KEBERAHIAN ANWAR
PERSOALAN HAKIKI
Minggu lalu saya menghitam putih dan mengaris bawahkan tentang sokong politik terhadap keberahian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Saya menerangkan bahawa pada ketika saya menggarap tulisan ini Anwar Ibrahim tidak lagi memiliki sokongan yang kukuh lagi ampoh untuk membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga menerangkan bahawa didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan padu. Walau pun Anwar Ibrahim adalah Presiden PKR – dia tidak mendapat sokongan penuh ahli-ahli Parlimen PKR. Malah ramai kepimpinan yang bukan YB dan ahli-ahli biasa tidak lagi menyokong Anwar Ibrahim. Ini fakta bukan lebong kosong. Ini berasakan laporan media cetak dan portal internet.
Anwar terpaksa bersandiwara dengan meminta para pemimpin cabang PKR menanda tangani sokongan terhadap keberahianya. Sandiwara dan komidi tanda tangani ini diketahui umum. Semua yang menanda tangani sokongan terhadap keberahian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri itu adalah sosok dan bengolan yang telah dilantik oleh Anwar sendiri. Kah kah kah.
Sayugia diingati apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini bukan taktik dan budaya baru. Di Eropah langkah sademikian telah dikomidikan ratusan tahun dahulu sebagai – the Pope elect the Cardinal and the Cardinal elect the Pope. Terjemahan – Pope melantik Sang Padri dan Sang Padri melantik Pope.
Dalam konteks politik moden Malaysia ini boleh disamakan saperti Anwar melantik Nurul dan Nurul melantik Anwar. Atau Mahathir melantik Mukhriz dan Mukhriz melantik Mahathir. Dua kali lima dan lima kali dua. Amin.
Parti Islam Pas secara terbuka dan jelas telah menolak kepimpinan Anwar. Dari laporan portal berita Parti Islam ini telah bersetia kepada Mahathir dan meminta Mahathir meneruskan pimpinan. Orang ramai juga dapat membaca penolakkan Parti Islam terhadap Anwar walau pun satu ketika dahulu disejarahkan bahawa Anwar dan Hadi intim dalam kabilah ABIM.
Saman Takiyuddin Hassan Setiausaha Agong Pas terhadap percalonan Anwar dipilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018 membuktikan dengan jelas bahawa Parti Islam ini tidak dapat menerima Anwar Ibrahim yang telah diamponkan oleh Agong kerana meliwat Saifol Bukhari.
Parti Islam menganggap pemimpin yang mempunyai masaalah terutama masaaah seksual saperti Anwar pasti membawa bahaya dan mudarat kepada keselamatan negara.
Parti Islam konservatif tidak dapat menerima hubungan cinta kaseh saying dan hubungan seksual antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Ini garis merah yang tidak akan dilintasi oleh mana-mana parti politik yang berkiblatkan Islam. Amin.
Parti DAP dan Amanah belum menunjukan garis yang jelas. Apa yang jelas ialah tidak semua YB dalam dua parti ini akan menyokong Anwar seratus peratus.
Manakala parti Bersatu secara resmi telah meminta agar Mahathir meneruskn tugas sebagai Perdana Menteri. Marilah kita terima hakikat bahawa pemberi oxygen kepada Parti Besatu ialah Mahathir. Justeru masuk akal apabila Besatu menuntut Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri. Agar oxygen terus disalurkan kepada parti.
Dalam parti United Malays National Organisation sokongan terhadap Anwar untuk menjadi pengganti Mahathir berpecah.
Ada kumpulan menyokong Anwar. Penyokong pertama ini adalah mereka yang sedang nazak berhadapan dengan pelbagai tuduhan. Sosok saperti Najib, Zahid , Ku Nan, Azeez dan mereka yang sewaktu dengan kes-kes mahkamah dan berhadapan dengan pelbagai tuduhan. Semua mereka ini menyokong Anwar untuk mengganti Mahathir.
Mereka menyimpan harapan. Bila Anwar naik panggung maka besar kemungkinan mereka akan terlepas dari masuk penjara. Najib dan Zahid membaca bahawa mereka ditangkap dan dibicarakan bukan kerana kesalahan menyamun, merompak atau rasuah. Mereka merasakan diri mereka puteh, suci, jujur, beriman dan warak.
Dalam kepala Najib dan Zahid mereka ditahan kerana Mahathir berdendam. Buktinya cukup jelas. Najib meraung-raung menyeru ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation agar datang memberi sokongan kepada dirinya. Najib melaung-laung kepada dunia bahawa dirinya sedang dizalimi.
Najib dizalimi oleh Pakatan bukan lawak seram. Ini adalah tajuk berita di portal MalaysiaInsight pada 18 Ogos 2019 yang lalu.
Kumpulan kedua lebih besar. Mereka telah dikatakan bersetia dengan Mahathir Muhamad. Mereka terus melihat Mahathir sebagai pemimpin mereka walau pun Mahathir mahu mentalkinkan United Malays National Organisation. Mereka ini mungkin bersih mungkin kotor tapi mereka tidak melanun saperti Najib.
Jika diberi peluang dengan serta merta mereka akan menjadi ahli Bersatu. Justeru Zahid mengertak dan memberi amaran kepada kumpulan ini. Sesiapa yang meningglkan parti Ketuanan Melayu ini akan disaman. Siapa mereka ini hanya Guru Nanak yang mengetahui. Tapi apa yang jelas sampai kiamat kumpulan ini tidak akan menyokong Anwar untuk menjadi pengganti Mahathir. Khalas.
Ada lagi satu kumpulan kecil dalam United Malays National Organisation. Kumpulan kecil ini – mungkin tak lebih dari seorang. Kumpulan ini diwakili oleh Khairy Jamaluddin. Sosok ini merancang awal untuk memasang jerangkap politik. Sosok ini sanggup memelok badak walau pun berahi dihati ialah kuda ranggi yang slim kurus bergetah. Tapi apakan daya kerana berahi nak menjadi Perdana Menteri – memelok badak pun badaklah. Kumpulan ini akan sokong mana yang dilihat menang. Apakah keberahian sosok ini sama saperti Anwar. Walahualam bisawab.
Parti dari Sabah dan Sarawak tidak pernah menyimpan hati dengan Anwar. Malah mereka menganggap Anwar ini kaki putar. Disiang hari bercakap sebagai seorang Imam tapi dalam gelap menjual langkau masam.
Malah untuk membuktikan keIslaman dirinya Anwar telah menyusahkan gaya hidup warga Sabah dan Sarawak. Kini gaya hidup Sabahan dan Sarawakian yang bebas telah diganggu gugat oleh Islam jenis Anwar.
Ini realpolitik yang dihadapi oleh Anwar. Sebagai jawapan politik - Anwar Ibrahim semenjak 9 Mei 2018 Anwar tanpa henti henti telah membuat dua pekara.
Pertama dia bertempek ke hulu ke hilir. ‘… I got the number… I got the number..saya memiliki jumlah angka….’ Ayat ini bermakna Anwar mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Jika dilakukan undi tak percaya terhadap Mahathir esok atau lusa maka Mahathir akan terselepok jatuh.
Kedua: Anwar mengatakan proses ambil alih ini ‘tidak berubah..’ Dia sudah berbincang dengan Tun Dr Mahathir.
‘… Tun kata semua beres…’ Siang malam inilah yang diratipkan oleh Anwar.
Laungan dan ratipan dari Anwar ini bertujuan untuk memastikan dia terus mendapat sokongan. Juga untuk memastikan sokongan kepada dirinya akan terus kekal. Dan paling penting para towkay dan para pelabur politik akan terus melabur dan memberi dana.
Pasti ada yang bertanya - apakah dengan ratipan gaya Anwar Ibrahim ini akan berjaya memerangkap jerong politik dan pelabur politik?
Membaca realpolitik memperlihatkan kepada umum bahawa semakin kuat Anwar beratip semakin menyampah orang ramai melihat perangainya. Justeru Yb Saifuddin Nasution memberi arahan kepada ahli parti akan jangan sibuk dengan hal peralihan.
Paling akhir dari laporan portal FMT pada 19 Ogos 2019 Anwar sendiri mengingtakan agar jangan sibuk dan bising tentang ajenda peralihan kuasa. Ini mungkin khusus untuk para pembodek yang baru nak tumpeng semangkok.
Anwar Ibrahim sendiri tahu. Anwar sendiri sedar. Dia tidak perlu kajian dari Merdeka Center atau dari IDE untuk menyedari bahawa hari demi hari kupiah dan jubah Islam yang dipakainya semakin luntur.
Pada awalnya hanya sosok-sosok yang rapat dengan dirinnya tahu siapa Anwar Ibrahim sabenarnya. Kawan-kawan dari ABIM, setiausaha politik sapert Azmin dan Ezam, setiausaha akhbar Pak Khalid, aktivis rapat dalam PKR, penyokong dalam parti - kini semua sosok ini menjauh diri dari Anwar. Mereka sudah mengenali siapa sabenarnya Anwar Ibrahim.
Realpolitik hari ini tahun 2019 ini hakikatnya kopiah dan jubah Anwar telah koyak rabak dimata anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Orang ramai berbondong bondong mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim .
Kini kita memasuki tahun 2019. Kita telah lama meninggalkan tahun 1998 bilamana Anwar disingkir dari kerajaan oleh Mahathir. Pada tahun 1998 Rakyat turun ke jalan raya menyokong Anwar dan membantai Mahathir.
Zaman itu telah berakhir. Kita telah memasuki zaman video Haziq. Dan video Haziq ini adalah paku terakhir untuk keranda politik Anwar. Inilah noktah pemberian orang ramai kepada keberahian Anwar Ibrahim.
Tanpa fikrah yang jelas Anwar telah menerima video Haziq ini sebagai bahan bukti bahawa musuh politik Anwar yang bernama Azmin Ali wajib berundur dan meletak jawatan. Kenapa Anwar mengambil hujah dan garis ini hinggakan Guru Nanak pun terganggu.
Sama ada video Haziq ini saheh atau tidak bukan persolaan disini. Yang menjadi persolaan aialh kenapa Anwar menyediakan paku untuk keranda politiknya. Hanya tukul belum sampai.
Anwar menuntut Azmin meletak jawatan kerana mengadakan hubungan sex sajenis. Saperti pengakuan Haziq ‘… Azmin tidak layak untuk jadi pemimpn….’
Maka anak semua bangsa dan bangsa semua agama rakyat Malaysia dengan cepat berhujah dan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggukan hujah dari Anwar sendiri. Pelik memang pelik apabila ini berlaku.
Malah kes Anwar lebih berat lagi. Anwar telah dibuktikan bersalah, dipenjara dan telah diamponkan atas tuduhan meliwat Saifol. Manakla kes Azmin dengan Haziq sedang berjalan. Amin
Jika inilah keadaan realpolitik kita sekarang maka muncul pertanyaan: Anwar bukan pengganti Mahathir. Jadi siapa pengganti Mahathir?
Sekali lagi saya nyatakan disini - kita semua – anak semua bangsa dan bangsa semua agama jangan terperangkap dan dibajak oleh keberahian Anwar. Jangan kita hina diri kita sendiri, jangan kita hina 200 orang para YB di Parlimen. Jangan kita hina 30 juta warga Malaysia seolah-olah tidak ada satu pun sosok yang berwibawa untuk bangun memimpin menggantikan Mahathir.
Krisis akan melahirkan kepimpinan. Dalam masa yang sama krisis akan juga menguji pemimpin. Dalam zaman selesa pemimpin boleh beretorik. Boleh kelentong dan boleh berlabon tentang itu dan ini.
Hakikatnya pemimpin yang cekap adalah sosok yang cekap dan bijak menghadapi cabaran. Bukan mecium pipi Micheal Camdessus Pengarah IMF apabila ringgit Malaysia jatuh diserang George Soros. Atau lari ke Canada apabila jerebu mengamok di Kuching.
Pada saat Anwar dinyahkan dari kerusi Perdana Menteri apakah akan terjadi. Pada 11 November 2018 portal Malaysia Kini telah melaporkan bagaimana Zahid Hamidi meramalkan Anwar akan mengharuk saperti hantu raya jika dia tak dapat menjadi Perdana Menteri.
Masa masih panjang. Mahathir masih lagi Perdana Menteri. Untuk bab ini sila rujuk politik United Kingdom. Sila baca tentang Harold Wilson – yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Pertama 1964-70 kedua 1974-76. Wilson bertangghung jawab dengan kat-kata ‘…A week is a long time in politics..’ Terjemahan - Satu minngu adalah masa yang amat panjang dalam politik.
Sama ada Anwar sempat menjadi hantu raya , hantu kum kum atau toyol bukan tugas saya untuk membuat ramalan. Tapi saya tahu realpolitik ini akan selesai. Ada sosok yang wajib muncul dan mara ke hadapan untuk membawa jalan penyelesaian. Siapa sosok ini? Azmin? Tian Chua? Muhyiddin? S. Husin? Zuridah? Dr. Zul? Tunggu minggu hadapan. (TT)
-----------
1990an...almarhum Ustaz Ashaari memberitahu kepada Anuar melalui setiauasahanya....kamu tak akan jadi PM malaysia...hanya guru ku yg tahu...
BalasPadamIni mcm abg non check mate... Itulah...jadi mat songel sgt... Suh la lapiji buat invoke numbers yg abg non ada...lapiji kat hebat dlm kuarkan dtatistik...kah kah kih... Happy bday abg non songel... Kek tu tak tahan..makin bodo makin hari
BalasPadamkatakanlah ditakdirkan anwar jadi PM satu hari nanti.. jiwa tt mesti bernanah, melolong dan mengaruk macam hantu raya lapar darah. aku harap masa tu kau tak terjun bunuh diri la tt. alaa politik jer pun. nak kata madey bagus sangat pun tak jugak.. aku rakyat marhaen, sapa2 jadi PM pun aku hadap jer. pukul 7am aku tetap kena start motor pergi kerja kahkahkah.
BalasPadamMungkin Hishamuddin Rais berdendam dgn Anwar atau ada something yg dia tak puas hati dgn Anwar...saya tak tahu...tapi cara tulisannya seolah2 Anwar bersalah dalam kes liwat sedangkan umum tahu kes-kes liwat Anwar semuanya dibicarakan tanpa keadilan....apa yg saya lihat Hisham memang tak suka Anwar atas hal hal yg hanya Guru Nanak ketahui....saya bukan penyokong Anwar tapi umum tahu Anwar dah kena aniaya berkali2 dan beliau sebagai anak jantan berani menghadapi risiko dalam perjuangan sedangkan Hishamuddin Rais ibarat PONDON Bapuk bila lari dari Malaysia berpuluh puluh tahun lamanya kerana takut menerima hukuman akibat dari perjuangan di zaman pelajar dahulu.....hanya GURU NANAK yg tahu kenapa Hisham benci Anwar....ulasan ini mungkin tidak diluluskan kerana aku kira Hisham mmg bacul dan takut utk dikritik..Amin
BalasPadam