Khamis, 22 Ogos 2019

PUKRAK MUKRAK MADEY






BETUL 

KE

ABAM

CICIR 

LAGI ?

ABAM

TERUS

TUNGGU


PM rombak Kabinet?

SATU rombakan Kabinet sedang dijalankan dan akan diumumkan seawal minggu depan, menurut beberapa sumber.

Bagaimanapun, rombakan itu tidak akan melibatkan sebarang pemecatan atau tambahan ahli Kabinet tetapi hanya portfolio yang akan bertukar, kata dua sumber kepada The Malaysian Insight.

“Rombakan itu tidak akan memecat mana-mana menteri; ia hanya akan mengubah portfolio mereka.

“Dengan kata lain, Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak akan menyertai Kabinet,” kata mereka.

Menurut mereka, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah memberi taklimat kepada Kabinet pada mesyuarat mingguannya semalam dan memberitahu mereka ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun atau dua bagi orang baru menyesuaikan diri dengan jawatan menteri.

Jika ini yang berlaku, rombakan berkenaan hanya akan melibatkan perubahan portfolio.

“Jika tidak dibuat minggu depan, perdana menteri pasti akan mengumumkannya pada 15 September ini,” kata seorang sumber.

Sumber berkenaan tidak mengatakan menteri mana yang akan terlibat dalam pertukaran portfolio tetapi meramalkan bahawa pemimpin parti, termasuk menteri dari Sabah, tidak akan termasuk.

 Khabar angin mengenai rombakan Kabinet sudah berlegar sejak awal tahun ini.

Sesetengah laporan sebelum ini membuat spekulasi yang rombakan itu akan menyaksikan beberapa ahli politik kanan dipilih untuk mengukuhkan Kabinet.

Ahli politik veteran Mustapa Mohamed yang merupakan ahli Parlimen Jeli dari Kelantan, adalah antara mereka yang namanya dikhabarkan akan menyertai Kabinet.

Dikenali sebagai Tok Pa di Kelantan, Mustapa berhenti Umno pada 18 September tahun lalu dan menyertai Bersatu pada 26 Oktober. – 22 Ogos, 2019.



PUKRAK

MUKRAK

MADEY
-


-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan