DARI ARKIB TUKAR TIUB
13 OKTOBER 2017
KESAH PU
BUKAN KESAH
PAU YA KAF YA
Kesah Hari Jumaat minggu ini adalah penghuraian beberapa maksud atau konteks penggunaan "PAU". Perkataan PAU adalah dari loghat Cantonese.Berikut adalah beberapa maksud:
A. PAU Yang Membawa Maksud Roti
Ini yang paling kerap digunakan oleh orang Melayu.Chontohnya budak budak Kolej di Kuala Kangsar akan bergegas ke kedai Cina Yut Loy untok makan Roti Pau dan juga churi churi hisap rokok
B. PAU Yang Membawa Maksud Borong Habis...Sailang
PAU in kadang kadang saja. Selalunya dalam keadaan optimistik mahu pun kegembiraan.. Chontohnya Mamat telah bermimpi malam Jumaat melihat sekor gajah bertarong dengan tiga ekor ular berkepala tujoh.Maka dia bertakwil satu ekor gajah berkepala satu dengan tiga ekor ular berkepala tujoh....1 dan 7 7 7
Maka pergi lah Mamat ke.. Kedai Ekor.Di suroh Nyonya ambik 1777 PAU yang membawa maksud borong 1777 7177 7717 dan 7771.
Mamat yang beli 50 Big dan 50 Small Pau telah menang RM300,000.Keesokannya dia ke Karoake dengan rakan2nya dan dia memberi tahu Mama San.....Saya mau PAU semua GRO ini malam!!!
C . PAU Yang Membawa Maksud Dah Kena
PAU jenis ini lebeh kerap di gunakan oleh Kaum Cina.Chontohya Ah Chong adalah ketua Kongsi Gelap.Pada suatu hari Polis telah pasang perangkap dengan menggunakan mata mata gelap perempuan...Ah Chong dah PAU kata kunchu2nya apabila mendapat berita dia ditempatkan di Simpang Renggam.
D. PAU Membawa Maksud Bungkus Takeaway
PAU yang membawa maksud Bungkus Makanan.. Ta Pau lah yang selalu dipakaii di negara ini.
Tapi ingat awal 2 lagi saya kata PAU loghat Cantonese. Jadi di Hong Kong kalau di sebut seseorang itu Ta PAU...ia membawa erti dah jalan. Mendiang. Mati dah....BUNGKUS.
Sekian choretan PAU
Esok kita Ber Arak ke rapat umum Tangkap Penchuri dan sama kita Pau dan Ta Pau Sapa 2 yang patut.
PAU lah kamu sebelum kamu di PAUkan
KAH KAH KAH
PAU LAU KAW KAW
-------
TT, perkataan PAU ada dalam buku suci ke? Makcik PAS tak suka loghat China. Tanya saja, jangan marah ya.
BalasPadam