Rabu, 7 Ogos 2019

KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM DAN VIDEO ITU






KEBERAHIAN ANWAR 

DAN VIDEO ITU
Video lelaki yang memanggil dirinya Haziq Aziz diatas katil dengan jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali itu bukan watikah. Watikah memberi makna surat tauliah atau surat kuasa. Justeru video Haziq bukan surat watikah, bukan  surat tauliah dan bukan surat kuasa untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik  menjadi Perdana Menteri Malaysia. Amin.
Keberahian  Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri telah meluap dan melampau-lampau. Kerana ini ada puak yang menganggap dengan terpancut keluar video Haziq maka inilah watikah untuk Anwar Ibrahim. Watikah resmi untuk menobatkan Anwar sebagai pengganti Mahathir.  Salah. Ini bukan pandangan songsang. Ini pandangan salah.
Biar saya jelaskan kenapa video Haziq ini bukan watikah.
Video ini bukan watikah bukan kerana lakonan  Haziq yang kaku.  Atau cara sondolan Haziq  tidak memberahikan. Tidak.   Juga bukan kerana klip  video ini tidak erotic – membosankan dan hinggakan dinobatkan ke dalam  genre ‘ pinoy gay’  sebagai klip ‘potong stim’.
Video Haziq bukan watikah bukan kerana klip ini boleh ditafsirkan sebagai  menghina babak ranjang dua lelaki. Atau kerana video ini tidak  berjaya menggambarkan  gelora ranjang demi membuktikan hubungan cinta kaseh sayang yang telah terjalin bertahun-tahun.  Haziq mengakui yang dia telah mengenali Azmin lebih dari 4 tahun. Tapi hanya ada peluang bersontot sebanyak empat kali.
Empat kali sekatil  dalam empat tahun ini pengakuan Haziq. Ini fakta sedih. Cinta terhalang. Lebih sedih dari cinta  Uda  dan Dara. Lebih berair mata dari cinta Trajedi Oktober tulisan Yusof Haslam. Lebih trajik dari kesah cinta Ali dan Nino garapan Kurban Said.
Tapi untuk pasangan biasa yang lama tak berjumpa jika  ada peluang  sekatil pastilah bergoncang katil dan terkoyak rabak tilam dan bantal. Sebagai tanda gelora kasih terpisah yang jarang bertemu. Mata bukan  liar meraba-raba stesen Astro tetapi memandang Sang Anu. Memandang  tepat pada pedang yang tercacak.
Seharusnya Haziq dilihat sebagai saorang matador yang mahu menundudukan saekor lembu jantan yang ganas. Tapi ini gagal digambarkan.   Dua jantan dalam video ini seolah -olah  telah tertelan pil tidor atau terhisap hashih dari Mazari Sharif Afghanistan. Kah kah kah.
Lupakan bagaimana teknik pencahayaan gagal sehinggakan Hamid Bador terpaksa membuat kenyataan resmi. Menurut Ketua Polis Negara pihak penyelidik telah gagal untuk mengenal pasti  siapa watak utama dalam video ini. Pada hemat saya jika pencahayaan baik mungkin ada peluang untuk polis dan juga kita semua dapat mengenal siapakah sosok dalam video tersebut.
Kalau pencahayaan video itu dibuat dengan teliti pasti tidak perlu si Haziq duduk di kerusi kayu Maharaja China untuk membuat pengakuan. Brad Pitt tidak perlu membuat satu klip video ‘ …. I am the actor Brad Pitt in the film Fight Club…’ Tak pernah - tak perlu dan mustahil  pekara ini akan berlaku di Holywood.
Video kedua pengakuan Haziq selama   33 saat  muncul sehari sesudah video pertama tersebar.  Ini pengakuan bersumpah Haziq yang duduk diatas kerusi kayu Maharaja China. Klip ini  akan diingati dalam sejarah  YouTube Malaysia  sebagai  klip Bangang bin Bodoh.
Haziq  yang sado  dengan  bangganya   membuka  mulut mengaku bahawa dirinya adalah sosok yang diranjang bersama jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali. Selesai sahaja ayat pengakuan bersumpah ini -   Si Haziq  terus  mendesak  agar SPRM menyiasat  kes rasuah Azmin Ali. Kemudian si Haziq membuat rumusan  bahawa  Azmin ini tidak layak untuk menjadi pemimpin. Kah kah kah.
Apa sangkut paut bersemburit dengan  tugas kerja SPRM. Apakah satelah mengulum pisang Azmin maka Haziq  berpendapat bahawa Azmin Ali tidak layak untuk menjadi pemimpin. Apa hubungan pisang Azmin dengan keupayan  menjadi pemimpin. Apakah pisang milik Azmin lembik dan pahit. Atau pisang Azmin pedas maka Haziq merasa kecewa lalu mahu membuat laporan kepada SPRM.
Apakah Latifah Koya a.k.a Kat Lat  Pengarah SPRM yang baru dilantik akan tertarik dengan kes mulut Haziq yang terkena lada akibat dari menghisap pisang Azmin. Hairan bin Takjub. Pelik anak lelaki Melik. Amin.
Sampai dunia kiamat  dan selagi YouTube wujud klip ini akan menjadi bahan ilmu. Menjadi contoh untuk dijadikan sempadan agar tidak ada lagi penulis skrip yang akan menulis skrip sademikan. Melainkan… melainkan apa?
Melainkan sang penulis mahu menulis skrip untuk menggarap filem surreal saperti filem surreal tersohor – Un Chien Andalou – Anjing Andalusia.  Filem surreal ini adalah  garapan Louise Bunuel dan Salvador Dali. Saya ulangi – filem ini garapan pelukis surreal Salvador Dali . Pelukis ini  tidak ada sangkut paut  dan tidak ada  bau bau bacang  dengan Salvador Wafa setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari lokap. 
Hakikatnya -  amat jelas anggapan  video Haziq sebagai  watikah  untuk  Anwar menjadi PM telah bocor  meleset.  Bila watikah  yang digarap gagal maka apa saterusnya.
Jeng jeng jeng.
Sabenarnya keberahian Anwar Ibrahimlah yang menjadi  latar belakang terpancutnya video Haziq. Video ini adalah sebahagian dari projek untuk menobatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai Pedana Menteri. Justeru video Haziq ini boleh ditafsirkan sebagai satu projek khas untuk mentuntaskan keberahian Anwar Ibrahim. Khalas.
Sebelum berlabon panjang ada beberapa pekara yang wajib saya jelaskan. Pekara ini wajib saya terangkan sebagai fakta hitam puteh dalam tulisan ini.
Adalah benar lagi tepat bahawa ketika Pakatan Harapan berkempen dalam PRU 14 dahulu ada dinyatakan dalam ceramah : Mahathir dicadangkan sebagai Pedana Menteri, Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menunggu.
Kempen PRU 14 - Jelajah Harapan - bermula   pada 25 Febuari 2018 di Alor  Gajah Melaka dan berakhir pada 4 Mei juga  di Melaka. Disetiap ceramah  Jelajah Harapan pasti ada  seorang penceramah  atau lebih dari seoarang  yang akan mengeluarkan pekara siapa akan menjadi Perdana Menteri dan siapa timbalan.
Hanya  Mahathir dan Wan Azizah sahaja yang  tidak pernah bersuara tentang pekara ini dalam Jelajah Pakatan. Jadi lawak jika Mahathir atau Wan Azizah akan berkata ‘… Sayalah Mahathir bakal Perdana Menteri.. atau .. Saya  Wan Azizh  bakal Timbalan Perdana Menteri… undilah Pakatan Harapan…’  Ini tidak terjadi.
Pada 6 April 2018 Jelajah Harapan sampai ke Pasir Gudang Johor. Pada malam ini  logo bersama – telah diumumkan secara resmi.  Pakatan Harapan akan menggunakan hanya satu logo – lambang Parti Keadilan Rakyat.  Gedebe-gedebe Pakatan ramai yang hadir di Pasir Gudang.
Dan pada malam bersejarah ini Mat Sabu secara resmi telah mengumumkan Mahathir dan Wan Azizah sebagai pucuk pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Jika Pakatan menang PRU14 maka  Anwar  yang masih dalam penjara kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari  akan  dicadangkan untuk diberi pengamponan. Dalam kempen PRU14 Anwar dihebohkan sebagai  Perdana Menteri menunggu. Amin.
Apa makna ucapan ini?  Apa makna Mahathir dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri sekali  lagi? Apa makna Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri?
Hakikatnya - isi ucapan ini adalah  kempen untuk mengolah persetujuan orang ramai. Jelajah Harapan bertujuan  untuk mendapatkan  undi orang ramai. Kempen untuk memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan memiliki calon Perdana Menteri dan calon Timbalan Perdana Menteri.
Jelajah Harapan  mewujudkan persepsi kepada bakal pengundi bahawa Pakatan Harapan  yang baru bergabung adalah gabungan mantap. Pakatan Harapan adalah  pengganti Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib seorang pencuri.
Berkempen ialah bekerja untuk  mengolah persetujuan. Isi kempen inilah yang akan menjaya atau menggagal pengolahan. Anak semua bangsa  - bangsa semua agama  di Malaysia mahu tahu siapa yang akan meneraju kerajaan baru jika  Pakatan Harapan  menang. Justeru nama Mahathir dikedepankan.
Hasil pengolahan ini berjaya. Pada 9 Mei 2018 – Pakatan Harapan mendapat sokongan rakyat. Pada malam 9 Mei 2018 pucuk pimpinan Pakatan Harapan telah pergi ke Istana Negara. Tujuan – untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah  Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Mahathir Muahamad.
Jeng jeng jeng.
Apa terjadi?  Saya telah menulis Panjang lebar tentang projek sailing Mat Songel. Bagaimana wujudnya satu perancangan licik untuk membatalkan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri pada malam 9 Mei 2018.
Ini bukan dongeng. Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Fakta demi fakta  sudah muncul untuk mengabsahkan apa yang saya  tulis.
Tulisan  saya  kali ini   sadikit sebanyak pasti telah berjaya memberi pencerahan  terhadap makna, tanda dan   latar belakang video Haziq.
Tapi saya masih gagal memberi jawapan kepada soalan  kurun ini – soalan hot hot hot. Soalan penyelamat nyawa. Soalan ini  pernah ditanyakan kepada Hishamuddin Rais oleh Ketua Pengarang majalah Time edisi Asia – Tuan John Colmey pada tahun 1997.
‘ Mister Rais… will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…’ 
Terjemahan – ‘ Inche Rais … apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia…’
Pada tahun 1998 – saya langsung  tidak marah apabila si Mat Salleh ini telah menggunakan nama arwah saya  untuk memanggil saya. Ini budaya Eropah. Pengarang majalah Time ini amat yakin yang Anwar akan menjadi  Perdana Menteri. Pembacaan politik agak rendah pada ketika itu. Ini kerana saya baru sahaja pulang dari 20 tahun berkelana. Tapi bacaaan politik saya tepat.  Pada tahun 1997 lagi saya  berpendapat Anwar akan diketepikan dan tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Konsep Perdana Menteri menunggu belum wujud lagi pada ketika itu.
Semenjak 9 Mei 2018 pertanyan apakah Awar akan menjadi PM terus berkumandang. Malah keberahian Anwar hendak menjadi PM  terus menimbulkan  pertanyan yang sama dari anak semua bangsa.
Keberahian Anwar ini telah mewujudkakan hukum politik. Hukum politik yang muncul dari keberahian Anwar ialah – semakin kuat keberahian Anwar hendak menjadi Perdana Menteri semakin menyampah orang ramai melihat Anwar. Hukum ini sedang berjalan.
Tapi soalan kepada Hishamuddin Rais  apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri masih belum dijawab. Sila tunggu minggu hadapan. (TT)








----------

4 ulasan:

  1. kesian aku tgk hg ni sham.. da macam orang hilang akal. hahahaha

    BalasPadam
  2. Harziq prlu lapor kat sprm supaya siasat mngkin kote azmin hari tu tk brapa keras sbb ada unsur rasuah. Ada org rasuah kote dia supaya jgn keras sgt, marahlah harziq. Mmg krja sprm la siasat hal nih. Wahai rkyt mlysia, Tt nk kita prcaya vdeo nih plsu, ada bodi double. Jd jom la kita rmai2 jd bangang, kita ikut ckp Tt. Aku nk cdng supya krajaan wujudkn jwatan 'pembangang politik' pstu lntik Tt jd ketua..

    BalasPadam
  3. Kah Kah Kah Mampus geng kartel kal ini..

    BalasPadam
  4. Apa la kau tt. Dendam peribadi punya pasal, semua benda kau salahkan pak sheikh.
    Agaknya lepas ni kalau izi dan taktak ciritbirit pun, mesti kau salahkan pak sheikh. Kahkahkah cuba kau story morry sikit sebab musabab kau cemburu sangat dgn pak kheikh tu kisah lama usah dikenang bro kahkahkah

    BalasPadam