CILAKA
PAKATAN
SEKSA
PEMIMPIN MELAYU
SEKSA
PEMIMPIN ISLAM
TUDUH
MACAM MACAM
SEMUA FITNAH
Najib sakit punggung duduk berjam-jam di mahkamah, kata peguam
SELEPAS kes pendakwaan perbicaraan SRC International berakhir, peguam Najib Razak mengadu tentang bangku di kandang tertuduh yang menyebabkan bekas perdana menteri itu sakit punggung.
Peguam Najib hari ini meminta mahkamah untuk membenarkan ahli Parlimen Pekan itu untuk duduk di atas kerusi berkusyen pada perbicaraannya.
Ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan itu kepada Peguam Negara Tommy Thomas dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada tertuduh yang sudah berusia 66 tahun itu.
“Ia bertentangan dengan konsep tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Anak guam saya sudahpun dihukum,” katanya kepada mahkamah.
Sepanjang perbicaraan SRC International yang berlangsung selama 57 hari itu, Najib duduk di dalam kandang tertuduh yang hanya mempunyai bangku panjang.
“Duduk atas kayu itu, saya jemput anda duduk sejam,” kata Shafee pada sidang media selepas pendakwaan menutup kes mereka hari ini.
“Awak muda lagi, punggung awak pejal berbanding Najib. Cuba tengok kalau awak tahan,” sindir Shafee mengundang ketawa wartawan.
Sepanjang perbicaraan, Najib duduk di atas dua kusyen yang dibawa pembantunya ke mahkamah. Shafee menjelaskan yang Najib dihendaki duduk berjam lamanya sepanjang perbicaraan berjalan.
“Saya tak sedar kerana kebanyakan anak guam yang saya bela selalunya orang muda. Tetapi, Najib sudah 60-an. Punggungnya tak banyak isi. Ia (sakit) sampai ke tulang.
“Saya minta AG untuk teliti dan mungkin juga hakim (perlu nilai) kerana mereka perlu ubah sistem. Mengapa tak letak kusyen? Berapa harganya? Saya pasti awak ada saudara yang pernah didakwa. Awak tak mahu saudara awak duduk seperti itu dan dilayan seperti haiwan,” katanya. – 27 Ogos, 2019.
SEKSA
NAJIB
DISEKSA
kahkahkah sebonar ey najib sakit bontot bukan sebab kerusi mahkamah tu koreh. sebonar ey dia sakit bontot sebab memalam dihempap mak badak! kahkahkah sial punya jantan, bini kau gemok tapi kau salahkan kerusi mahkamah! puiiiii jgn la buat fitnah pada mahkamah.
BalasPadam