Isnin, 12 Ogos 2019

JEREBU








JEREBU
jerebu datang lagi
ramai tidak sedar
jerebu adalah sebahagian dari
penyebab kenapa  eropah
memboikot minyak sawit

ngo eropah berkempen
bahawa penanaman sawit
membawa mudarat kepada
binatang dan umat manusia

orang utan dan bintang liar
hilang tempat tinggal
warga asal 
hilang tempat cari makan
dan 
dunia dilanggar jerebu

jerebu menjadi hujah
paling afdal dari ngo eropah
yang berjaya meyakinkan
pemebeli dan pengguna sawit
untuk memboikot sawit

bila sawit diboikot
maka ladang sawit baru
tidak diteroka
dan 
udara kita
udara uat manusia
tidak dilanggar jerebu

JUSTERU
jangan salahkan eropah
cermin diri
kita bertanggung jawab
membawa bahana
yang mengacam 
bukan hanya  negara kuta
malah seluruh dunia





--------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan