APA MAKNA
BERITA INI?
Lima ADUN Bersatu Selangor gesa henti desak Tun M letak jawatan
SHAH ALAM – Kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menggesa pelbagai pihak supaya berhenti mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Mereka ialah Abdul Rashid Asari (Selat Kelang); Sallehudin Amiruddin (Kuang); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Harumaini Omar (Batang Kali) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil).
“Buat masa ini tidak nampak keperluan untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan, misi memulihkan negara adalah jauh lebih penting,” kata Sallehudin yang mewakili kelima-lima ADUN itu kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Sallehudin turut mendakwa separuh daripada 56 ADUN di Selangor menyokong Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggal berakhir.
“Berdasarkan maklum balas yang saya terima dan pertemuan tidak langsung saya dengan kebanyakan mereka (ADUN), mereka mahu Dr Mahathir kekal, ” katanya.
Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sokongan PAS dan UMNO terhadap kepemimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal membuktikan keyakinan rakyat terhadap negarawan ulung negara itu.— BERNAMA
GUA TAKMAU
KOMEN
LU POKIAK
SENDIRILAAA
KAH KAH KAH
---------
Lhu fikir gua juga fikir dun selangor berfikir selepas menemui hala tuju dlm kepentingan pribadi dan tidak rare juga Dr mahadhir sebagai alasan dan sandaran.selangor negeri kaya debelum miskin sebelum musibah debelum kemarau. Jadi masing masing teleh menjumpai lubuk emas masing berahi dgn jawatan pemodal akan menempik untuk kepentingan pribadi kesemua adun selangor quality tidAK ada factor kemenangan kemenanggan rakyat ingin oerubahan yg drastic didamping image barisan national tercalar dan nama ini diangat sebagai gandingan terbaik anuar dan mahadhir menghiasi logo logo parti juga menjadikan manifesto sbgai janji mahadhir dan mahadhir tetap watak utama dan keutamaan parti dan pakatan harapan do you understood
BalasPadam