NASIB BAIK
ADA
PEMBELOTAN
KALAU TIDAK
SUSAH NAK
REHATKAN NAJIB
KE SUNGAI BULUH
Bekas pembantu Najib bertemu pegawai bank Singapura yang dipenjara berkaitan 1MDB
BEKAS pembantu khas Najib Razak Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan pada perbicaraan 1Malaysia Develppment Berhad (1MDB) hari ini bahawa beliau bertemu dengan pegawai bank Singapura yang kemudiannya menjadi antara yang pertama disabitkan kesalahan berhubung skandal itu.
Amhari memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau bersama bekas setiausaha sulit Najib, Azlin Alias dan ahli perniagaan yang kini dalam pelarian Low Tae Jho, bertemu dengan bekas pegawai bank BSI, Yvonne Seah di hotel Le Méridien Singapura.
Saksi tidak mengatakan bila pertemuan itu dibuat. Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 4 April, 2015.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah hari ini, Amhari berkata dia dibawa ke pertemuan itu untuk menandatangani dokumen berkaitan Aerospace Ltd.
Amhari memberitahu mahkamah dia mengikut arahan Azlin dan diperkenalkan kepada Seah ketika itu.
Shafee: Yvonne bawa banyak dokumen, sama ada dokumen penggabungan atau pemindahan?
Amhari: Saya tandatangan apa sahaja yang Datuk Azlin minta saya tandatangan.
Shafee: Datuk Azlin tandatangan satu set, kamu mesti tandatangan satu set lagi kerana ia akaun kamu?
Amhari: Betul.
Saksi berkata, Seah serahkan kepadanya dokumen seterusnya untuk ditandatangan.
Seah dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada 16 Disember, 2016 kerana gagal melaporkan transaksi meragukan yang mana puluhan ribu dolar mengalir keluar dan masuk ke akaun yang berkaitan dengan Jho Low. Dia turut dikenakan denda S$10,000 (RM30,000).
Rakan sekerjanya, Yak Yew Chee dikenakan hukuman penjara 18 minggu atas tuduhan yang sama.
Low disifatkan sebagai perantara dalam 1MDB dan berkhidmat sebagai “bayangan” kepada Najib.
Bekas perdana menteri kini sedang dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah yang sama. – 18 September, 2019
MASIH ADAKAH
LAGI MELAYU
YANG SAYANG
PADA NAJIB KU
KAH KAH KAH
----------
Eleh...amhari yg punyer syarikat BVI palsu rupanyer....
BalasPadamDia ngaku sapu duit jho lo...keterangan amhari tidak membuktikan apa2 wang 2,6 billion dlm akaun najib datang dari 1 mdb..
Joho lo mana?..jho lo kat ana?....Hamid tido ker?...tak ada jho lo najib tak boleh disabitkan...
Kikikikikik..
Masih ada yang sayang...kak mah masih sayang kat abang jib jangan risau..kak mah cakap de banyak lagi beg birkin dalam stor belakang rumah belom pakai...duit de cukup untuk cucu kepada cicit dorang nak pakai.. Takde masalah untuk kak mah terus setia kat abang jib..
BalasPadamKeng memang pakar kona baring..besar sungguh jasa keng. Peranan keng setaraf umi hafilda.. Kesian najib, depan depan kena lipat. Macamana agaknya muka najib yang terkedu terlongo terlopong duk dengar sebijik sebijik orang buka rahsia dia duk rembat duit
BalasPadamNajib ada banyak Fren Atasan.......semua Sultan Pendekar islam Masih tak Tahu siapa dia MO1....Agong pun Happy dapat beri MO1 Gelaran Maha Sakti Berempat Hebat Helang Pahang!! inilah golongan Kaya Raya tamadun Arab melayu bagi Tauladan kepada umat islam ...ini tahun 2019...takde satu sultan berani buat janji atas Quran tak terima duit 1MDB.....
BalasPadam