Isnin, 15 Julai 2019

GUA BILANG - LU TAK CAYA





GUA UDAH 

 BILANG

YUSMADI

DIJEMPUT 

QUEEN ELIZABETH

LU TAK CAYA

KALAU TAK CAYA

LU  PERGI TANYA

BAGINDA QUEEN

‘Tiada perjanjian 2 tahun Anwar perlu jadi PM’

KUALA LUMPUR 12 Julai - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mukhriz Mahathir memberitahu tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Dr. Mahathir Mohamad berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR,  Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini, Mukhriz berkata, walaupun Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sudah memutuskan Dr. Mahathir dan Anwar mempunyai persetujuan mengenai rancangan penggantian itu, tetapi jangka masa selama dua tahun tidak pernah dipersetujui selama ini.

“Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun. Mungkin ada cadangan seperti itu, tetapi tiada dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang merupakan Menteri Besar Kedah menjelaskan, persetujuan umum dalam PH adalah Dr. Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

“Beliau (Dr. Mahathir) perlu diberikan masa yang cukup untuk buat apa yang beliau mahu. Walaupun kita tahu umurnya sudah lanjut, tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan langkahnya,” jelasnya.


APA LAGI

YUSMADI...

OPPS...MAAF

APA LAGI

BAGINDA QUEEN

MAU

KAH KAH KAH

----

2 ulasan:

  1. Ya gua pun stuju dgn mukris. Mcm ni la kita bg madey jd pm utk 15 tahun lg pastu mukris plk ganti shingga keakhir hayat bliau

    BalasPadam
  2. Kah kah kah...kempunan kau nuar, dhlah parti bakal terlingkup. BERSATU dh jd umno 2.0

    BalasPadam