  16 Mei 2019 

7 Jun 2019 - berita bocor satelah berjaya ditutup dari diketahui umum. Berita ini dibocorkan oleh  Malaysian Gazette. Yang kena belasah bernama Yusoff Rawther. Yang dituduh membelasah ialah  Farhash Wafa Salvador.

Jeng jeng jeng. Kenapa bergaduh? Merebut apa? Berebut  duit Yayasan Aman ke?  Duit Yayasan hilang  atau kunci pejabat hilang? Atau berebut  duit raya  dari Towkay judi?  Hingga ke hari ini  hanya Guru Nanak yang mengetahui. 

Polis Petaling Jaya sedang menyiasat.  Datuk Noor Azam Jamaludin dan Ketua Siasata Jenayah Selangor Komisioner Fadzil Ahmad telah menemu bual mangsa pada  17 Mei 2019.


Laporan awal mengatakan rakaman CCTV di pejabat di alamat Lorong Tanjong 5/4 Jalan Gasing Petaling Jaya telah dipadam. Jeng jeng jeng.

11  Jun 2019 – GEMPAR.   Tetiba jam satu pagi  klip video Haziq tersebar – merebak.    Wartawaan dan pemimpin PKR dari  ranting ke cabang  ke pimpinan pusat  menerima klip video ini. Malah dilaporkan Lokman Adam juga mendapat klip yang sama. Heboh heboh heboh.

12 Jun 2019 – biro politik PKR buat sidang tergempar. Azmin tidak hadir. Tapi pelik lagi hairan Haziq tidak pula diberi surat amaran atau dipanggil untuk menerang duduk pekara. Jeng jeng jeng.

13 Jun 2019 – Haziq  membuat satu rakaman video dimana dia mengaku bahawa salah seoarang dari dua lelaki berbogel diranjang adalah dirinya.  Tup tup dalam klip pengakuan ini si Haziq dengan tak semena-mena meminta SPRM menyiasat Azmin Ali.  Juga Haziq yang dilihat mengulum  ais krim Azmin bependaapat si Azmin ini tidak layak untuk menjadi pemimpin negara.

Apakah ini kerana ais krim Azmin dirasa pahit oleh Haziq.  Rasa ais  krim pahit ini meyakinkan Haziq bahawa Azmin tidak boleh menjadi pemimpin. Pelik lagi melik apa  hubungan  babak isap ais krim dengan SPRM?  Kah kah kah.

Soalan dan pertanyaan ini hanya  Guru Nanak yang tahu jawapan.  Opps… silap selain dari Guru Nanak  si Pengarah  dan Penulis skrip video ini juga tahu mengapa  SPRM wajib menyiasat kes isap ais krim. Kah kah kah.

14 Jun  2019 – Polis mencari Haziq di rumah keluarganya  di Sarawak.  Ayah Haziq buat laporan rumah dipecah polis.

Jeng jeng jeng. Kemana  Farhash menghilang opps… silap … kemana Haziq menghilang. Klip video Haziq telah  menular tapi belum sampai ke pengetahuan Penerbit Hollywood. Media dan polis sedang  memburu watak utama pelakon sado bernama Haziq.   Wajah Haziq  susah nak menyamar.

14 Jun 2019 -  Melintasi jam 5 petang Haziq  ditahan di lapangan terbang Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Manila. Manila? Ada apa di Manila? Apa sangkut paut dengan Duterte?
15 Jun 2019 – Haziq bebas. 

17 Jun 2019 – Media di Sarawak melaporkan Datuk Seri Anwar marah dan enggan menjawab dimana hilangnya Farhash. Akhbar The Star menimbulkan  nama Farhash.

18 Jun 2019 – Tup Tup – Si Farhash Salvador muncul. Bukan di Bukit Gasing tapi didalam alam siber melalui FB  dan Watapps. Pukrak mukrak.

Cui bono? Siapa untung? Ni rozoki sapo?

Semua ini bukan kesah penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Semua ini fakta yang dipungut oleh Hishamuddin Rais  dari laporan media. Para pembaca sila nilai sendiri dan buat rumusan sendiri. Sama saperti warga Rom 2 ribu tahun dahulu para pembaca  di Malaysia juga pada tahun 2019 memiliki fikrah yang berupaya memberi jawapan.  

Pasti ada pembaca bertanya video dari Indonesia  itu bila nak tayang? Tunggu minggu hadapan. (TT)



---------

2 ulasan:

  1. ASWAJAT lah untung. Untunglah tak payah keje susah susah.

    Keje sembah Tuhan Melayu Parit Jawa

    BalasPadam
  2. Sbb warak,tulus ikhlas lah kucing kucing ni mula menyalak pak sheikh.warak tulus ikhlas ni bahasa sindiran pada lurus bendul tak kenal kawan atau lawan.peluru bontot ni masih ampuh nak sekat kamu pak sheikh.sama saja bendul kamu dgn mat monggol.tak terer Mana pun.resdung pun Tak reti nak berubat.

    BalasPadam