Jumaat, 28 Jun 2019

PESAN TAMRIN







PESAN TAMRIN 

28/06/19
( 1 -  27 )

1.  Walaupun 'Duit Itu  Raja’ atau 'Cash Is King' namun segala-galanya ditentulan oleh Dia Yang Maha Adil  dan Berkuasa.

2.  Najib dan penjilat - penjilatnya sebelum ini begitu yakin tiada siapa yang boleh mengalahkan mereka.
3. Ketika berkuasa mereka buta sejarah yang Allah telah dedahkan dalam Al-Quran bagaimana hebatnya  Firaun, Namrud dan sebagainya, dan sekaya-kayanya Qarun pun akhirnya tersungkur juga.

4.  Dengan bantuan ALLAH  SWT dan  atas rayuan rakyat yang menyokong, termasuk pemimpin - pemimpin pembangkang ketika itu, Tun pada usia 93 tahun akhirnya bersetuju  mengepalai sebuah kapal yang akan  menempuh badai di lautan yang  bergelora.

5.  Segala - galanya terjawab apabila pada Rabu 9hb Mei 2018  majoriti rakyat telah mengambil keputusan bersejarah.

6.  UMNO  yang satu ketika dahulu didokong oleh 12 parti yang lain, kini balik ke asal semula; ia tak ubah seperti parti PERIKATAN di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, iatu hanya dianggotai UMNO, MCA  dan MIC.

7.  Akan tercatit dalam sejarah, Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO  dan Pengerusi Barisan Nasional ( BN )bertanggungjawab  terhadap kekalahan parti tersebut.

8.  Jika dahulu Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke 2 dan Presiden UMNO dan Pengerusi PERIKATAN  bersusah payah menubuhkan BN, kini atas sebab tamak dan hawa nafsu, anaknya telah menghancurkan segala harapan murni ayahnya itu.

9.  Buat pertama kali seorang Perdana Menteri negara ini, isteri  dan Timbalannya diheret ke Mahkamah atas tuduhan rasuah dan berbagai kesalahan yang lain.

10.   Berkemungkinan besar Najib, Rosmah, Zahid Hamidi dan ramai lagi akan disumbatkan ke dalam penjara.

11.  Segala kerinduan pungguk yang merindu bulan kini mulai terjawab.

12.  Dari segi kemajuan ekonomi negara dan rakyat, pelaksanaan janji - janji Pilihanraya  dan pembersihan negara dari segala amalan rasuah , sedang di usahakan oleh Tun secara berperingkat dan dengan amat teliti .

13.   Jika dahulu rakyat terlalu berhati - hati menyuarakan pandangan, kini kerajaan mengalu - alukan rakyat bersuara TANPA khuatir,   asalkan ia tidak merosakkan Perlembagaan  yang telah dipersetujui.

14.  Perlantikan Latheefa Koya, seorang peguam  yang terlalu bencikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM  yang baru adalah satu lagi bukti ketegasan Tun Dr. Mahathir bagi membersihkan negara ini dari perbuatan keji itu.

15.  Namun  Latheefa perlu berwaspada terhadap beberapa pegawai dibawahnya.

16.  Pesananan orang - orang lama harus diberi pandangan dan diambil kira.

17.  Semoga ingatan itu akan membantu beliau lebih berwaspada bagi melaksanakan segala usaha murninya.

18.   Latheefa perlu berhati-hati dengan kelicikan dan kepura-puraan beberapa orang pegawainya yang tak ubah seperti:

"Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi”

"Musuh Dalam Selimut" atau "Gunting Dalam Lipatan”

" Pepat  Di Luar,  Runcing  Di Dalam”.

19.  Tatkala berbagai tindakan diambil seperti yang dilakukan baru-baru ini, namun  beliau harus berani  bertindak tegas terhadap anai-anai yang akhirnya akan menghancurkan institusi tersebut.

20.   Beliau tidak perlu melayani lalat-lalat  dan langau-langau yang kotor itu; beri tumpuan yang jitu dan bukti terhadap  tanggungjawab yang telah diamanahkan  dengan ikhlas dan bersungguh-bersungguh.
21.  Selain rakyat kini merasa geli dan muak dengan telatah dan kenyataan-kenyataan bodoh beberapa pemimpin PH; masing-masing berlumba-lumba mencari publisiti murah.

22. Semoga semua pihak dalam Pakatan Harapan atau PH HENTIKAN percakaran sesama sendiri MULAI saat ini.

23. JANGANLAH  SEKAPAL  BELAYAR  DI  LAUTAN  , TAPI  TIDAK  SEPERAHU  KE PELABUHAN.

24. Jika tidak mahu membantu Perdana Menteri, sekurang-kurangnya JANGANLAH berusaha menikam beliau dari belakang.

25. 'Don't Kill The Ghoose That Lay The Golden Egg’ atau  ‘Jangan Membunuh Angsa Yang Bertelur Emas’.

26. JANGAN MENCURAH AIR DI TEMPAYAN SEMATA-MATA MENDENGAR GURUH DI LANGIT.

27. BERSATU  KITA TEGUH, BERCERAI KITA  ROBOH.

Wassalam. Terima kasih.


--------

3 ulasan:

  1. siapa tamrin? thumbprint aku tau... dia ni adik beradik tamarind ke? kah kah kah!

    BalasPadam
  2. Hebat Rajo Melako ni.Tabik Tamrin.Sy doakan semoga Tun Segera lantik Tamrin sbg Rajo Melako.Kena ganti segera org luar yg bagitu lamo memerintah Melako.TT aku harap Tun M pun baco ruang kau ni.Klu tidak apo guno kau bodek dio.Bilo Tun M baco segera lah lantik Rajo aku ni.Biar dio berlawan dgn budak bodoh selatan tu..

    BalasPadam
  3. Pesan apa lancau budak sekolah pun bleh tulis camni. Apa standard ni? Hadoiiiiiiiiii

    BalasPadam