DARI TAMRIN
Ahad - 28/07/2019
1. Bermula dengan tindakan Sultan dan anaknya 'budak kecil yang bodoh' atau 'stupid young boy' menjelang Pilihanraya Umum yang lepas.
2. Ketika itu Sultan dan keluarganya bersungguh - sungguh berkempen secara terbuka menolak Pakatan Harapan.
3. Tindakan mereka telah mengundang berbagai kritikan kerana mereka telah TIDAK lagi menghormati dan memperdulikan Perlembagaan negara.
4. Keputusan PRU itu juga adalah jawapan dan amaran sebenar rakyat terhadap
Raja yang sepatutnya tidak mencampuri hal ehwal politik.
5. Bagaimana Sultan kini nak memberi nasihat kepada rakyatnya sedangkan diri mereka sendiri tidak betul.
6. Itulah akibatnya apabila Sultan itu dari keturunan yang tidak sah iaitu melalui 2 kali rampasan kuasa.
7. Rampasan kuasa pertama apabila Temenggong Daeng Abdul Rahman berpakat dengan British menjatuhkan Sultan Hussain dari Takhtanya sedangkan Sultan tersebutlah yang melantik beliau sebagai Temenggong.
8. Rampasan kuasa kedua pula berlaku apabila anak pertama Temenggong Daeng Abdul Rahman bernama Temenggong Daeng Abdullah dijatuhkan oleh adik kandungnya sendiri bernama Daeng Ibrahim dan mengisytiharkan dirinya sebagai Temenggong yang baru.
9. Selepas Temenggong Daeng Ibrahim meninggal dunia, jawatan Temenggong telah disandang oleh anaknya sendiri benama Daeng Abu Bakar.
10. Oleh kerana terlalu intim hubungannya dengan British, Queen Victoria, England telah menggelarkan Temenggong Daeng Abu Bakar sebagai Sir Albert Backer.
11. Selain gelaran tersebut, Temenggong Daeng Abu Bakar telah menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Johor.
12. Atas persetujuan Queen Victoria, akhirnya gelaran Maharaja Johor telah ditukar kepada gelaran baru iaitu Sultan Johor.
13. Selepas Abu Bakar meninggal dunia, anaknya bernama Ibrahim juga diangkat sebagai pengganti dan mengekalkan gelaran Sultan.
14. Mengikut sejarah , 'Sultan’ Ibrahim seperti bapanya 'Sultan’ Sir Abu Bakar atau Sir Albert Backer adalah seorang "ANGLOPHILE" iaitu saorang yang terlalu taksub dan cintakan negeri, budaya dan masyarakat British sehinggakankan beliau beristerikan Marcella Mendi atau lebih dikenali sebagai Lady Marcella.
15. Dua orang anaknya yang dikenali ialah Ismail dan Mariam (yang bermastautin di London).
16. Beliaulah 'Sultan' yang menentang Kemerdekaan dan mahukan British terus memerintah negara ini.
17. Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London bagi merundingkan Kemerdekaan negara telah disifatkannya sebagai Rombongan Menderhaka bukan Rombongan Merdeka.
18. Jika beliau 'Sultan' Ibrahim berjaya dengan usaha mempengaruhi Sultan - Sultan yang lain untuk mengekalkan Pemerintahan British di negara ini, bermakna taraf atau level Sultan - Sultan hanya tak lebih seperti Penghulu sahaja; begitulah buruknya 'Sultan' Ibrahim , datuk kepada 'Sultan' Ibrahim sekarang.
19. Rakyat pula ditakut - takutkan kononnya mereka akan mati kehausan tanpa British.
20. Anaknya Ismail telah diangkat sebagai Sultan yang baru setelah 'Sultan’ Ibrahim meninggal dunia.
21. Oleh kerana terlalu zalim dan terlibat dengan beberapa kes jenayah maka 'Sultan' Ismail menggantikan gelaran Tengku Mahkota yang disandang oleh Mahmood dengan anak keduanya, Abdul Rahman.
22. Sejurus sebelum meninggal dunia, tiba - tiba gelaran Tengku Mahkota tersebut bertukar tangan semula kepada Mahmood.
23. Kerakusan dan kezaliman Mahmood atau 'Sultan' Iskandar Mahmood kini disambung oleh anaknya Ibrahim, yang juga mempunyai rekod yang lebih kurang sama.
24. Terserahlah kepada rakyat Johor atau 'bangsa’ Johor sama ada mahu berSultankan seorang dari keturunan 'penderhaka' atau 'pembelot' kepada Sultan yang sebenar.
25. Sejak menjadi Sultan, berpuluh bidang tanah yang bernilai tinggi dan lain - lain perniagaan termasuk yang terbaru, Taman Negara Pulau Kukup telah menjadi hak Sultan dan keluarganya.
26. JIKA SULTAN DAN KELUARGA MENGGANGAP TUDAHAN INI BERUPA FITNAH, MAKA MEREKA BOLEH MENYAMAN SAYA SERTA MERTA; tak perlulah menggunakan pengampu - pengampunya.
27. Nasib rakyat Johor tidak kesudahan di situ saja; kini ditambah pula dengan kelemahan dan kebodohan seorang Menteri Besar yang baru.
28. AMAT MEMERANJATKAN apabila Dr. Sharuddin di dalam satu upacara rasmi baru - baru ini telah meluahkan perasaan lubuk hatinya yang beliau sebenarnya TIDAK BERMINAT menjadi Menteri Besar, malah lebih senang mengurus kliniknya di Pagoh.
29. Perlu diingatkan bahawa kedua - dua Menteri Besar dari PH ini adalah PILIHAN Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri BUKAN pilihan Perdana Menteri - Sultan hanya memberi persetujuan sahaja.
30. Menteri Besar PH pertama, Osman Sapian atau Osman Datsun yang telah diarah meletak jawatan dan gantinya pula seorang lagi budak Muhyiddin yang terlalu mentah.
31. Mungkin selepas Dr. Sharuddin meletak jawatan oleh kerana tidak faham tugas - tugas beliau sebagai seorang MB dan tidak tahan dengan tekanan ( pressure ), maka saya rasa elok Muhyiddin tonjolkan Tosrin Jarvanti sebagai MB yang baru.
32. Sebagai peringatan kepada kesemua ADUN khasnya Menteri Besar dan EXCO dan Ahli Parlimen terutama dari PH, anda dipilih oleh rakyat BUKAN oleh Sultan atau anaknya yang celupar dan bodoh itu; justeru rakyat jelata perlu diberi keutamaan dari melayani Sultan dan keluarga yang sudah cukup kaya hasil maksul daripada kekayaan negeri Johor itu sendiri.
33. SULTAN BUKANLAH TUHAN YANG PERLU DI SEMBAH DAN DI TAKUTI, tambah pula Sultan yang ada ini adalah hasil rampasan kuasa yang dilakukan oleh keturunan datuk nenek mereka di suatu ketika dahulu.
34. ‘Sultan' Johor dan keluarga terutama anaknya yang celupar itu sepatutnya belajar dari iparnya, Yang Di Pertuan Agong yang baru ini cara - cara menyantuni dan mengambil hati rakyat.
35. HENTIKAN sikap mendabik dada dan berbangga dengan kedudukan sebagai Raja dan anak Raja serta 'kekayaan’.
36. PULANGKAN semula segala tanah - tanah dan Taman Negara Pulau Kukup kepada Kerajaan Negeri serta merta.
38. ‘Ular menyusur Di Akar Tidak Akan Hilang Bisanya'.
39. Jadikan rasmi padi sebagai panduan hidup 'Lagi Berisi Lagi Menunduk’.
Wasallam . Terima Kasih.
----------
sy amat bbangga dan kagum dgn yang amat mulia enche tamrin. sy juga telah secara rasmi menobatkannya sebagai trj. apa itu trj? tamrin raja jolok maksudnya. sy ingin mencadangkan supaya trj mbawa kes ni ke the hague. sy myokong sapenuhnya sebab sy bukan kumpulan cium tangan mcm tok gopoh. sy hanyalah saorang insan biasa saperti mat kati kenaboi. kita mmerlukan ramai insan2 saperti trj yg berani menjolok. dan sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan buat yang maha mulia permaisuri moscow dan mudah mudahan jalanraya di tanah melayu akan dibanjiri dgn kereta jenama lada. aaminn.
BalasPadamjgn lupa..adik kpd sultan johor sekarang adalah FLOM atau permaisuri agong..ini makcik kpd tmj.
BalasPadamOwwhh abg tamrinku muncul lg. Truskan abg mnghunus snjata tajam abg. Adeq rela mnyerah diri mnjadi cikaro abg. Demi abg adeq snggup apa saje
BalasPadam