Rabu, 17 Julai 2019

BERPENGARUH







WOIT

BERPENGARUH

APA MAKNA

PERKATAAN INI?

SAPA ADA

 PENGARUH


Polis tidak ketepi kemungkinan individu berpengaruh dalang video seks


POLIS hari ini tidak menolak kemungkinan seseorang berpengaruh di sebalik video seks yang membabitkan seorang menteri Kabinet.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata hari ini ketika ditanya sama ada terdapat konspirasi politik di belakang video seks dan jika mereka yang ditahan setakat ini menerima arahan daripada seseorang yang mempunyai kedudukan.

“Ya, mungkin. Kita juga melihat dari sudut itu,” kata Hamid.

Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana para pegawainya terpaksa dibebani dengan kes ini kerana terdapat jenayah lain yang perlu ditangani.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menyelesaikan kes ini.

“Kita harus memberi tumpuan kepada jenayah, dadah, dan lain-lain tetapi orang saya dibebankan dengan video ini.

“Sayang sekali, kita perlu menyiasat perkara ini, sesuatu yang kotor, tetapi apa boleh buat,” tambah Hamid.

Hamid berkata enam lelaki yang ditahan pada malam Ahad kini disoal oleh polis mengenai peranan mereka dalam video seks.

Beliau berkata polis perlu berhati-hati menyiasat perkara itu kerana tidak mahu pihak tidak bersalah dihukum.

“Ini adalah kes yang sensitif dan kita tidak mahu sebarang kecuaian kerana mahu mengelak daripada menghukum orang tidak bersalah.

“Itulah sebabnya kita perlu benar-benar pasti dan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara,” kata Hamid selepas penyampaian anugerah di Semenyih hari ini.

“Mereka yang ditahan kini sedang disoal siasat.”

Hamid, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada kesemua enam orang itu adalah ahli PKR berdaftar.

Pemeriksaan menunjukkan selain Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dipecat daripada PKR, sekurang-kurangnya seorang lagi suspek adalah ahli PKR.

Kesemua ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung penyebaran video seks yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan bahan pornografi.

Bulan lalu, satu siri rakaman menunjukkan dua lelaki terlibat dalam perbuatan seksual tersebar di WhatsApp.

Haziq kemudiannya berkata beliau adalah salah seorang lelaki dalam video, dan Azmin adalah individu bersamanya.

Azmin menafikan dakwaan itu, menyifatkan ia cubaan untuk memusnahkan kerjayanya.

Ini adalah kali kedua Haziq ditahan berkaitan kes itu. Beliau ditangkap dan ditahan semalam oleh polis bulan lalu. – 16 Julai, 2019.


BERPENGARUH

BUKAN

PENGERUH

SAPA SAPA

SAJE TANYA

KALAU KALAU

DATUK SRI

TERLIBAT

KAH KAH KAH
--------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan