Rabu, 14 Ogos 2019

KEBERAHIAN ANWAR - LABON NEGARA








KEBERAHIAN ANWAR
LABON NEGARA

 ‘ Mister Rais… will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…’

Terjemahan – Inche Rais …apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Soalan ini  pernah ditanyakan  kepada  Hishamuddin Rais ketika ditemubual oleh ketua pengarang majalah Time edisi Asia – Tuan John Colmey pada tahun 1997. Pada ketika itu  Hishamuddn Rais  telah diajak bertaruh. Rumah pesaka milik bondanya di Jelebu  telah dijadikan barang pertaruhan. 

Hishamuddin Rais menjawab dengan jelas : Anwar will not be the next Prime Minister. Period.

Terjemahan : Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri. Khalas.

Hari ini soalan yang sama sedang menjadi labon negara. Semenjak malam 9 Mei 2018 lagi soalan ini telah menghantui  politik Malaysia. Malah saya telah mentakrifkan bahawa keberahian Anwar untuk jadi Perdana Menteri ini telah membajak  dan mengelencongkan ajenda reform.

Saban bulan, saban minggu dan saban hari  - didalam dan diluar negara - soalan sama ada Anwar akan menjadi Perdana Menteri  terus dilabonkan.  

Saya sendiri telah menulis untuk memberi pandangan tentang ajenda keberahian  Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tulisan kali ini diharap akan dapat menambah  pencerahan agar kita semua kembali ke garis perjuangan untuk bersama  meneroka perubahan struktural demi kebaikkan negara ini.

Untuk pencerahan kali ini  saya berikan latar agar kita semua memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

Pertama : Dalam PRU14 – ketika berkempen   - saheh ada disebutkan bahawa Anwar adalah Perdana Menteri menunggu jika kerjaaan Pakatan Harapan berjaya didirikan. Perdana Menteri menunggu  adalah tema  kempen mengolah persetujuan orang ramai untuk meraiah undi.  Jawabnya Pakatan berjaya.

Kata kunci disini ialah menunggu. Kata  tersirat ialah mengolah persetujuan orang ramai.

Kedua: Pada 1 Januari 2019 – Utusan Melaporkan kenyataan Saifuddin Abdullah  Ketua Seketeriat Pakatan Harapan bahawa tidak ada tarikh tetap bila peralihan ini akan berlaku. Ini kenyataan dari Seketeriat Pakatan Harapan. Bukan dari blok TukarTiub.

Kata kunci ialah tidak ada tarikh tepat. Kata tersirat heboh heboh dua tahun Mahathir letak jawatan hanya labon kosong.

Ketiga: Pada 8 Mei 2019 – sempena satu tahun tertubuhnya  kerajaan Pakatan Harapan akhbar Berita Harian telah membuat temubual dengan Perdana Menteri Mahathir Muhamad. Secara jelas Mahathir berkata ‘…tugas saya hanyalah untuk menyediakan negara sebaik mungkin agar ia boleh diambil alih oleh penganti saya,” katanya.

Kata kunci disini ialah – meyedikan negara sebaik mungkin. Kata tersirat semua dalam angin – semua atas kayangan. Mahathir becakap bukan hanya berlapik malah berlapis-lapis. Boleh  diberi pelbagai tafsiran.

Keempat : Pada 22 Jun 2019 dalam Berita Harian Anwar berkata ‘…isu peralihan kuasa di anggap selesai…’

Kata kunci disini ialah selesai. Kata tersirat ialah ‘.. dianggap selesai..’ Anwar menganggap  selesai. Tetapi ini hanya anggapan Anwar.

Kelima : Pada Julai 12 2019 – Azmin Ali membuat kenyatan yang dia bersetuju dengan kenyataan  Mukhriz tentang isu peralihan kuasa yang tidak ada tarikh muktamad.

Kata kunci disini ialah tidak ada tarikh yang muktamad. Kata tersirat ialah persetujuan antara dua gedebe – satu gedebe PKR dan satu lagi gedebe Bersatu… opps ..jangan buat silap…salah seorang  gedebe ini ialah anak Mahathir. Kita boleh tafsirkan ini cakap ayah dari mulut anak. Amin.

Dalam masa yang sama Si Mahathir terus berkias-kias bahawa dia akan menepati janji. Dalam masa yang sama si Anwar menjalan projek untuk memastikan yang dirinya akan naik tahtha  mengganti Mahathir dan bukan Jonah  dan bukan Syed Husin Ali.

Para penyokong tegar  Anwar yang memakai pelbagai jubah  terus melompat dan menjerit-jerit menyebut-yebut ‘Janji Mahathir’. Mereka beratip ke hulu ke hilir dengan mantra janji Mahathir.

Para penyokong Anwar ada yang memakai  jubah Otai Reformasi. Ada memakai jubah kajian akademik. Ada memakai  jubah pelancaran buku. Semua beratip  untuk mengingatkan janji Mahathir.  YB Abdulah Sani sering dijemput untuk memulakan ratip.

Lalu persoalan timbul. Janji macam mana?  Apa bentuk janji ini? Siapa saksi janji ini? 

Saya tidak menafikan ada kemungkinan si Mahathir  ini  membuat janji. Bila, dimana  dan bagaimana  janji ini dibuat saya tidak arif.  Guru Nanak pun tidak tahu akan butiran janji ini.

Justeru poorah dengan janji Mahathir ini.  Pukrak mukrak dengan janji Mahathir. Siapa Mahathir?  Apa hak si Mahathir ini  membuat janji ke sana sini.  Membuat janji ke darat ke baruh. Justeru janji ini tidak ada apa-apa makna. 

Membuat janji bukan satu yang pelik lagi tidak menghairankan. 

Tetapa awas dan berwaspada. Ini  janji untuk kerusi Perdana Menteri.

Sama ada Mahathir menjanjikan kerusi Perdana Menteri ke,  kerusi rotan ke, kerusi plastik ke , atau pun kerusi kayu Maharaja China saperti  yang telah digunakan oleh Haziq untuk membuat rakaman video – semua ini tidak penting. Mahathir boleh menjanjikan bulan, bintang  dan beg Birkin kepada  Anwar. Tidak ada siapa ambil pot. Itu hak Mahathir untuk berjanji. Dan hak Anwar untuk menjenjeng beg Birkin ketika mengiring Timbalan Perdana Menteri.

Bila saya menulis sademikian maka ramai akan menuduh bahawa saya telah mendapat dedak dari Mahathir. Hishamuddin Rais telah menerima dedak dari Azmin Ali. Dedak atau  tidak dedak bukan persoalan. Malah Hishamuddin Rais telah lama beharap dan menunggu dedak yang tak sampai-sampai. Walau pun dedak tak sampai fakta masih membuktikan  bahawa janji Mahathir tidak memiliki apa-apa nilai dalam hal siapa menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Khalas.

Betul ke ini? Atau Hishamuddin Rais membuat onar?

Membuat onar? Tidak saya bukan membuat onar. Saya cuba  memberi pencerahan kenapa Mahathir selalu berkata yang dia  akan menepati janji. Kenapa Anwar selalu klim yang dirinya adalah bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bro, naratifnya bagini: Si Anwar ke hulu ke hilir klim yang dia bakal menjadi Perdana Menteri agar semua penyokong akan terus setia  menyokong dirinya. Para penyokong tegar  Anwar ini ada dalam parti dan ada diluar parti. Ada yang menyelit dan ada yang baru sampai. Semua melabur harapan agar Anwar menjadi Perdana Menteri.

Untuk penyokong Anwar  – apa ajenda ekonomi Anwar untuk Malaysia, apa rancangan Anwar untuk anak semua bangsa bukan persoalan. Sama ada Anwar minum pagi makan kueh pau dari Singapura atau New York Cheese Cake bukan persoalan. Untuk mereka yang penting Anwar jadi Perdana Menteri. Khalas.

Anwar klim yang dia akan menjadi PM kerana Anwar mahu semua towkay – yang terang , yang gelap , yang lendir , yang duduk atas bukit dan yang duduk dibawah tanah – akan datang melabor ke pejabat  gemerlapan Anwar di Bukit Gasing. Tanpa pelaburan  dana dari para towkay ini  maka ramai penyokong Anwar Ibrahim akan lari. Saya yakin YB Abdullah Sani akan beralih kiblat jika tahu yang si Anwar hanya berlabon kosong.

Anwar menjadikan ajenda dirinya untuk menjadi Perdana Menteri sebagai labon negara kerana Anwar mahu pegawai kerajaan – polis dan tentera – bersimpati terhadap dirinya.  Anwar beratip  ke hulu ke hilir  dengan alat pembesar suara  dengan tujuan  untuk memastikan pegawai- pegawai kerajaan akan mula menyokong dirinya. Anwar mahu semua KSU dan Timblan KSU mula berpayung dibawah payung Bukit Gasing.  Anwar tidak mahu dirinya hanya dilihat sebagai pembawa beg Birkin. Anwar mahu memiliki kilang Birkin yang disembur dengan  minyak wangi AV.

Anwar juga buat heboh dalam senyap-senyap klim dirinya pengganti Mahathir untuk memastikan Lim Guan Eng dan ayahnya akan memberikan sokongan kepada dirinya. Sokongan dua Lim ini penting.  Malah dalam heboh-heboh senyap ini  akan membuka  peluang kepada Lim untuk belanja Anwar minum pagi makan kueh pau Singapura.

Kenapa pula Mahathir  terus bekata yang dia akan menepati janji?
Bro, senang sahaja jawabnya. Mahathir mahu kestabilan untuk mentadbir negara yang koyak rabak. Untuk memberi tahu bahawa Malaysia  selamat untuk pelabur. Para pelabur luar negara yang berniat melabur berjangka panjang mahu kepastian. Maka inilah  yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Mahathir.

Jadi apakah ini bererti Anwar akan menjadi Perdana Menteri mengganti Mahathir?

Jawapan jelas dari Hishamuddin Rais ialah – Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri salepas Mahathir. Khalas.

Kenapa Hishamuddin Rais berkata sademikian. Jawabnya cukup senang. Jawabnya terang dan jelas. Labon negara dari mulut Anwar satu hal. Jangan kita semua dibajak oleh keberahian Anwar sahinggakan kita gagal untuk berfikir dan menilai. Jangan kita terperangkap dengan labon Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia negara satengah feudal dan satengah kapitalis. Budaya feudal masih merangkumi kita semua. Tak perlu saya buktikan siapa cium tangan siapa. Dalam masa yang sama  Malaysia juga mengamalkan Raja Berperlembagaan. Malaysia juga mengamalkan ‘politik electrorial’. Politik electorial dalam bahasa Melayu ialah  politik mengundi.

Sistem pentadbiaran Malaysia bukan al a Saudi atau Berunai. Kita ada pilihan raya.  Kita ada Parlimen. Kita ada wakil rakyat. Kita ada Yang Berhormat. Salah seorang yang berhormat ialah Abdullah Sani.

Mahathir Muhamad bukan raja yang boleh bertitah. Dan kita  anak semua bangsa wajib mengikut titah  perentah Mahathir.  Mahathir juga wajib sedar dia dipilih oleh rakyat. Mahathir  menjadi PM bukan kerana janji tapi kerana diyakini oleh majoriti ahli Parlimen. 

Wahai Mahathir Muhamad – kamu boleh menjerit terlolong menjanjikan  kerusi Pedana Menteri kepada  Anwar,   kepada Mukhriz , kepada Marina, kepada  Marani, kepada Maratut atau kepada mana-mana Malaon. Bukan satu jenayah untuk membuat janji. 

Tetapi dalam Perlembagan  Malaysia sosok yang layak untuk menjadi Perdana Meteri ialah sosok yang mendapat kepercayaan majoriti – terbanyak -  dalam Parlimen. Ertinya para YB – seramai 222 orang -  termasuk  Haji Hadi termasuk  Zahid Hamidi termasuk Takiyuddin termasuk   Mat Sabu  dan  termasuk Abdullah Sani akan mengundi untuk memilih siapa pengganti Mahathir.

Sosok yang memiliki jumlah terbanyak maka nama sosok ini akan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Amin.

Ini bukan labon Hishamuddin Rais. Jika  kurang yakin sila rujuk Perlembagaan Malaysia. Jika masih tidak yakin sila pukul talipon tanya Peguam Negara Tommy Thomas. Bukan pukul  Tommy Thomas.

Pada ketika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan majoriti  ahli Parlimen.  Jika dibuat pengundian sulit maka Anwar tidak akan mendapat sokongan majoriti. Anwar mendapat  sokongan zilch dari Parti Isam Pas. Tak tahu berapa  undi sokongan dari Amanah, DAP dan Bersatu.  Dalam Parti Keadilan Rakyat yang Anwar menjadi Presiden  - si Anwar ini tidak mendapat sokongan penuh. Khalas.

Betul ke  fakta ini? Atau hanya propaganda kosong. Untuk jawapan tunggu minggu hadapan. (TT)






----------

4 ulasan:

  1. TT sedaya upaya dengan keringat & kudrat bujang terlajaknya cuba mengolah seolah-olah
    1. DSAI sangat birahi akan jawatan PM walaupun DSAI tidak laku. Bagaimana PeeH boleh menang bermodalkan DSAI jadi PM tak pula disebut.
    2. Bagaimana DSAI gagal membentuk majoriti cuba diperbesarkan. Ada fakta angka yang menyokong? Berapa MP yang menyokong atok?
    3. Cuba menggambarkan DSAI didanai cukong, towkeh lendir, S'pura. Lupa pula nak tanya soalan. Atok bergerak meraih sokongan guna duit menabung sejak kecil ke?

    BalasPadam
  2. Makin teruk ko ni isam...sudahlah...dari ko melalut makin jauh baik ko pergi masjid ke, ko join tabligh lagi bagus...ko claim ko ungkit mcm ko tu bagus sgt...ko makin makin menelanjangkan diri ko sebenarnya...dulu cita² ko sebenarnya nk jd PM ni tp penakut...lari dari perang...x pyh la nk tulis surah² dunia ko...kembali la ke agama islam...in sha Allah,ko akan tenang...

    BalasPadam
  3. lu salah baca bro..doktor maszlee adalah next prime minister sb mahatir pertahankan tindakan doktor maszlee mengenai tulisan jawi yg diluluskan parlimen najib..maszlee dilihat sbg anjing ops silap dilihat sbg kucing yg mengikut kata..walaupun charles santioago pertahan negara dari serangan tppa, tetapi charles bukan melayu dan jauh sekali islam..tak mungkin ada pm dari Dap..next pm mesti pemimpin yg mengikut kata..elok dibangsa johor kan satu alam melayu..

    BalasPadam
  4. PH masih gagal mengenai Akta hasutan, lynas, bauksit, hapuskan org tengah warga pendatang..ada 500k menganggur, barang2 naik harga..kalo madey pun tak bole settle, apakah anwar bole settle semua masalah?nak tunngu apa lg bro..projek sang saka ke laut, projek lagu kebangsaan masuk jamban..mat sabu dan mat indera sudah berpisah..teringat buku ustaz wan ji, muslim zalim vs non muslim adil..mungkinkah ada bani melayu vs bani pendatang..

    BalasPadam