MASIH ADA
YANG TAK CAYA
CHINA TEMBAM
INI AJEN
CHINA MERAH
Jho Low beri cek AS$100 juta ‘derma’ Saudi tetapi minta saksi tak tunaikan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low menyerahkan empat keping cek berjumlah AS$100 juta yang didakwa sebagai “derma” dari keluarga diraja Saudi kepada Tabung Amanah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi diberitahu untuk tidak menunaikannya.
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, mengesahkan mengenai empat keping cek yang diterimanya daripada Jho Low pada September 2010 apabila Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pendakwaan merujuk dokumen itu kepadanya semasa pemeriksaan utama.
Sri Ram: Datuk Shahrol, pada September 2010, adakah anda menerima apa-apa cek dari Jho Low?
Shahrol Azral: Ya, saya terima. Saya menerima cek-cek ini dari Jho Low. Dia mengarahkan saya untuk menyimpan cek-cek tersebut ini dan tidak melakukan apa-apa, sehingga diarahkan. Tidak ada arahan lanjut, dan pada akhir tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua pegawai eksekutif (Mac 2013) saya menyerahkan cek-cek ini kepada jabatan kewangan 1MDB untuk disimpan.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata cek-cek tersebut diberikan kepadanya semasa kepentingan 1MDB berjumlah AS$1 bilion dalam joint venture dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) ditukar kepada pelaburan melalui pinjaman kepada PSI.
Kepada perkara ini, Sri Ram meminta saksi itu menjelaskan konteksnya.
“Konteksnya adalah semasa Joint Venture PSI pada September 2009 dan sekitar masa itu, kami menukar ekuiti dalam JV kepada nota Murabahah, Jho Low memaklumkan kepada saya bahawa keluarga diraja Saudi mahu menyumbang AS$100 juta kepada Yayasan 1MDB,” katanya.
Sri Ram: Sila teruskan
Shahrol Azral: Saya masih ingat Jho Low meminta saya menyediakan cek-cek berkenaan dan saya masih ingat membuat pertanyaan kepada AmBank mengenai nama yang sesuai untuk diturunkan pada cek-cek itu. Jadi sekitar September, mengikut tarikh cek, Jho Low menyerahkan cek-cek tersebut kepada saya. Cek-cek itu tidak pernah ditunaikan.
Sri Ram: Adakah anda tahu tandatangan siapa yang tertera pada cek-cek tersebut?
Shahrol Azral: Tidak
Pada 28 Ogos lalu, Sri Ram dalam pernyataan pembukaannya yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan berkata selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015, tertuduh bersama Jho Low yang disifatkan sebagai “bayangnya” mengambil langkah untuk menutup jejak jenayahnya.
Beliau berkata dokumen palsu dihasilkan untuk menunjukkan seolah-olah derma daripada seorang Putera Arab, antaranya adalah surat-surat dan empat keping cek, masing-masing berjumlah AS$25 juta yang dikatakan ditulis oleh seseorang yang didakwa sebagai penderma dari Arab.
Bagaimanapun, saksi tersebut berkata cek-cek itu tidak bermaksud untuk ditunaikan dan tidak pernah ditunaikan.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Isnin. – Bernama, 26 September, 2019.
NASIB BAIK
PH MENANG
KALAU TIDAK
TANAH MELAYU
DAH JADI
PROVINSI
CHINA MERAH
----------------
aaah temberang kou kaki temberang ini semua tidak mungkin najib seorg ustad tidak tidak najib tidak begitu rosmah isteri mithali goreng lempeng tidak hangus cium kaki suami duduk bersimpuh tium hahi suami jgn fitnah dose jho low seorang budiman mintak 20sen kasi sehigit ini x betol fitnah semata kamu semua jahat.
BalasPadamNasib baek juga suami najib adalah kakros...kalau tak...susah juga kijo kito sham oiii...
BalasPadam